Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku.. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baik ku ketika aku hidup atau selepas mati.. Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang.. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri.. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka.. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya..
*Imam Shafie

Tuesday, December 16, 2008

4 U



p/s: thanx ray cz kenalkan aku dgn lagu ni

Sunday, December 14, 2008

Lepak

Semalam aku n Hafiz (staf baru Mutiara) lepak kat Mutiara sampai mlm, kul10 lebih. Bukan wt ape pun mlm tu. Ekceli kul 4 ptg dah bleh balik. Tapi ntah cmne ntah bleh lepak sampai mlm eheh.

Ekceli dlm kul3.45 ptg tu keje aku dah siap. Tgh get ready nak balik. Siap bkemas, tgk jam blom kul 4 ptg. So lepak jap depan komputer. Tgh2 elok aku layan video clip S.H.E kat youtube, datang si Hafiz ni.

"Bleh tgk cite ek kat cni?"
"Ko nak tgk pe?"
"Cuba try cari Smallville. Aku minat giler cite tu"
"Ok,layannnn...."

Daripada 1 episode kepada 2 episode. Daripada 2 kepada 3. Dan seterusnya.Sampai la mlm.
Aku daripada tlg2 dia carikan cite Smallville ni kepada join2 dia tgk sama.
Nak wt cmne, kalau tinggalkan dia sorg2 dia xtau nak cari plak.
Buta IT katanya. Ntah la...
"Wei, dah malam dah ni. Len kali jela kita sambung lagi"
Kalau nak dilayan sgt si Hafiz ni, ntah2 sampai besok pagi pun xbenti.
Tp xpela... Dapat gak aku tumpang sekaki tgk Smallville tu.
Xbape minat sgt. Tapi kalau dah tgk, ssh gak nak benti cz cite byk episode ni mmg gtu r trendnye. Kalau dah mula ssh nak benti.

p/s: Cite cine, Hot Shot kat 8tv dah abis dah. Best r cite tu :)

Note: Januari 2009-Hafiz sudah tak kerja di Mutiara lagi.

Saturday, November 29, 2008

Pecah!

28 Nov 08. Sekitar jam 10.30 - 11 malam.

Hujan turun renyai-renyai. Jalanraya agak licin.
Sepanjang perjalanan balik dari Puchong (balik keje),aku bawa Pak Badar slow je (60 - 70 km/h). Coz takut jadi pape. Tapi malang tidak berbau. Malam tu aku xcden. Salah siapa? Cari salah sendiri lebih baik dari cari kesalahan orang lain.

Macam mana boleh berlaku?
Nak elak dari melanggar kereta di hadapan, aku elak. Brekkkk..... Dum!!
Aku terjatuh. Kepala aku terhantuk sedikit pada body belakang kereta tersebut.
Pak Badar?
Sama-sama dengan aku, jatuh mengereng (sebelah kanan).

Akibat dari kemalangan tu, aku cedera sikit + pening-pening lalat (jap je). Pak Badar pula terkehel kepalanya + pecah cermin lampu hadapan + pecah cermin lampu signal (sebelah kanan) + side mirror bengkok. Syukur baju baru Pak Badar tak apa-apa. Kalau terkoyak, nangis la aku huhu....

Sebelum, semasa dan selepas kejadian:
Aku dan Pak Badar kat belakang sebuah kereta (Kereta A). Pada kelajuan plus minus 80 km/h. Kereta A ni plak kat belakang Kereta B. Di hadapan Kereta B ada simpang kat sebeblah kiri. Tapi agak jauh lagi. Lebih kurang 100 - 200 m. Kereta B bagi signal. Kereta A tak bagi signal. Tapi yang aku pelik, Kereta A ni secara tiba-tiba brek mengejut. Dia nak masuk simpang gak ke? Or juz perlahankan kereta dek kerana Kereta B nak masuk simpang? Tapi jarak Kereta A dan Kereta B bukan dekat sangat pun. Bukan kat depan mata! Simpang pun jauh lagi..... Bagus betul la pemandu Kereta A ni. Bawa dengan berhati-hati. Walaupun jarak masih jauh lagi, dia dah brek terlebih dulu. Yang tak boleh blah tu, brek emergency! Bagus betul..... Maka aku yang cuai ni, nyaris-nyaris melanggar belakang Kereta A. Bila terfikir Kereta A ni mahal (banding Pak Badar) maka aku sedaya upaya cuba untuk tidak melanggar atau mencederakan Kereta A. Maka aku dengan sedaya upaya mengelak. Aku ke kiri. tapi skill aku tak cukup power lagi. Aku tak dapat elak dengan kemas. Pak Badar hampir-hampir tercium belakang Kereta A. Aku brek sekuat hati. Ternyata tindakan aku membrek dalam keadaan permukaan jalan yang licin (hujan) + dalam keadaan Pak Badar tak stabil (dalam posisi mengelak) telah mengundang padah kepada diriku dan Pak Badar. Aku tau tu. Tapi aku buat gak. Demi tak mahu tercium Kereta A. Apa lagi, mengelongsor la aku dan Pak Badar. Kami berdua terseret di atas jalan. Tak tau la berapa jauh. Yang aku tau, selepas terseret, aku sempat mengguling-gulingkan badan aku beberapa pusingan (nak elak cedera teruk). Masa aku jatuh tu, kepala aku terketuk agak kuat pada sisi belakang (sebelah kiri) Kereta A. May be kerana tu la aku terbaring seketika setelah selesai berguling-guling. Penat + pening. Then aku cuba bangun. Berjaya! Tapi apakan daya, aku hanya berjaya berdiri untuk beberapa saat cuma. Kemudian aku rebah kembali. Then ada brader ni angkat aku ke tepi. Setelah berehat seminit dua, aku cuba bangun kembali. Dalam keadaan terhuyung hayang, aku bersalaman dengan beberapa orang yang membantu aku dan Pak Badar. Then aku terus g kat Pak Badar. Pak Badar dah bangun. Ada orang tolong papah dia. "Rehat-rehat la dulu..." kata sorang brader ni. "tak apa, saya ok je" jawab ku lemah. "Awak tak apa-apa?" sorang lagi brader ni tanya. "tak apa-apa. Cuma saya risaukan motor saya je..." kata ku sambil aku cuba mengejutkan Pak Badar. Lemah je Pak Badar. Tak bermaya. Berkali-kali aku cuba kejutkan. Aku risau kalau Pak Badar cedera parah. "Motor tak ok tak apa. Yang penting awak tu kena ok..." kata sorang brader ni sambil cuba memujuk aku supaya berehat terlebih dahulu. tinggal brader ni je yang masih setia membantu. Aku hanya tersenyum tawar. Aku tetap risaukan Pak Badar.

Broomm!! Alhamdulillah. Pak Badar selamat!. "thanx ye bang" kami berjabat tangan dan aku meyakinkan brader tu bahawa aku tak apa-apa. Aku dan Pak Badar meneruskan perjalanan sebaik sahaja brader tu gerak (naik motor gak).
Mana Kereta A? Entah la. Tak tau kat mana. Lepas kepala aku terketuk kat kereta tu, terus tak nampak lagi dah lepas tu. Apa-apa pun aku bersyukur kerana aku dan Pak Badar selamat.

Wednesday, November 26, 2008

Kaler

Arini agak penat. Seb bek ada 2 org student ni dtg membantu. Alhamdulilah, kul5.30 pm banyak keje yang dah settle. Lepas siap kemas2 barang+get ready utk kelas mlm ni (kul 8 - 10), aku turun g mkn kat tempat biasa, Alladin. Ni la satu2nya restoran yang berdekatan dengan Mutiara. Selesai makan, aku masuk semula opis. Duk depan PC. Buka emel, friendster, main game online (Torncity) dan merayau ke blog kwn2. Antara blog yang paling lama aku singgah adalah blog Amirez. Memang dari dulu lagi kalau singgah kat blog Amirez mesti lama. Y? Try la. Baru tau. Bagi aku, memang best! Ni nak share something la. Something yang aku rembat dari Amirez (huhu jangan marah ek Adi). It's about colour. Pe yang menarik sangat pasal Colour? Ha...rerajinkan la jari tu click di sini.

Result yang aku dapat lepas aku click then rayau2 kat situ adalah
SMOKY GRAPE (PASSIONATE LEADER ROMANTIC).

Menatang pe yang Smoky? Menatang pe yang Grape? Nak tau lebih lanjut? Click la di sini.

Tuesday, November 25, 2008

Benti

Bulan November ni adalah bulan terakhir aku bekerja dengan CIFA (Cambridge ICT For All). Sedih gak coz dah agak lama gak aku keje di CIFA. Sejak akhir bulan Januari 2008. Kira sendiri jela dah bape lama aku keje kat ctu. Mulai Januari tahun depan (2009), jadual waktu bekeje aku di PBAM, Puchong dah berubah. Tu la antara reason nape aku tak dapat lagi bekeje di CIFA. Kerana mustahil bagi aku berada di dua tempat pada waktu yang sama. Selain tu, beban keje di PBAM tu makin bertambah2. Terutama setelah 'pemergian' 2 orang staf PBAM yang sangat berpengalaman, Firdaus dan Zacky di akhir bulan Oktober yang lalu.

Pada Sabtu lepas (22 November), aku terpaksa membatalkan hasrat untuk ke kenduri kawen salah sorg kawan aku time Form 5 dulu kerana terlibat dalam menguruskan sesi interview, untuk cikgu2 baru tahun hadapan. Alhamdulilah sesi interview tu berjalan dengan lancar. Bakal2 cikgu tu pun ok je. Kalau aku jadi pengetua, Pn. Iffah, semua aku amik hehehe. Semalam dan hari ni, Pn. Iffah test 2 orang bakal cikgu tu, dengan memanggil mereka dtg mengajar. Coz bulan November ni kami ada buat Kelas Sesi Pra UPSR, PMR dan SPM. Maknanya, pelajar-pelajar yang bakal mengambil peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tahun hadapan, kena la dtg kelas ni. Sebagai persediaan awal bagi pelajar-pelajar, sebelum sesi persekolah di buka semula tahun hadapan. Alhamdulilah, 2 orang bakal cikgu tu dapat mengajar dengan baik. Walaupun terkena 'something' dari pelajar-pelajar. Hahaha adat la... Asal ada cikgu baru je, siap la. Ada2 je budak2 ni... Teringat time aku mula2 mengajar di sini.

Baju Baru

Khamis lepas, sebaik saja aku selesai bersarapan, aku kejutkan adik aku, Saiful.
"epun, kul9 nnt kita kuar ek"
"g mana?"
"g mana lagi...yg smlm tula" jawabku sambil tersenyum.
"oo....ok" jawabnya ringkas dan terus siap-siap.

Tepat kul9, "kuar tu tgk2kn kat kdai kalau-kalau ada kotak-kotak kosong. kalau ada, bawa balik" kata mak aku sebaik saja nampak kami berdua keluar menuju ke Pak Badar. "nnt balik kita jln kaki je tau, epun" Saiful hanya mengangguk setuju.

"benda tu dah tempah 2 minggu lps. tak elok plak kalu lambat2 amik" kataku kepada Saiful sebaik saja sampai di sebuah kedai motorsikal bersebelahan dengan sebuah kedai runcit, Kedai Rustam.

Setelah menolak masuk Pak Badar ke bahagian dalam kedai tersebut, aku menghampiri tokei kedai tersebut yang sedang duduk melepak sambil isap rokok.

"Tokei, kasi tukar,ok"

"Ok, petang ni lu kasi angkat"

"Petang? Pukul bape tokei?"

"Pukul 4"

"Ok" jawabku ringkas.

Kemudian aku dan Saiful berjalan beriringan meninggalkan kedai motorsikal tersebut, meninggalkan Pak Badar keseorangan. "Bila amik?" tanya Saiful. "Petang nanti. Kul 4. Jom!" jawabku sambil tersenyum.

Dalam perjalanan balik, aku dan Saiful mencari-cari kotak yang mak aku maksudkan. Merata aku cari. Tak jumpa! Semua kedai aku tanya, hampa.... Sedang aku dan Saiful terus mencari kotak, aku terpandang seorang pakcik di salah sebuah warung berdekatan. Pakcik tersebut sedang menikmati sarapan pagi bersama seorang wanita tua di sisinya. Mata aku dan pakcik tersebut bertembung. Dia melambai-lambai ke arah aku dan memanggil-manggil aku. Aku mendekati pakcik tersebut.

Setelah berdiri dekat dengan pakcik tersebut, "Oo...Pakcik Huzairi" kata hati kecilku.

"Daripada mana?" pakcik ni memulakan bicara. "Kedai motor. Antar motor, repair" jawabku. Kemudan kami berbual-bual seketika. "Ok la pakcik, kami balik dulu". "Betul kamu tak nak minum-minum dulu?" tanya bini pakcik ni. "Tak apa la makcik, kami dah minum tadi kat rumah". "Tak apa la kalu macam tu. Nah, ambil ni". Entah kenapa, automatik je tangan aku ambil. "Ambil la roti canai tu. Bawa balik" kata makcik tu seolah-olah dapat baca apa yang bermain difikiranku.

Dalam perjalanan balik, "Bukannya bawa bali kotak. Bawa roti canai!". "Tu la" jawab Saiful ringkas.



Ha, ni la rupa Pak Badar yang baru. Setelah ditukar cover-setnya. Amacam? Lawa tak?

Monday, November 10, 2008

Tahan ke?

So far keje di CIFA tak ada masalah. Cuma di Mutiara saja yang sering bermasalah. Mula2 tu tak la terkesan sangat masalah tu kat diri aku. Tapi bila tugas orang lain mula dicampakkan kat aku, ha.... tu yang masalah! Bukan la aku tak suka nak tolong2 orang yang dalam kesusahan atau orang yang memerlukan ni. Tapi benda ni dah jadi macam "ambil kesempatan". Tu yang aku tak suka!

Diana: Awak bersabar jela. Mungkin ada hikmah di atas apa yang berlaku ni. (then Pn. Diana cite pengalaman dia...). Mana tau kalu awak bersabar dan cuba untuk terus bertahan, awak akan menerima nasib yang sama macam saya.

Aku: (dengar dengan khusyuk)

Diana: Bukan senang nak dapat kepercayaan dari seseorang. Mungkin satu hari nanti awak akan jadi somebody bagi 'dia'. Lagipun, kita beri bantuan biar pada tempat dan waktunya. Time orang perlukan bantuan la kita tolong. Kalau time biasa2 nak buat apa tolong. Betul, tak?

Aku: (err....somebody? bendape tu...? blur....) Tapi puan....ramai juga staff 'dia' yang minta benti. Bulan ni Kimi. Benti mengejut. Bulan depan yang ni. Bulan depan lagi yang tu plak. Semua tunggu masa je. At last saya je yang tinggal.

Diana: Macam saya dulu, saya mula dari bawah. Ber'sakit2' dulu. Macam2 Miss T*n buat kat saya. Tapi akhirnya, awak tengok saya sekarang. Mungkin ni sume dugaan untuk awak. Supaya awak ber'sakit2' dahulu. Kita tak tau nasib kita di masa akan datang.

Aku: (angguk angguk geleng geleng)

Sebelum Pn. Diana mengakhiri sesi 'kaunseling', dia bagi nasihat lagi.
"Tapi awak tengok juga...kalau 'dia' menyeleweng dan apa yang awak buat tu tak berbaloi atau apa yang awak dapat tu tak setimpal dengan apa yang awak buat, awak blah la!"

Aku: Hait. (angguk dengan penuh semangat)

Aku termenung seketika. Betul kata Pn. Diana. Macam2 yang aku dapat belajar. Lagipun aku pernah berniat buat 'sesuatu bende' ni. Mungkin apa yang aku alami ni ada kaitan dengan 'sesuatu bende' ni. Pn. Diana pun setuju.

Ape benda 'sesuatu bende' tu? Ha, lain kali baru cite ye =p

Alhamdulilah, aku bersyukur kerana ditemukan dengan Pn. Diana. Beruntung aku kerana mempunyai Boss seperti dia. Sedia memberikan nasihat. Dan paling best, dia turut membantu aku untuk memajukan diri. (wei, cukup2 la tu....bodek tak ingat....).

Kla, mo sambung keje ni. 1 jam lagi dah start class. Mo 'study'!
Babai

Thursday, November 6, 2008

Dua Cerita

MUTIARA

Hari ni aku kena stay kat Mutiara (PBAM) sorang2 sampai kul 10 malam. Masa aku datang dalam kul 4 petang tadi, Pn. Iffah, Pakcik Hasan dan Cikgu Zacky ada. Sebaik saja aku letak helmet dan beg kat tempat aku, Pn. Iffah datang dekat kat aku. Brief tentang pe yang kena buat. Memandangkan Kimi tak datang dan aku kena ganti tempat Kimi. Selain dari tu, as usual, sedikit 'ceramah' dari Pn. Iffah. Gitu gini gitu gini, ada la dalam 40 - 50 minit. Dalam 'ceramah' tu, Pn. Iffah ada cakap something. Entah la... Dia kata aku boleh pergi jauh. Dia nampak potensi yang ada pada aku, walaupun aku ni pendiam (pada tanggapan dia la..). Then satu lagi, dia nak serapkan aku dalam Cahaya Mutiara. Perh, masak!
Masa training Sabtu lepas, Pn. Iffah ada menerangkan serba sedikit mengenai Cahaya Mutiara. Cahaya Mutiara ni boleh aku klasifikasikan sebagai kelas pemulihan. Bukan kelas pemulihan akhlak. Tapi pemulihan akademik. Pelajar-pelajar yang dapat merah je tu masuk kelas ni la....
Dalam kul 5 petang Pakcik Hasan hantar Pn. Iffah balik. May be dalam kul 10 malam ni baru Pakcik Hasan datang semula. Nak kemas2 kelas, susun kusi meja bagai, termasuk la nak kunci Mutiara (antara tugas Pakcik Hasan). Dalam kul 6 petang Cikgu Zacky balik. Sekaligus meninggalkan aku sorang2 kat cni.
Takut? Entah la. So far kat umah pun kadang2 aku sorang2 gak. Dulu time duk umah sewa pun selalu aku duk kat umah sorang2 malam2.
Bosan? Ha! Tula yang lebih tepat! Dats y aku perabiskan masa aku dengan menaip kat cni (blog ni la...). Walaupun keje yang sedia ada duk tersadai kat tepi tu. Kul 8 or 9 malam nanti buat la.... Tengah tak ada mood nak buat keje tu. Coz keje tu amat MEMBOSANKAN! Satu lagi reasonnya adalah keje tu adalah keje yang orang lain tak buat then pass kat aku. Balik-balik aku je kena buat keje2 orang lain yang tak siap. Ganti kelas pun aku gak. Ai...nasib...nasib....

CIFA

Dalam 3 - 4 minggu ni memang aku sibuk. Kena siapkan testimonial, certificate, compile sume output students dan macam2 lagi la. Hari isnin baru-baru ni la kemuncaknya. Next week ada gak lagi. Tapi tak la banyak sangat. Lagipun aku dah tau beberapa trick yang boleh mempercepatkan proses menyiapkan keje tersebut.
Dalam sibuk-sibuk aku tu pun, tak la terasa sangat. Coz Pn. Diana memang best. Coz dia boss yang bertimbang rasa (perh, bodek abis...). Pape hal kami buat sama2. Dia lebih kepada mendidik aku. Kesilapan-kesilapan yang aku buat dia tegur dengan penuh hikmah. Dan yang paling best, dia banyak ajar aku tentang dunia pekerjaan dan dunia bisnes ni.
Sambil-sambil kami buat keje (aku siapkan testimonial, Pn. Diana siapkan output-output students), Pn. Diana explain kat aku tentang situasi sebenar yang menimpa aku sekitar bulan Julai-Ogos. Pn. Diana menyifatkan bahawa aku adalah mangsa.
"Dorg tu memang sengaja. Tiap-tiap tahun memang macam tu. Dorg sengaja cari salah kita. Kebetulan awak pula tak melawan. So dorg 'makan' awak..." jelas Pn. Diana. "Saya tak ada pilihan masa tu. Saya terpaksa bertindak tegas. Saya terpaksa 'rehat'kan awak dari mengajar di sekolah tu. Saya nak lawan balik. Biar dorg tau" tambah Pn. Diana. "Tapi bukan awak terus tak datang sana,kan? Dah hujung-hujung saya ajak awak ke sana semula,kan? Saya cuma nak redakan keadaan je. Cikgu-cikgu kat sana tu tak ada masalah pun dengan awak. Mereka ok je. Cuma isu tu sengaja je dibesar-besarkan...". Aku hanya mendengar tanpa berkata apa-apa. "Tak apa la. Awak masih baru. Bisnes memang macam ni"
Selain penjelasan tentang isu tersebut, Pn. Diana juga ajar aku tentang beberapa perkara. Yang mana perkara tersebut sememangnya dapat membantu aku untuk memajukan diri. Pn. Diana juga berjanji untuk ajar aku tentang beberapa perkara yang ada kaitan dengan komputer. "May be benda ni boleh awak pakai di kemudian hari. Kira macam 'hadiah' dari saya setelah awak tak keje di sini lagi kelak". Sedih gak aku dengar bila Pn. Diana kata gitu.

Friday, October 17, 2008

Eskrem

15 oktober 08. 2pm.

Entah kenapa sebaik saja abis kelas ICT untuk Year 4 dan Year 3 kat SK Cyberjaya, tekak aku rasa kering sesangat. Mungkin kerana cuaca tengahari tu panas sangat.
Dari Makmal Komputer aku berjalan menuju ke motorsikal aku yang aku parkir bersebelahan dengan kantin sekolah. Sedang berjalan, aku terserempak dengan si kembar dan sasha (student Year 2). Mereka sedang berjalan sambil berbual-bual. Seperti biasa, si kembar, Anis dan Arina yang pemalu pasti menjeling atau tersenyum bila melihat aku. Melihat aku yang semakin hampir, si kembar mula berselindung di sisi Sasha. Sasha hanya tersenyum. Kemudian kami jalan sama-sama. Apabila sudah hampir dengankantin, aku direct terus pergi kat Pak Badar (motorsikalku), si kembar dan Sasha meneruskan perjalanan menuju ke pintu pagar sekolah. Kami berpisah di situ.
Sebaik saja aku mengejutkan Pak Badar yang sudah 2 atau 3 jam tertidur, aku terus blah dari kawasan kantin sekolah. Sewaktu menuruni bukit (tak curam sangat) yang berdekatan dengan tempat aku memarkir Pak Badar dan menghubungkan satu simpang untuk menuju ke pintu pagar sekolah, sekali lagi aku bertembung dengan si kembar dan Sasha. Mereka sedang bersedia untuk berlumba lari. 1...2...3...Mula! Mereka mula memecut. Dan aku pun bergerak seiringan dengan mereka. Siapa yang menang? Aku la. Haha. Aku tak lari. Pak Badar 'dukung' aku. So aku lagi laju dari mereka.
Melihat telatah mereka sedikit sebanyak menghiburkan hatiku. Yela, kerja je sepanjang masa. Tambah pula dengan masalah-masalah yang entah bila nak settle. Lepas satu, satu yang tiba. Bukan saja masalah aku. Orang lain buat masalah then tak settle-settle, at last terkena kat aku. Tu yang selalu mengganggu fikiran aku. Nak ditinggalkan saja, tak sampai hati. Rasa macam pentingkan diri. Tapi bila tak ditinggalkan, merana diri. So pandai-pandai sendiri la mengurus diri. Esh, mengarut dah ni.
Senyuman dan kenakalan si kembar dan juga murid-murid yang lain kadang kala menghiburkan dan juga membangkitkan semangat. Tu yang menyebabkan aku tak jemu-jemu mengusik. Habis saja mengajar, ada masa terluang, siap la dorg. Hehe. Dan dalam ramai-ramai, si kembar la yang selalu menjadi mangsa. Terutama Arina. Aku pun tak tau kenapa aku lebih suka mengusik Arina berbanding Anis. Atau murid-murid yang lain. Mungkin kerana mereka pasangan kembar? Atau mungkin kerana Arina tu kakak dan Anis tu adik? Atau mungkin kerana Arina lebih garang berbanding Anis? Atau mungkin kerana Sasha yang selalu membantu aku mengusik si kembar? Entah la. Tak kisah la atas alasan apa. Yang penting, aku suka usik Arina. Dan Arina pula tak suka bila kena usik wahaha.
Esh, dah jauh menyimpang. Kembali ke pangkal jalan. Apa jadi dengan perlumbaan tadi? Anis atau Arina atau Sasha yang menang. Tak sure la No.1 Arina atau Anis. Coz mereka kan kembar. Wajah mereka sukar nak cam dengan sekali imbas. So antara Anis atau Arina yang sampai dulu aku tak dapat kenal pasti kerana mereka sama laju. Dan Sasha tertinggal jauh di belakang. Sampai je mereka bertiga di pintu pagar sekolah, ayah si kembar dah sampai. Tinggal la Sasha keseorangan menunggu gilirannya untuk dijemput. Oleh ayahnya. Aku? Terbenti jap kat depan pintu pagar. Why? Ada sorang murid Year 4 lalu kat depan Pak Badar menuju ke sebuah van. Mila. Murid 4J (4 Jupiter). Dia ni agak pelik. Kat kelas dia memang pelik. Kerana dia selalu buat benda pelik-pelik. Tindak tanduk dia pun pelik. At last aku pun pelik (mula mengarut). Dia ni cerdik. Tapi kureng nak dengar kata. Suka buat ikut suka ati dia. Kadang tu sengaja je dia buat lain daripada apa yang aku suruh. Kalau aku suruh guna saiz tulisan besar, dia pakai yang kecil. Pakai kaler hijau, dia pakai kaler pink. Suruh buat gitu, dia buat gini. Tapi kadang kala dia jadi murid yang taat pula. Siap kempen kat member dia yang sorang lagi. Entah la labu.... Belasah jela. Asalkan kau bahagia. Satu lagi yang pelik dengan si Mila ni ialah renungan dia. Sampai sekarang aku tak paham. Tiap kali dia renung, menimbulkan tanda tanya je.
Dah, tinggalkan cerita tentang Mila. Sekarang aku meneruskan perjalanan. Aku tengok kiri. Aku tengok kanan. Aku tengok kiri semula. Terpandang la brader kat sebuah motorsikal ni. Dia bawa payung besar. Kaler biru. Ada peti kat tepi motorsikal dia. Kaler biru gak. Ramai murid-murid yang kerumun motorsikal dia. Ternyata brader tu lagi femes banding aku. I dono why, tangan aku bagai hilang kawalan, membawa Pak Badar sama-sama menghampiri brader tu. Semakin hampir aku dengan brader tu ati aku jadi makin tak tenang. Tekak aku jadi tambah-tambah kering. "Kalu dapat vanilla coke or eskrem sekarang ni mesti best" bisik ati aku. Sekarang aku dah kat depan brader tu. Lalu aku berkata, "bang, yang dalam cawan merah ni satu berapa?". Dengan selambernyer brader tu jawab, "seringgit". "Bagi satu" pantas je mulut aku berkata. Tak sampai 5 minit, brader tu hulur cawan merah yang aku tunjuk tadi. Kat dalam cawan tu ada something yang sejuk! Then dengan lahapnya aku makan ESKREM. Eemm... Seedaaap! Akibat terlalu sedap, aku rembat satu lagi eskrem. Yang besar ckit.
Tengah asyik aku makan eskrem sambil tangan menekan-nekan keypad enset (antar SMS), Amirah dan Sofia lalu kat depan aku. "Antar msg kat makwe ke cikgu..." tersengih je dorang berdua. Cet, budak-budak ni.... Aku antar msg kat Boss aku yang kat Puchong tu. Dah Boss aku yang antar msg dulu. Tak kan tak balas. Lagi pun ktorang diskus pasal kerja. Amirah dan Sofia ni ok je kat kelas. Walaupun mereka kureng cerdik (macam aku) berbanding rakan yang lain tapi mereka rajin bertanya dan rajin buat kerja (tak macam aku huhu). InsyaAllah berkat usaha mereka, aku yakin mereka boleh berjaya punya. Plus kalau mereka menten sikap rajin mereka tu. No hal la!
Ha, eskrem pun dah abis. Aku pun balik. Bukan balik rumah. Tapi pergi Puchong. Kerja! Yang lain punya.

Tamat

Thursday, October 16, 2008

Rosak!

15 oktober. 10.56 am. Sedang elok-elok aku buat kerja di komputer sambil mendengar lagu, yang mana file-file lagu ni aku ambil dari pendrive 1GB aku, tiba-tiba akak aku call. Tetterettet! Berdengung speaker komputer ni bila telefon bimbitku yang terletak di sebelah CPU, sebelah speaker, berdekatan dengan pendrive aku berbunyi. Sebaik saja aku memberikan telefon bimbitku pada mak aku (kakak aku nak cakap dengan mak aku), aku duduk semula di hadapan komputer, sambung kerja yang tergendala. Selang beberapa minit, baru aku perasan lagu yang sedang dimainkan tiba-tiba biol! Tersekat-sekat. (Khusyuk sangat buat keje la ni...sampaikan lambat baru perasan). Hairan! Namun aku tak syak apa-apa. Aku cuma terus tekan pada papan kekunci, Ctrl + S. “Teng!” Speaker berdengung lagi. Serentak dengan bunyi tersebut, keluar entah perkataan apa entah kat screen monitor ni. Panjang. Bahasa omputih. Di pendekkan cerita, ada problem dengan pendrive, tak boleh save dokumen yang aku buat tadi kat dalam pendrive. Kemudian aku pergi kat My Computer, click kat icon pendrive aku tu. “Teng!” Dia suruh format la plak..... Kalau format, habis la semua file dalam tu. Adusss............... Then aku nekad je, FORMAT! ........... Teng! (tak boleh!) Adoi, ape plak la masalah kali ni...?..

Tuesday, October 7, 2008

Jalan-jalan

6 oktober 08. Jalan-jalan di midvalley. Sekitar jam 3 – 6 petang. Jumpa kawan. Merempit dari rumah ke stesen KTM di Bandar Tasik Selatan dalam jam 2 petang dalam keadaan hujan lebat. Seluar dan kasut basah sedikit. Tetapi sempat kering sementara menunggu tren ke midvalley. Semasa sedang menunggu tren, lepak dengan tiga orang budak laki dalam lingkungan sebelas tahun. Mereka sedang asyik membelek telefon bimbit, menonton video-video yang dirakam setiap kali mereka menonton wayang. Tiga orang budak ni tidak aku kenali. Kerana bosan menunggu tren, aku menegur sapa mereka bertiga. Mereka bertiga ni kawan karib semenjak kecil lagi. Mereka tinggal di taman yang sama, belajar di kelas dan di sekolah yang sama. Kamceng! Mereka bertiga ni juga sama destinasi denganku, midvalley.Tetapi tujuan kami berbeza. Mereka ke midvalley semata-mata untuk menonton wayang, senario. Aku? Jalan-jalan bersama seorang kawan. Sebaik sahaja sampai di midvalley, aku terus menuju ke MPH, kawan aku sudah menungguku di situ. Kami tidak lama di situ. Hanya seminit dua. Kemudian kami naik ke tingkat atas sekali, melihat haiwan-haiwan seperti burung, kucing, ikan dan lain-lain. Agak lama juga kami di situ, tengok ikan. Selepas entah berapa lama kami di situ, kami keluar menuju ke Food Junction, makan. Lapar! Aku makan Nasi Goreng Ikan Bilis dan air teh panas. Kawan aku makan Nasi Ayam. Tanpa air! Katanya, tak biasa minum selepas makan. Di dalam hati aku berkata, “Kalau tercekik macam mana ek?”. Selesai makan kami jalan-jalan di sekitar midvalley. Dari atas sampai ke bawah. Kemudian naik semula. Tanpa arah tuju. Sekitar jam 4.30 petang, “err...abang dah call. Saya balik dulu la ek. Tapi sebelum tu, nak pergi satu tempat ni...”. Aku seperti biasa, follow saja. Donut? Yup, dia nak beli donut. Katanya, “kalau datang midvalley mesti singgah sini beli donut”. Ada la dalam 6 - 7 ketul donut yang dibelinya. Selesai membeli donut, aku hantar dia sampai kat jambatan nak ke KTM tu saja. Kemudian aku masuk semula midvalley. Jalan seorang diri. Nak pergi mana? Pergi ke dua tempat yang biasa aku kunjungi setiap kali aku datang midvalley. (Ikuti kisah di kedua-dua tempat tersebut di akhir cerita ni). Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Aku segera menuju ke surau. Selesai solat, aku balik. Semasa menunggu tren untuk pulang, sekali lagi aku bertembung dengan tiga orang budak tadi. Tetapi aku hanya nampak seorang sahaja. Sedang menunggu di garisan kuning memerhatikan tren. “tren tak sampai lagi? Dah lama adik tunggu? Dua orang lagi mana?” tanyaku. Tanpa menjawab soalan aku sepenuhnya, dia memuncungkan mulutnya ke arah tangga yang menghubungkan midvalley dan stesen KTM. Dengan langkah longlai sambil menjinjing beg plastik aku menuju ke tempat yang budak tadi maksudkan. “Oo..kat sini rupanya” kata hatiku sebaik melihat dua orang budak sedang duduk di anak tangga (bawah sekali) sedang membelek-belek telefon bimbit sambil tersenyum dan ketawa. “Mission accomplished la tu” getus hatiku sambil tersengih. “Dapat rakam semua?” tanyaku sebaik sahaja duduk di sebelah dua orang budak ni. Soalanku dijawab dengan sebuah senyuman yang panjang sampai ke telinga. Setelah lebih kurang lima minit aku menonton sama video hasil ‘cetak rompak’ melalui telefon bimbit dua orang budak ni, aku bangun sambil menyalakan sepuntung rokok dan berjalan menghampiri budak yang masih setia mengusha line. “tak join kawan kamu?”. Dia hanya menggeleng dan masih setia memerhatikan tren yang entah bila nak sampai. Aku pun menoleh ke arah yang bertentangan dengan budak tu. “esh, manisnya”. Awek kat sebelah aku ni manis la plak. Dia pun sama macam budak ni, khusyuk menanti ketibaan tren. Sambil tu tangannya menggenggam erat telefon bimbit. Sekejap sekejap balas sms, sekejap sekejap dapat call. “erk!!” aku terus berpaling. Dia perasan aku sedang tenung dia. Fuh, lama betul menunggu tren ni. Entah bila la nak sampai. Dengan malasnya aku menoleh ke atas, ke arah satu objek kaler biru. Dan membaca tulisan-tulisan berbentuk digital berwarna oren atau kuning. Entah la. Dah rabun warna agaknya aku ni... Lima belas minit lagi.... Aduh, lamanya. Kemudian aku seluk poket seluar aku. Aku buka kotak berwarna merah yang bertulisan WINSTON. Dan mengeluarkan sebatang rokok, kemudian menghidupkannya. Fuhhh... Berkepul-kepul asap keluar dari mulut dan hidungku. Selesai menghisap rokok, tren pun sampai. “Pergi panggil kawan kamu tu cepat”. Awek kat sebelah aku tadi menjeling ke arah aku seolah-olah kata-kataku sebentar tadi ku tujukan kepadanya. Hairan. Tak sampai lima minit, budak tadi sudah berdiri di sisiku bersama-sama dua orang rakannya. Sebaik sahaja tren berhenti, awek tadi tu, tiga orang budak ni dan penumpang-penumpang yang sudah lama menunggu masuk ke dalam tren. Serentak dengan orang yang hendak keluar. “Relax dulu, bagi orang keluar dulu” kata hatiku. Melihat keadaan sudah agak tenang, aku pun memboloskan diri masuk ke dalam tren yang sememangnya sudah sesak. Macam sardin! Maka berhimpit-himpit la kami di dalam tren. Di hadapan aku, seorang amoi. Membelakangi aku. Ketinggiannya sama denganku. Dia agak berisi berbanding aku. Awek tadi tu di hadapan amoi ni. Salah seorang dari tiga orang budak tadi ada di sebelah aku. Macam nak lemas je aku tengok budak ni. Kesian... Dua orang lagi aku dapati dia berada berhampiran dengan pintu. Di belakangku. Kedudukannya dapat aku kesan melalui suaranya. Mereka rancak berbual-bual di sepanjang perjalanan. Tret! Tret! Tret! Telefon bimbitku berbunyi. Sayup-sayup kedengaran dek kerana bunyinya terhalang oleh kesesakan orang ramai. Dengan susah payah aku cuba mendapatkan telefon bimbitku. “Sikit lagi....” Alamak! Tangan aku tersangkut. Amoi ni rapat sangat. Aku mengeluh sebaik sahaja telefon bimbitku berhenti berbunyi. “Sorry...” aku tujukan pada amoi di hadapanku. Aku khuatir dalam usaha aku sebentar tadi mengganggu keselesaannya. Maklum la, berhimpit-himpit. (Nada dering telefon bimbit). Telefon bimbit awek tadi berbunyi. Pantas saja tangannya menari-nari pada badan telefon bimbitnya. SEND. Dari tadi hingga kini aku tak nampak lagi senyuman atau wajah ceria pada awek ni. Walaupun selepas menghantar sms sebentar tadi. Aku yakin wajahnya pasti kelihatan lebih manis seandainya sentiasa dihiasi senyuman. Senyuman itukan sedekah. Kalau masam je nanti cepat tua cik adik oi... Eh, pandai-pandai je aku. Entah-entah dia lebih tua dari aku. Abaikan. Entah berapa lama kami berhimpit-himpit akhirnya sampai juga di stesen yang dituju, Bandar Tasik Selatan. Ku sangkakan hanya aku dan tiga orang budak ni saja yang akan keluar dari perut tren yang menunggu masa saja nak ‘muntah’. Rupa-rupanya awek tu pun turut sama. Abaikan. Semasa hendak keluar dari tren, ada satu kejadian yang agak kurang enak berlaku. Dalam kesesakan orang ramai hendak keluar dan masuk tren, terdapat seorang wanita india yang sudah tua jatuh. Dia dilanggar oleh salah seorang daripada tiga orang budak yang bersama-sama aku disepanjang perjalananku pada petang ni. Sebaik sahaja pintu tren terbuka, budak tersebut terus meluru keluar tanpa melihat kiri kanan depan belakang. Akibatnya, berlaku la adegan langgar lari. Sepantas kilat budak tu berlari. “Mana dia?” tanyaku kepada dua orang budak ni sebaik sahaja melangkah keluar dari tren. “Lari! Hilang!” Aku hanya menggeleng. “Ok, abang balik dulu” aku terus berlalu pergi sambil melihat sekeliling. Ku lihat awek tadi sudah di hadapan. Pantas saja kakinya melangkah. Dengan lemah longlai aku melangkah menuju ke arah motorsikalku yang aku parkir tidak jauh dari sebuah restoran yang terletak tidak jauh dari stesen Bandar Tasik Selatan. Sambil melangkah, sebatang lagi rokok aku nyalakan. Hujan masih renyai-renyai. Melihat jam pada telefon bimbitku yang sudah menunjukkan jam 7.15 pm, aku mempercepatkan pemanduanku. Aku tak mahu sampai rumah terlalu lewat. Lagipun, Magrib-magrib macam ni tak elok berada di luar rumah. Pesan ibuku sejak aku masih kecil lagi. Sebaik saja tiba di rumah, kakakku bersama suami dan anak-anaknya sudah ada. “Dah sampai dah orang Klang ni” bisik hatiku.

Cantik ke?

Animetch. Kalau pergi midvalley, aku mesti singgah sini. Buat apa? Rembat la apa-apa anime. Tapi kali ni tak ada anime yang menarik. Aku pun memang tak plan nak rembat anime. Anime yang kat rumah tu pun entah bila aku berkesempatan nak tengok. Asyik sibuk dengan kerja je. So juz usha-usha je. Tapi tak mo balik tangan kosong. Jadi aku capai la something yang menarik dan sesuai untuk telefon bimbitku.

Rajin ke?

Selain Animetech, ni la tempat kedua yang mesti aku singgah, Jigsaw Puzzle World. Firstly ingat nak rembat yang crystal. Tapi bentuk diamond tak ada. Agak kecewa la. Tapi tetap tak mo balik tangan kosong. Maka aku capai sesuatu. Puzzle Dragon Ball Z. Gambar Son Go Han. Balik je rumah, malam tu gak aku buat. Setelah bertungkus lumus selama 2 jam (tepat!), puzzle ni siap.

Monday, August 25, 2008

Rindukah?

23 Ogos yang lepas, aku dan sorg kwn aku ni, Fir turun Johor. Naik bas je. Tak naik Pak Badar. Terangkat Pak Badar aku kalau bawa Fir (jgn marah ye Fir). Awal pagi lagi ktorg dah gerak dari umah masing2 menuju ke Puduraya. Atas beberapa kesilapan teknikal, aku sampai kat Puduraya ngam2 time bas dah nak jalan (biasanya aku mesti sampai awal sejam or 30 minit).

Kalau mengikut perancangannya, ari Sabtu ktorg juz jln2 bersama2 rakan2 lain kat Pesta konvo kat UTHM. Then esoknya (Ahad) ktorg ramai2 gerak ke Pontian. En Arif (lecturer ktorg) kawen. Tapi sekali lagi, atas kesilapan teknikal, aku dan Fir terpaksa balik KL mlm ari Sabtu tu gak. Kul11 mlm. Tiket ke KL, Melaka dan Seremban dah abis! Tinggal kul11 mlm tu je. Aku tak terpikir lak bende ni akan terjadi cz selama aku belajar kat UTHM dlu, aku tak pernah menghadapi masalah cmni bila nak balik KL. Kebetulan time aku tengah tunggu bas nak balik malam tu, aku jumpa la dengan mamat sorg ni, Ramadhan. Mamat ni kata, "....sekarang dah susah dah nak dapat tiket bas on da spot cm dlu. Even nak balik KL." "Cuti sekolah punya pasal kot...," aku try n error je. "Eh, tak la. Hari2 biasa pun cmni" mamat ni dengan pantasnya menyangkal tekaan aku tadi. "Oo...cmtu..." melopong aku dengar jawapan dia.

Dari KL aku tak terus ke Johor. Aku n Fir landing kat Melaka Sentral dlu. Kat Melaka Sentral ktorg naik kereta ('kereta polis' eheh) dengan Manok. "Lan tertinggal cencaluk. So kita singgah rumah Lan dlu," kata Manok sebaik sahaja ktorg berjumpa.

Sepanjang perjalanan menuju ke rumah Lan (di Kandang) ktorg bual2 tentang perkembangan masing2 (masing2 dah keje la katakan...). Selain dari tu ktorg bual2 gak tentang kwn2 yang lain (mana2 yang ktorg tau jela).

Sampai kat rumah Lan ktorg lepak2 jap sejam dua. Makan2 keropok (adik Lan yang goreng...sedap!), minum2 air sambil2 bual2 dengan ibu kepada Lan (adik Lan gak...). Tengah ktorg bual2, ayah kepada Lan balik. "Eh, kamu...lama tak nampak. Kali terakhir pakcik jumpa kamu masa kat batu pahat aritu (time konvo)," aku sekadar tersenyum sambil menyambut salamnya. "Alhamdulillah sihat lagi pakcik ni. Masih kuat lagi ingatan dia," getus atiku. "Pakcik selalu sebut2 nama kamu...," sambung pakcik ni lagi. Kemudian ktorg sambung makan2, minum2. Tengahari baru aku gerak ke Johor.

Semenjak kali pertama aku menjejakkan kaki di rumah Lan, aku berasa senang, tenang dan nyaman. Tambah pula dengan layan dan perhatian yang ibu dan ayah Lan berikan (adik beradik Lan gak). Sebagai contoh, aritu, masa ktorg tengah2 sedap minum tiba2 ayah Lan ni sound anak perempuan dia (adik Lan), "..apa bagi air sejuk ni...? Prop ni tak minum air sejuk2 ni". "Ingat lagi pakcik ni ek...," bisikku dlm ati. Yup aku memang tak digalakkan minum dan makan benda2 sejuk (tapi aku bedal je!). Nanti sakit. Kebetulan dulu masa kali pertama aku datang umah ni, aku sakit dek kerana sejuk kena hujan. Tambah pula termakan makanan (minuman gak) yang sejuk2.

Sampai je ktorg kat Johor (Batu Pahat), ktorg singgah beli tiket dulu. Lepas beli tiket ktorg ke Parit Raja (Taman Rona) nak hantar Fir. Fir ni ppuan. Tak leh lepak2 dengan ktorg. So ktorg 'letak' dia kat Taman Rona. Umah kwn2 ktorg yang sambung Master. Ppuan gak la, tak kan laki kot.

Then ktorg ke Taman Melewar II, umah bujang eheh. Masuk je umah ni aku sedikit terkejut. "Eh, Baiya! Kau pun ada?". Dari info yang Manok beritahu aku, nama Baiya tak ada. Tapi ni tidak la bermakna si Baiya ni tetamu tak diundang. Ktorg undang kepada semua, siapa2 yang lapang. "Nape dengan tangan kau tu?" soalku sebaik sahaja terlihat tangan Baiya yang chantek tu. "Aku eksiden. terlanggar anjing," ujar Baiya sambil mengusap2 tangan dia. "Ish2....tak ada binatang lain ke dia ni nak langgar...," getusku dalam ati. "Macam mana boleh jadi macam ni?" soalku. "Kat highway...anjing tu melintas pastu dia patah balik. Aku tengah laju...langgar la apa lagi."

Petang tu lepas Asar ktorg ronda2 kat Pesta konvo. Dapat la ktorg tengok singa betina ni kat dalam van. Tengah bermanja2 dengan tuan dia. Buat apa singa tu kat situ? Saja buat pameran (animal show). Antara yang menarik kat Pesta konvo ni la. Lepas dah ronda2, ktorg isi perot. Lapar!

Malam tu, lepas Isya' ktorg ronda2 lagi kat pesta konvo (aku n manok je...lan, baiya, usop tgh study peta. persediaan nak ke pontian sok). Kali ni bawa Fir and da Geng (Wanie n Bus). Dalam kul 9 mlm ktorg kuar dari UTHM, pergi ke Bandar U. Kat sana ktorg makan2. Tak lama lepas ktorg order makanan, Lan dan Baiya datang. Macam2 la yang ktorg bualkan. Dalam kul 10.15 mlm, aku, Manok, Fir, Wanie dan Bus gerak ke Batu Pahat. Aku dan Fir dah nak balik dah....

Ni la first time aku balik naik bas malam2, jalan jauh2 plak tu. Best ke tak aku pun tak tau. Tak ada perasaan langsung.

Dalam 2 jam bas bertolak meninggalkan Batu Pahat, tiba2 bas ni benti kat tepi jalan. Rosak! Adusss....makin lewat la aku sampai kat KL. Malas nak pikir2, aku terus sambung tdo. Memang aku tdo je sebaik saja duk dalam bas. Kira2 dalam kul 2.15 am ada la 1 bas ni datang. "Ok, kita tukar bas. Semua turun dan naik bas kat depan tu ye," kata sorg mamat ni, drebar bas! Dalam kul 4 am, aku dan Fir sampai kat Puduraya. Kat situ aku dan Fir berpisah. Dia balik dengan kawan dia, aku balik dengan ayah aku. Sian plak kat ayah aku. Terpaksa datang jemput aku pagi2 buta cmni.

# 4 - Rahsia

“Eh, Shiera! Kau nak pergi mana?”tanya Sabrina hairan.

“Kan masih awal lagi ni. Baru pukul 6 pagi,” tambah Sabrina sambil melihat jam yang tergantung di dinding biliknya. Matanya yang masih mengantuk itu digosok-gosok dengan tangan. Malam tadi dia tidur lewat. Banyak kerja yang perlu diselesaikan.

Shiera terus berlalu pergi tanpa menghiraukan pertanyaan rakannya sebentar tadi. Sabrina hanya melihat Shiera berlalu pergi tanpa berbuat apa-apa.

Sudah seminggu Shiera berkelakuan aneh. Semenjak peristiwa di restoran tempoh hari, Shiera sering termenung. Sepatah ditanya, sepatah juga dijawab. Kadang kala tidak berjawab. “Aku mesti buat sesuatu” Sabrina memasang niat di dalam hati. Dia masih ingat lagi, Shiera secara tiba-tiba sahaja mengajaknya pulang tanpa menjamah makanan yang baru sahaja dihidangkan semasa di restoran tempoh hari. Apakah ini ada kaitannya dengan perempuan dan lelaki tempoh hari?

Vroom! Vroom! Vroom!

Bunyi motorsikal milik Shiera mematikan lamunannya. “Huh, dah pergi dah dia...” keluh Sabrina.

Vroom! Vroom! Vroom!

Tidak sampai lima minit, kedengaran bunyi sebuah motorsikal memasuki halaman rumahnya. Sabrina tersenyum tiba-tiba. Dia seolah-olah tahu milik siapakah motorsikal itu.

Dum!

Kedengaran bunyi pintu utama dibuka dan ditutup dengan kuat.

Tap! Tap! Tap!

Bunyi tapak kaki seseorang. Bunyi itu makin lama makin kuat dan semakin menghampiri bilik Sabrina.

Dum!

Tiba-tiba pintu bilik Sabrina dibuka dengan kuat.

“Kau buat apa dengan motor aku ha?!” tanya satu suara.

Melihatkan Sabrina tidak menjawab, diulangi lagi pertanyaan itu, “Kau buat apa dengan motor aku ha?!”

Sabrina yang sedang duduk di atas katil miliknya sambil memeluk bantal menjawab dengan lembut, “Bawa bertenang, Shiera.”

Kemudian perlahan-lahan Sabrina bangun dn menghampiri rakannya.

Setelah berada dekat dengan rakannya, dia memegang lembut bahu rakannya sambil berkata, “Aku terpaksa, Shiera. Aku tak ada cara lain lagi...”

Diusap-usap lembut bahu sambil matanya merenung wajah rakannya, cuba menenangkan rakannya.

“Sudah seminggu kau macam ni. Sepatah aku tanya, sepatah kau jawab. Kau lebih banyak berdiam diri dari berkata-kata,” luah Sabrina dengan lembut.

Perlahan-lahan Sabrina memimpin rakannya duduk di sofa yang terletak tidak jauh dari pintu biliknya. Shiera hanya menurut tanpa membantah.

“Kau seperti menjauhkan diri dari aku,” Sabrina bersuara sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung di sofa. Mata Shiera ditenung sambil jari-jemarinya mengurut-urut lembut jari-jemari rakannya.

“Pasal kejadian di restoran tempoh hari, aku minta maaf. Aku tak sengaja. Aku tak tahu,” luah Sabrina lembut.

“Perempuan yang kita lihat di restoran tempoh hari tu mak aku. Mak kandung aku...” Shiera yang sejak dari tadi membisu tiba-tiba bersuara.

Sabrina terkejut. “Mak?” Timbul pertanyaan itu di kepalanya. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang baru dia dengar sebentar tadi.

“Habis tu makcik Sofea tu siapa?” akhirnya soalan itu yang terkeluar dari mulutnya. Ternyata Sabrina benar-benar keliru.

“Adik ayah aku,” jawab Shiera ringkas.

“Adik bongsu,” sambungnya lagi.

Walaupun Sabrina dan Shiera sudah berkawan sejak berusia lima tahun namun tidak banyak yang Sabrina tahu mengenai keluarga Shiera. Shiera, Pakcik Saleh dan Makcik Sofea memang perahsia orangnya. Apa yang Sabrina tahu Pakcik Saleh mempunyai adik beradik yang ramai. Pakcik Saleh adalah anak ketiga daripada tiga belas adik beradik. Jawapan Shiera sebentar tadi benar-benar di luar dugaan Sabrina. Dia sama sekali tidak menyangka bahawa Makcik Sofea bukan ibu kandung Shiera.

“Oo..Makcik Sofea dan Pakcik Saleh tu adik beradik rupanya. Tapi mereka nampak sepadan. Maksud aku, sebagai suami isteri,” ujar Sabrina sambil tersenyum.

“Hish...ada-ada jela kau ni Ina...”

“Erm, kau marah aku lagi ke, Ina?”

“Maksud kau?”

“Yela, selama ni aku merahsiakan semua ni dari pengetahuan kau.”

Sabrina tersenyum dan memeluk bahu rakannya sambil berkata dengan lembut, “Aku tak berhak untuk memaksa kau ceritakan semua tu kat aku.”

Lega rasanya bila semua masalah dapat diselesaikan. Lega rasanya bila ada yang sudi mendengar dan berkongsi masalah. Lega rasanya bila ada tempat mengadu. Tanpa sedar, Shiera memeluk rakannya. Sabrina membalas pelukan rakannya sambil mengusap-usap belakang rakannya. Sebagai rakan, Shiera amat memerlukannya di saat ini.

Setelah melihat rakannya sudah benar-benar tenang dan emosinya sudah terkawal, Sabrina berkata, “Lain kali jangan buat macam ni lagi tau. Kalau ada apa-apa masalah jangan pendam seorang diri”. Shiera sekadar menganggukkan kepala sambil mengesat air jernih yang mula mengalir di pipinya.

“Apa yang berlaku di antara ayah dan mak kau? Mereka sudah bercerai ke?”. Soal Sabrina tiba-tiba.

Shiera tidak terus menjawab. Pelukan rakannya dileraikannya perlahan-lahan lalu bersandar pada sofa. Shiera mengeluh.

Melihatkan perubahan pada rakannya, Sabrina rasa bersalah. “Aduh, tak patut aku tanyakan soalan macam tu sekarang ni...” keluh Sabrina di dalam hati.

“Tak apalah. Kau tak perlu jawab sekarang. Mungkin lain kali.”

“Er...boleh aku tau siapa nama mak kau?” soal Sabrina seletah lama mereka berdiam diri. Melayan perasaan masing-masing.

Shiera tidak segera menjawab

“Aduh, banyak tanya pula aku ni,” keluh Sabrina dalam hati.

“Nurul Farhana. Nurul Farhana bte Ahmad.” jawab Shiera.

“Hm, sedap gak nama tu.” puji Sabrina.

“Aku nak tanya satu lagi soalan boleh?” teragak-agak Sabrina bertanya. Bimbang menyinggung perasaan rakannya lagi.

Shiera sekadar menganggukkan kepala tanda setuju.

“Lelaki yang bersama-sama mak kau tempoh hari tu teman lelaki atau suami baru mak kau ke?” teka Sabrina. Soalan Sabrina ini sebenarnya ada kaitannya dengan soalannya yang tidak berjawab tadi. Ternyata sabrina tetap tidak berputus asa.

Shiera tidak segera menjawab. Sebaliknya dia berpaling dan merenung tepat ke mata rakannya. Sabrina mula berasa cuak. “Alamak, mengamuk lagi ke dia ni...” getus hati Sabrina.

“Abang aku!”

Terkejut Sabrina mendengar jawab rakannya. Pertama dia terkejut kerana disangkannya Shiera akan marah atau mengamuk. Tetapi sangkaannya meleset sama sekali. Kedua dia terkejut dengan jawapan Shiera. Ya! Jawapan Shiera itu memang satu kejutan yang amat sangat bagi Sabrina. Jantungnya bagaikan terhenti mendengarkan jawapan itu.

“Hello! Ina! Are you ok?”. Teriak Shiera sambil melambai-lambaikan tangannya dihadapan muka rakannya.

“Er..er...aku ok je...”

“Are you sure? Macam tak ok je...” hairan Shiera melihat rakannya. Dilihatnya wajah Sabrina kelihatan pucat.

“...aku tak pernah tau pun kau ada abang selama ni...” ujar Sabrina perlahan.

“Dia rapat dengan mak aku. Ke mana saja mak aku pergi dia mesti ikut. Aku pula sebaliknya. Aku lebih rapat dengan ayah aku.” terang Shiera.

“Siapa nama abang kau? Berapa beza umur korang berdua? Dia belajar lagi atau dah kerja?” soal Sabrina bertubi-tubi.

“Dia tua empat tahun. Dialah satu-satunya abang aku. Kami dua beradik sahaja.” sengaja Shiera tidak menjawab soalan Sabrina yang pertama dan yang terakhir.

“Kau tak beritahu lagi nama abang kau...”

“Hari ni kita pergi kerja sama-sama ye?” Shiera mengubah topik perbualan. Sekaligus mengelak dari menjawab soalan rakannya.

“Alamak! Dah lewat ni... Kau la ni. Layan aku berbual. Pulak tu lain kali kalau nak merajuk ke apa ke, tunggu la waktu cuti. Tak pun hujung minggu ke. Tengok sekarang. Tak pasal-pasal aku dah lewat...” bebel Sabrina. Sekaligus dia terlupa soalannya yang tidak berjawab.

“Eh, lupa pulak.” Sabrina seolah-olah teringat sesuatu.

“Alamak, dia perasan ke?” kata Shiera dalam hati. Risau.

“Tadi kau kata nak pergi dengan aku kan? Motor kau ok ke?”

“Ok la sangat... Tayar motor aku tu apa cerita.... Buat-buat tak tau pulak....” jawab Shiera sambil bercekak pinggang. Dalam masa yang sama, di dalam hati Shiera terlonjak-lonjak riang kerana Sabrina benar-benar sudah lupa akan soalannya yang tidak berjawab tadi. Yes!

“Erm...kenapa dengan tayar motor kau?” Sabrina benar-benar tak faham akan maksud rakannya.

“Bukan kau ke yang pancitkan tayar motor aku? Kononnya tak bagi aku keluar lagi...”

“Oh ye...aku terlupa pulak” Sabrina malu sendiri.

“Nanti balik kerja aku teman kau ganti tayar motorsikal kau tu”. ujar Sabrina sebelum beredar.

Monday, August 11, 2008

Siapa dulu?

Seperti yang dinyatakan pada entri yang sebelum ni, akak dan akak ipar aku sama-sama mengandung. Akak aku bakal melahirkan anak yang kedua (tapi masuk ni dah tiga anak dia...cmne tu ek huhu) dan akak ipar aku bakal melahirkan anak sulung.

Alhamdulilah, kedua-dua mereka selamat melahirkan anak masing-masing. Akak aku bersalin pada 27 Mei dan melahirkan anak perempuan (tiga-tiga ppuan...). Manakala akak ipar aku pada 1 Julai dan melahirkan anak lelaki. Nama anak akak aku tu Nur Zahraa’ dan nama anak akak ipar aku tu Muhammad Taufiq Haiqal (panjangnyer nama...). Cute ke? Tengok sendiri la ye. Babai.

Zahraa'

Taufiq

Majlis Solat Hajat

Semalam berlangsungnya Majlis Solat Hajat di Pusat Bimbingan Akademik Mutiara (PBAM) bagi pelajar-pelajar yang mengambil UPSR. Jumlsh kehadiran tidak dapat dikenalpasti akan jumlahnya (tak kira). Tapi dianggarkan dalam lingkungan 100-200 orang termasuk ibubapa, pelajar-pelajar dan staf-staf PBAM (termasuk aku).

Majlis dimulakan dengan ketibaan ibubapa dan para pelajar seawal jam 6.30 petang. Ramai ibubapa yang membawa bersama juadah-juadah ringan yang akan dihidangkan dan kemudian dimakan bersama-sama di akhir majlis.Selepas solat Maghrib, majlis dimulakan dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh salah seorang staf kami, En. Firdaus (Cikgu Firdaus). Beliau merupakan salah seorang ahli kumpulan Ikhsan (kalu tak salah la...) dalam Pertandingan Akademik Nasyid yang diadakan baru-baru ini (baru tau info ni semalam huhu...). Tazkirah ringkas yang disampaikan oleh beliau sungguh menarik. Antara isi-isi yang menarik yang beliau kupas adalah “Cinta Tanpa Syarat” dan “Sifat Allah s.w.t (Al-Wahab)“.

Antara kata-kata beliau, “Allah s.w.t telah memberikan kepada ibubapa ni sesuatu yang tiada satu insan pun di dunia ni yang yang sanggup beri. Ianya adalah CINTA TANPA SYARAT. Walau jahat macam mana pun anak itu, ibubapa tetap kasih dan sayang serta cinta kepada anak.” Selain itu beliau juga berkata, “Allah s.w.t mempunyai sifat Al-Wahab (Maha Memberi). Dan Allah s.w.t telah mencampakkan (memberikan) sedikit sifat ini pada ibubapa.”

Kemudian beliau mengupas lebih lanjut mengenai sifat Maha Memberi Allah s.w.t; Al-Wahab. “Yang pertama, Allah s.w.t memberi tanpa meminta balasan. Yang kedua, Allah s.w.t memberi tanpa dipinta. Iaitu, kita tidak perlu meminta tetapi Allah s.w.t tetap juga memberi. Contohnya kita tidak minta mata tetapi Allah s.w.t beri kita mata. Kita tidak minta udara tetapi Allah s.w.t beri kita udara. Yang ketiga, Allah s.w.t memberi secara berulang-ulang. Yang keempat, Allah s.w.t memberi secara berlipat ganda. Ini dapat dilihat di dalam kita beramal. Satu amal kebajikan yang dilakukan, Allah s.w.t lipat gandakan ganjaran sebanyak sepuluh kali ganda. Begitulah Maha Pemurahnya Allah s.w.t.”. Yang kelima dan keenam dan seterusnya dah lupa dah (huhu...memory tak cukup nak record sume nota).

Selesai tazkirah ringkas, Bacaan Yasin dilakukan. Kemudian Solat Isya’. Akhir sekali barulah Solat Hajat. Selesai Solat Hajat, sebelum menjamu selera, pengetua PBAM, Puan Iffah memberikah sepatah dua kata. Yang mana ucapan beliau tidak langsung aku dengar. Sibuk menghidang makanan. Sebab lepas ucapan pengetua adalah Sesi Menjamu Selera (tak sabo ...perot lapo).

Selesai menjamu selera, ibubapa dan para pelajar bersurai. Kami staf-staf kena la kemas-kemas. Sok nak keje. Kelas dan dewan nak pakai. Dalam pukul 11 malam baru selesai berkemas. Then apa lagi, aku pun merempit la balik rumah (jauh woo....25-30km).

Alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar. Semua pihak memberikan kerjasama. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. So, keje yang banyak jadi sikit. Keje yang berat jadi ringan. Di situlah hikmah dan nikmatnya melakukan kerja bersama-sama (gotong royong).

Kat bawah ni ada sedikit gambar yang sempat diambil semasa majlis berlangsung (gambar time tengah makan je)
ni la budak-budak yang bakal ambil upsr tak lama lagi (ni juz 1/5 je)

nampak tak hidangan atas meja tu?

ni ade lagi

ni je makanan yang dapat aku makan. perot kecik.

Friday, August 8, 2008

08.08.08

Sungguh cantik tarikh ni. Macam-macam persepsi manusia mengenai nombor. Ada yang mengatakan pada tarikh ini bakal membawa tuah. Boleh percaya ke? Terpulang pada individu.

Padaku tarikh ni merupakan tarikh yang sangat ber’tuah’ bagi diriku. Pada tarikh ini berlaku suatu peristiwa yang PASTI tidak dapat aku lupakan. Why? Pada tarikh ini aku ‘kehilangan’ seseorang. Dia pergi dan tidak akan kembali lagi. Tak apa la. Aku redha dengan apa yang berlaku. Tiap pertemuan pasti ada perpisahan.

p/s: tak sabar nak tunggu tarikh 9/10/11.

Monday, May 26, 2008

Bahaya Bertindak Melulu

Pada zaman dahulu, ada sepasang suami isteri yang sentiasa hidup dalam keadaan aman damai. Mereka sangat jujur dan saling percaya mempercayai. Si suami kasihan melihat isterinya banyak membuat kerja rumah setiap hari. Jadi dia bercita-cita untuk menghadiahkan seorang pembantu untuk meringankan kerja isterinya.

Hal ini diceritakan kepada sahabatnya, seorang saudagar hamba abdi. Lalu dipilihnya seorang budak lelaki. Sebelum itu kawannya telah menasihati si suami agar berhati-hati. “Budak ini memang rajin tetapi akhlaknya kurang sebab sifatnya suka menghasut orang”. “Ah, tak apa. Asalkan isteri aku senang, cukuplah”, jawab si suami.

Si isteri sangat gembira dengan pemberian suaminya. Tambahan pula budak itu seorang yang ringan tulang. Suatu pagi, budak itu berkata kepada si isteri, “Puan, tidakkah puan tahu bahawa suami puan ingin kawin lagi?”. “Tidak!”, ujar si isteri dengan terperanjat. “Puan mahu saya ajarkan bagaimana dia akan saying puan?”, tanya budak itu lagi. “Sudah tentu”, angguk si isteri. “Haa…puan ambil pisau cukur ini, cukurlah janggutnya apabila dia tidur nanti. Suami puan tentu akan bertambah sayang kepada puan kerana selama ini puan tidak pernah berbuat begitu, bukan?” “Ya”, sahut si isteri.

Kemudian budak itu pun pergi kepada si suami, “Tuan, mahukah tuan dengar satu rahsia?”, si suami menganggukkan kepala. “Sebenarnya puan sudah lama ingin membunuh tuan. Tuan mahu saya buktikannya?”, kata budak itu. “Cubalah tuan berpura-pura tidur”. Walaupun si suami curiga dengan kata-kata budak itu tetapi dia ingin juga melihat kebenaran rahsia yang telah dikatakan. Lalu si suami pun berpura-pura tidur.

Tidak lama kemudian, si isteri masuk ke bilik. Apabila melihat suaminya tidur, dia pun mengambil pisau cukur yang tajam. Setelah hampir pisau mengenai muka suaminya, si suami lantas merebut pisau itu. Tanpa berfikir panjang, dia terus membunuh isterinya. Sangkanya tentu si isteri hendak membunuhnya. Terserlah seluruh kota tentang pembunuhan tersebut.

Kemudian datang pula keluarga perempuan untuk menuntut bela. Setelah berlaku pergaduhan, akhirnya keluarga perempuan berjaya membunuh si suami tanpa usul periksa terlebih dahulu. Esoknya pula datang beberapa orang daripada keluarga si suami. Akibatnya berlaku permusuhan yang tidak ada penghujungnya. Sementara itu, budak pembantu rumah merasa gembira melihat tuannya telah tiada lagi. Kini dia boleh hidup bebas tanpa kawalan sesiapa lagi.

Oleh itu, jangan berkawan dengan orang yang suka menghasut. Dan jangan sekali-kali bersikap sedemikian (menghasut) kerana Allah akan membalas perbuatan tersebut dengan menyeksa kita terlebih dahulu di dalam Neraka.

Friday, May 23, 2008

HaiRan

22/5

Di satu petang...
Sedang asyik aku membaca sebuah novel sambil ditemani lagu-lagu yang dimainkan di radio hotfm, tiba-tiba ensetku berbunyi. Ada msg. Dah tak ingat msg tu tulis ape. Tapi orang yang hantar msg tu bertanyakan kepada ku tentang sebuah lagu di xfresh fm ketika tu. Then dengan selamba aku membalas,

"Ko slh antar msg ke? Aku xdgr xfresh fm. Aku dgr hotfm".

Selepas send msg, aku sambung baca novel. Tapi dah tak khusyuk. Kerana dah lama tak dengar khabar berita dari si pengirim SMS tadi (R). Ekceli ada sedikit kesukaran bagiku untuk mengikuti perkembangannya sekarang ni. SMS yang ku beri jarang dibalas. It's ok. Aku faham. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Namun hampir setiap kali SMS ku dibalas, hajatku tetap jua tak kesampaian. Hanya aku yang sempat menjawab atau bercerita mengenai perkembanganku. Dan setiap kali itu jua, bila sampai gilirannya untuk bercerita pasti ada sahaja urusan yang menggangu.

Tet! Tet!
Ensetku berbunyi lagi.

"Xla..Mmg utk ko..aku tanya je..mana tau ko dgr xfresh fm.."

Kemudian kami berSMS. Sambil menunggu SMS aku terus membaca novel.

Namun perbualan (SMS) kami terganggu apabila adik bongsuku menepuk bahuku.

"Abang, mak panggil"

Tanpa membuang masa aku terus berjumpa ibuku.

"Pergi kedai jap. Gula abis la", ibu menyuruhku ke kedai.
"Beli kicap sekali ye", sambung ibuku lagi.

Sebelum aku ke kedai, aku sempat menghantar SMS kepada R.

"Jap ek. Aku nak g kedai jap. T sambung semula"
SMS ku tak berbalas.

"Alang-alang nak kuar g kedai, baik aku topup nombor celcom aku tu. Mudah sikit nak kontek dia (R). Coz dia pakai celcom", bisikku di dalam hati.

Di kedai...

Tet! Tet!
Ensetku berbunyi.

SMS dari R. R menyatakan agar perbualan sebentar tadi disambung pada sebelah malam nanti (lebih tepat, tengahmalam!). R nak tidur. Tak cukup tidur katanya.

"Adus...sambung malam la plak. Xsempat tanya khabar berita lagi...", keluhku di dalam hati.

"Ok" SMS R ku balas ringkas.

Di depan kedai enset.

"Nak topup ke xnak? nnt jadi mcm aritu lg, naya! Pnat je topup. Tapi xkontek pun...", bisikku di dalam hati.

"Ah! Topup jela...get ready. Kali ni topup sikit jela. So kalu xjadi, xrugi sgt...", bisikku lagi.

Di rumah.

"Ni barangnya mak"
"Ok, letak kat atas meja tu"

Sebaik sahaja meletakkan gula dan kicap, aku terus masuk ke bilik. Check ensetku 1 lagi. Enset di mana sim card celcom ku bermastautin.

"Hm, dah mampus dah enset ni...", keluhku.

Ensetku yang 1 ni memang agak terbiar. Jarang aku charge. Jarang pakai. Jarang orang kontek.

Selesai solat maghrib, kami sekeluarga (+kakak ipar+kembar-abang sulung) berkumpul dan sama-sama membaca doa selamat dan kemudian makan kek!. Sempena menyambut birthday adik aku yang sorang ni (yang sebaya dengan 'si dia' ;p). Dah besar dah dia. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, sihat dan ceria selalu. Amin.

Selesai makan kek bagai, aku masuk bilik. Ada kerja yang hendak dilakukan iaitu TANDA BUKU PELAJAR. Bertimbun buku yang hendak ditanda. Sekarang aku dapat merasa bagaimana 'seronoknya' cikgu-cikgu aku dahulu menanda bukuku. Nasib baik aku ni seorang murid yang baik. Sangat memahami guru-guruku. Mereka tak perlu tanda banyak-banyak, tak perlu tanda betul salah. Cuma buat tanda "?" besar-besar sudah. Ha, baik kan aku? ;p

Sambil tanda buku sambil aku menunggu panggilan atau SMS dari R. Tak la menunggu sebenarnya. Kerana aku tak mahu kecewa.

Tet! Tet!
Ensetku berbunyi.
"Aik, xde pun msg...", keluhku. Sediit hairan.
"La...enset 1 lagi yang berbunyi....", bisikku sambil menekan-nekan keypad enset di mana sim card maxis ku tinggal.

A yang hantar SMS. Kami berbalas-balas SMS. Lama gak... Sambil tu aku terus menanda buku.

Sedang aku berbalas SMS dengan A, 'si dia' SMS. Tak sihat. Aku surh dia berehat. Tapi dia degil. Nak teman dan berbual-bual (SMS). Aku tak layan. Bukan tak mahu melayan. Tapi aku nak dia berehat.

Mata dah mula ngantok. R tak ada pape cite lagi. Tak ada panggilan mahupun SMS. A sudah tidur, mungkin. Kami berbual-bual (SMS) sekejap saja. Walaupun mata sudah layu, namun tangan masih setia menanda buku. Pen merah masih kekal di tangan kananku. Masih lagi ligat menari-nari di setiap buku-buku pelajarku. Setelah berapa lama aku pun tak sedar, mataku akhirnya tewas. Aku terlena.

3.00 AM

Aku terjaga dari tidur. Sebaik saja terjaga, aku lihat lampu bilik masih lagi menyala. Di sebelahku laptop memainkan lagu-lagu Jepun. Seketika kemudian adik aku masuk ke dalam bilik. "Oo..dia yang guna laptop. Buat tugasan la tu...", bisikku.

Jam pada ensetku menunjukkan jam 3.00 pagi. Tak ada SMS atau panggilan tak berjawab. "Dia (R) dah tidur agaknya", bisikku.

"Tapi kan dia dah janji!"
"Ala, dia tertidur tu..."
"Tapi dia kan dah janji!"
"Dia terlupa tu... Xpela..."

Aku berperang dengan diri sendiri.

"Ah! Xkira! Dia kan dah janji". Ternyata syaitan telah berjaya menghasutku. KLantas aku mencapai enset dan membuat panggilan. Tet.......! Aku menamatkan panggilan. "Sekadar memberitahu. Tak perlu mengganggu...", syaitan dalam diriku tak menang sepenuhnya...

Aku bangun dan melangkah untuk mengambil wudhuk. Solat sunat. Belum jauh aku melangkah... Tet! Tet! Ensetku berbunyi.

"Sape plak yg antar SMS malam-malam cmni...", keluhku.
"Oo...SMS dari R...", bisikku sambil meletakkan kembali ensetku di atas meja. Sekadar melihat pengirim SMS. Tak mahu ia mengganggu tumpuanku ketika menghadap DIA.

Selesai solat barulah aku baca SMS R sepenuhnya. R menyatakan bahawa dia terlupa akan janjinya padaku! Dia juga menyatakan perasaannya yang tidak tenang kerana kawannya merajuk. Pada SMSnya dimulai dengan "Ahaha" dan diakhiri "Hahaha". "mcm xde rasa bslh plak dia ni...", keluhku di dalam hati.

SMS R ku balas dengan bertanyakan tentang kawannya (yang merajuk tu...). Aku sekadar meneka yang kawan tersebut adalah teman lelakinya. Melihat dari cara dia menyatakan kerisauan dari sikap kawan tersebut.

Lama juga aku menunggu SMS ku dibalas. Kemudian R balas, "Bkn bf. kwn aku...bla bla bla...". Kemudian aku bertanyakan tentang perkembangan R sekarang ni.

Ternyata jawapan yang ku terima mengecewakan....

"Nnt jela aku cite kat ko ye..bla bla bla..."

Kemudian tanpa berselindung aku membalas, "Oo...nnt2 ye. Ingtkn skrg... Kla, bye!"

Kemudian aku duduk. Dah tak boleh tidur. Ngantok, marah, macam-macam. Demi tak mahu melayan perasaan, aku menyiapkan kerjaku yang tertangguh, TANDA BUKU!.

TAMAT

Tuesday, May 13, 2008

Attention Please!!

Jom layan cite ni kat 8tv. Tiap ari Ahad jam 3PM.
Besh!!


Synopsis:


Losing her mother at a young age, Misaki Yoko (Ueto Aya) was raised amongst three brothers. Yoko is a slightly boyish girl who is bullheaded and hates dishonesty. Ever since she was young, she enjoyed the company of boys over girls. She starts a band with four of her boy friends and becomes the lead singer. Then one day, one of the members of the band, Tsukasa, gets a job at a bank in Tokyo. Due to Tsukasa leaving town, the band breaks up and though Yoko finds herself lonely, she puts on a strong act in front of Tsukasa. She can't tell Tsukasa how she truly feels for him. On the day Tsukasa leaves for Tokyo, Yoko goes along with the band members to the airport to see him off. The guys get excited when they see some cabin crew ladies and Yoko has no idea why. She reminds them that even she can wear a uniform, but the guys only make fun of her. That's when Tsukasa tells Yoko he wonders what she'd look like dressed in uniform. This is when Yoko decides she wants to work as a Cabin Attendant.


Cast:


Ueto Aya as Misaki Yoko
Nishikido Ryo as Nakahara Shota
Maya Miki as Mikami Tamaki
Aibu Saki as Wakamura Yayoi
Uehara Misa as Hirota Saori
Koizumi Kotaro as Tsutsumi Shuusuke
Kohinata Fumiyo as Sakurada Shinya
Otsuka Chihiro as Sekiyama Yuki
Nanase Natsumi as Kinoshita Asami
Ootomo Minami as Higashino Haruka
Fueki Yuko as Asou Kaoru
Takahashi Mariko as Kagawa Reiko
Koichi Mantaro as Watanabe Makoto
Asano Kazuyuki as Wakamura Shozo
Inoue Jun as Dazai Shinichiro
Mano Yuuko as Murayama Mizuho
Hoshino Natsuko as Takemoto Rie
Tanaka Sogen (田中聡元) as Ooki Mitsuya
Ishikawa Maki (石川真希) as Chief Nagano

Ni ade ckit biodata psl hero n heroin dia

Name: Ueto Aya上戸彩

Age: 23

Star Sign: Virgo

Birthday: 14 September 1985

Height: 162cm

*************************************************

Name: Nishikido Ryou錦戸亮

Age: 24

Star Sign: Scorpio

Birthday: 3 November 1984

Height: 175cm





Monday, May 12, 2008

Menangis Setelah Membantu Sahabat

Ada seorang sahabat yang sedang dalam kesusahan datang ke rumah salah seorang sahabatnya untuk meminta bantuan. Setelah sampai di depan pintu rumah sahabatnya itu, dia pun mengetuk pintu…

Tuan rumah membuka pintu seraya berkata, “Wahai sahabatku, silakan masuk.” Setelah mereka berada dalam rumah itu, tuan rumah pun bertanya, “Saya rasa awak dalam kesusahan. Boleh saya tolong?”

“Benar, wahai sahabatku… Saya telah berhutang dengan seseorang sebanyak 400 dirham dan hutang itu perlu dijelaskan segera. Bolehkah awak membantu saya untuk menjelaskannya?”

Lantas tuan rumah itu pun masuk ke dalam bilik dan kemudian keluar bersama wang berjumlah 400 dirham. Wang itu diserahkan kepada sahabatnya itu. Setelah mengucapkan terima kasih, sahabat itu pun keluar.

Tiba-tiba tuan rumah itu menangis tersedu-sedu… Melihat suaminya menangis, si isteri pun bertanya, “Mengapa menangis?” Dia menjawab, “Saya menangis kerana saya tidak pernah bertanya masalah yang dihadapi oleh sahabat saya sehingga dia terpaksa mengetuk pintu rumah kita meminta pertolongan…”

Moral of the story:
Beginilah sikap yang patut ada pada diri kita. Walaupun kita telah menolong kawan-kawan, tetapi janganlah kita berbangga atau menunjuk-nunjuk jasa kita itu kepada orang lain. Sebaliknya kita hendaklah berasa menyesal kerana selaku seorang sahabat, kita sepatutnya memberi pertolongan sebelum sahabat kita bersuara meminta pertolongan daripada kita.

Monday, April 28, 2008

Sakit!!

Jumaat lepas (25 april)

Semasa dlm perjalanan nak mengajar (mlm), dlm 1-2 km lg dah nak sampai ke destinasi yg dituju, Pak Badar telah dilanggar oleh seorang wanita 'buta'. Kesian Pak Badar. 'Kesian' juga kat wanita tersebut.

Kejadian berlaku di Keramat. Di sebuah simpang. Lebih kurang 100m sebelum simpang tersebut terdapat 1 selekoh yg tidak terlalu tajam. Nak dijadikan cerita....wanita tersebut memandu perlahan sebuah kereta berwarna hitam (kete pe x ingat. tp bkn kereta lembu r...). Aku dan Pak Badar berada kira-kira 100m di belakang kereta tersebut. Di belakang kereta tersebut ada sebuah motorsikal. Follow rapat giler. Motor ape tak perasan plak.

Melihat kereta tersebut dipandu perlahan dan terhimpit ke kiri jalan, maka aku cuba memotong kereta tersebut. Jalan clear, potong la ape lg. Motor di belakang kereta tersebut pula masih setia mengikut rapat di belakang kereta tersebut tanpa ade tanda-tanda utk memotong atau ape-ape la.... Sebaik sahaja aku berada betul-betul di sebelah kereta tersebut, tanpa menghidupkan lampu kuning pada body belah kanan kereta terlebih dahulu, wanita tersebut dgn selambernyer membelok ke kanan. Nak masuk simpang. Maka aku dan Pak Badar telah di'cium' oleh kereta berwarna hitam milik wanita 'buta' tersebut. Terasa lebih malang apabila wanita tersebut terus blah gitu je sebaik sahaja selesai memberikan ciuman..... Sedap giler!!

Maka aku pergi la mengajar dlm keadaan kaki kiri yg terasa sengal2 dek kerana di'cium' sebentar tadi. Pak Badar? Agak parah. Keesokan harinya (sabtu), ke'cedera'an Pak Badar mulai serius. Ada kecederaan dalaman. Sehingga hari ini Pak Badar masih ter'lantar' di rumah.

Kepada wanita 'buta' tersebut, semoga berbahagia bersama-sama kereta milikmu. 'Ciuman' yg aku dan Pak Badar beri pada body kereta tu harap-harap boleh dijadikan kenangan.

Wassalam

Monday, April 21, 2008

Baby or Bayi???

Mati. Pada mereka yg cintakan DUNIA pasti berasa takut akan mati.
Namun, setiap yg idop pasti merasai mati. Tunggu masa je.
Mati itu dtg bila2 je. Mati itu xleh dicepat or dilambatkan walau sesaat sekali pun.
Malaikat yg menjalankan tugas tersebut tersangat2 la patuh pada-Nya.
Oleh itu, kita mestilah sentiasa bersedia untuk menghadapinya.

Hm, ekceli bkn la nak cite psl mati. Tapi nak cite psl baby/bayi.
Bila ada kelahiran, pasti ada kematian.
Perkaitan antara kelahiran dan kematian ni betul2 terasa pada hari jumaat lepas (18 april 2008).

Pada awal pagi hari jumaat, aku dikejutkan dari tidur dgn bunyi enset. Bkn alarm yg selalu aku psg. Tapi bunyi yg menandakan ada msg. Msg tu dari Puan Diana. Dia telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 12 tghmlm. Alhamdulilah. Bayi tersebut diberi nama AZHADY QAHEER. Haha nama bayi tu sama dgn nama kawanku. Tukar huruf "y" dgn "i" je :)

Puan Diana sudah. Sekarang sedang menunggu giliran akak n akak iparku pula. InsyaAllah xlama lg. Mudah2n mereka selamat.

Pada sebelah malam, berlainan pula kisahnya.
Dalam 30 minit setelah aku sampai di rumah student aku (tuition) di keramat, sedang aku lepak2 menunggu student sambil isap sebatang dua rokok, enset aku berbunyi. Dapat panggilan dari seorang rakan semasa sekolah menengah dahulu. Menurutnya, ibu kepada Minah (bkn nama sebenar) telah kembali ke rahmatullah. Innalillah.

Monday, April 14, 2008

Home Tuition

Semenjak lps SPM lg sudah berjinak2 dlm Home Tuition. Gerak sendri je. Mana2 parents yg memerlukan tuition utk anak2 mereka juz panggil then aku g umah dorg then ajar pape subjek (bgantung pada parents). Dari lps SPM dan masa Matrikulasi (masa cuti), aku cover subjek Matematik + Matematik Tambahan sahaja. Then bila dah masuk UTHM aku dah stop wt Home Tuition. Then dah grad, sambung smula.

Memandangkan dah keje dsebelah pagi, so aku amik pada waktu mlm je. Masa raya taun baru cina aritu (2008) adalah kali terakhir aku bergerak secara bersendirian. Sekarang sudah masuk minggu ke-2 aku bekerjasama dgn sorg mamat ni. Dia suruh aku panggil dia "Bob" je. Dia pun mcm aku, start wt Home Tuition sebaik sahaja lps SPM. Tp dia dah tahap otai dah dlm Home Tuition ni. Umo pun dah 30 lbh... Dah ramai tutor yg keje dgn dia. Aku salah seorang. Setiap tutor ajar di tempat yg berbeza, subjek yg berbeza dan level yg berbeza. Wt masa ni aku ajar subjek lain. Bkn Matematik+Matematik Tambahan lg. Kata bob, "bljr sesuatu yg baru.". Xkisah la bob... Pape pun aku lbh ske ajar Matematik+Matematik Tambahan. Walaupun subjek ni biasanya dikuasai oleh Bangsa Cina. Bila dengar je org Melayu yg ajar, parents kurang yakin. Dorg prefer org Cina yg ajar. Tapi aku tetap gak dgn subjek ni. Xkira la mcm mana pun....

Mcm2 perspektif masyarakat mengenai Home Tuition ni. Slain tu, ktorg kena gak bhadapan dgn mcm2 kerenah parents. Cerewet 1 hal. Antara kesukaran yg ktorg kena tempuh,"mampu ke dia ni mengajar?". Contohnya mcm aku ... dah la bdn kcik (nampak cm student je). So parents kurang yakin. Tp blom cuba blom tau. Bak kata org jawa, "Blom try blom tau" ;p So far dah ramai gak bdk2 yg aku ajar yg bjaya masuk Universiti. Dah keje n dah kawen pun. So pandai2 la menilai k?

Pape pun Home Tuition ni juz sampingan. Sementara masih muda. Gpun aku ade target gak...
Dlm proses.... Bak kata org tua2 "tak lari gunung dikejar.". So sabar... pelan2 kayuh :)

Yg bestnyer keje ni, dpt jln2. Yela...g umah org (umah customer), g sana sini. Aku ni bkn la kaki rayau sgt. Bila ade peluang cmni je la baru nak rayau. Slain tu, rasa puas ati bila dpt bantu bdk2 bljr. Ramai parents nak anak2 dorg wt Home Tuition cz "anak2 pakcik ni malas. Xmo bljr. At least kalu wt cmni (Home Tuition) dorg nak gak bljr", "anak makcik ni kena gantung sekolah. makcik xnak dia ketinggalan pelajaran", dan mcm2 lg la reason n feedback yg ktorg dpt. Haha...mcm aku zmn sekolah dlu. Malas belajar!

Student pertama aku nak wt Home Tuition cz dia eksiden. So tpaksa tangguh belajar. Lbh 1 taun xbljr. Otak mmg dah karat. Mmg ssh masa nak ajar. Aku plak masa tu baru je abis SPM. Keputusan SPM aku pun xkuar lg masa tu. Aku pun bkn la terer sgt.... Tp 2 bkn phalang bg aku. Pada aku, once org dah bg tugas kat aku, aku mst n wajib wt. Xkira r mcm mana pun.

Masa ari pertama aku amik dia, mak dia cm dah give up, "kamu ajar anak makcik ni sekadar yg mampu je. Sekadar wt syarat je dah la... Dia ni dah lama tak pegi sekolah. Terbaring je kat umah...".

At last bdk tu bjaya gak dlm SPM. Then dpt sambung pengajian di IPTA. Skrg dah keje n dah kawen pun. InsyaAllah dah nak dpt cahaya mata. So aku hepy dgn keje aku skrg. Biar la org nak kata ape pun.

SMS Sengal!!

Last week aku dpt 2 msg sengal dari 2 org kwn.

Aiman:

Cimut cahabat ciput
Catu cari, cimut can ciput calan2 ci cepi colam.
Cimut curuh ciput cama2 cancing cikan.
Capi ciput cidak cahu.
Ciput cengajak cimut cama2 cuduk ci acas cunung.
Ciput cetuju.
Mereca cama2 cengok culan can cintang.
Mereca cerentak cata...
"cecian cat cawak...cucah2 caca mecej ni"...
Cicicicici...

Ain:

8 petua paling mujarab

  1. Cepat dipinang-byk2 minum air pinang.
  2. Menegangkan kulit muka-stapler tempat2 yg kendur.
  3. Menghilangkan bau badan-berendam dalam minyak wangi.
  4. Melembutkan rambut-rendam kepala dalam air menggelegak.
  5. Mengekalkan kecantikan-kekalkan mekap, jangan basuh2.
  6. Elak rambut gugur-lumur dgn gam gajah.
  7. Menghaluskan kulit muka-gosok dgn kertas pasir.
  8. Menghilangkan bau mulut-minum minyak wangi.

Monday, April 7, 2008

Bosan!

Bosan!!

Jaga Centre (Tmn Maluri, Cheras) mmg bosan.
Tapi dah jadi antara tugas aku, so kena la buat.
Tak buat nnt bos marah plak.
Selain bosan, takut pun ade gak.
Jaga Centre ni sorg2...
Nak tunggu student, kul 1.30 pm nnt baru sampai.
Aku plak sbaik saja abis ngajar kat sri petaling trus direct g cni.

Kata bos aku, kat kawasan cni agak bahaya.
Macam2 kes dah blaku.
Tawakal jela....

Nama pun dah bosan, so aku wt la keje2 yg agak kurang bfaedah.
Wtpe?
Delete pape yg patut kat My Friendster.
Antara yg di'delete' = 'friend' yg di'add' dulu2...masa mula2 knal friendster dulu.
Nama pun dah xreti, so main click je.
Mmg xde filter dah masa tu.
Click je.
Tu la mudahnya keje bila kita cuma CLICK je.
Tanpa pk akibat dari tindakan meng'click-click'.
Kira skrg dah 'tau-buat' (taubat).... dah insaf (yeke? eheh)

Kla, nak sambung keje yg xbape faedah ni lg.
Chow!

p/s: singgah2 la kat ruangan T-junction. saje cuba-try-test. cuma wt bila ade masa free.

Thursday, March 27, 2008

# 3 - Langit

“Shiera… Shiera?” kedengaran suara memanggil-manggil namanya dari jauh.

Dia tersentak.

“Astagfirullahalazim…aku mengelamun rupanya…” Dia berbisik dalam hati.

“Shiera… Oh Shiera…” suara itu memanggil-manggil namanya lagi. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah suara itu. Pintu rumahnya yang tidak tertutup rapat membolehkan dia melihat keadaan di dalam rumah. Dilihatnya Sabrina terjerit-jerit ke sana ke mari mencarinya.

“Ina, aku di sini!” Shiera sedikit menjerit.

“Kat sini rupanya kau. Puas aku cari… Ha…termenung ingat kat pakwe la tu...” perlahan-lahan Sabrina menghampiri Shiera dan kemudian duduk di sebelahnya di atas sebuah bangku di halaman rumah sewa mereka. “Kalau dah rindu sangat, telefon je la…” tambahnya lagi.

“Ish, ke situ pula dia. Aku saja duduk kat luar ni. Ambil angin… Sambil tu aku teringat masa kita kecil-kecil dulu...” terang Shiera.

“Ambil angin? Kat dalam tu dah tak cukup angin ke?” Sabrina cuba berjenaka.

“Tak…” jawab Shiera ringkas.

“Nak kenakan aku ye? Biar aku kenakan kau” bisik Shiera dalam hati.

“Angin kat dalam tu semuanya kau dah sedut. Tengok perut kau tu…penuh angin. Kembung semacam je” senyum Shiera.

“Oo..kenakan aku ye? Tak apa. Hari ni hari kau. Esok lusa hari aku pula.” balas Sabrina.

“Eh, tak la. Selama-lamanya hari aku.” usik Shiera lagi.

“Dah la! Malas aku nak layan kau.” bentak Sabrina sambil bangun untuk pergi.

“Wei, kau nak pergi mana tu? Aku gurau jela tadi…” pujuk Shiera sambil menarik tangan kawannya.

“Aku nak keluar makan. Kau duduk la sini sorang-sorang. Ambil la angin puas-puas!” Sabrina marah. Sedikit pun dia tidak menoleh semasa berkata.

“Alala…aku gurau je la tadi. Jangan la marah sampai macam tu sekali… Sorry ye?” pujuk Shiera lagi.

“Banyak la kau punya sorry! Dah la aku penat terjerit-jerit cari kau. Habis satu rumah aku cari, tak jumpa gak. Bila dah jumpa, kena sakat pula. Bertuah punya kawan.” Sabrina menjelaskan punca kemarahannya.

“Ok..ok…aku minta maaf. Jom la kita pergi makan sama. Aku pun dah lapar ni. Aku belanja kau malam ni. Jangan marah lagi ye?” Shiera usap-usap belakang Sabrina. Dia menyesal kerana bergurau tidak bertempat.

“Hm, yela… Aku maafkan. Dah, pergi la bersiap cepat. Dah lewat ni. Aku tunggu kau dalam kereta.”. Begitulah Sabrina. Dia tidak suka simpan dalam hati. Dia tahu Shiera suka bergurau. Sama seperti ayahnya, Pak cik Saleh. Bapa borek, anak rintik.

“Naik kereta ke? Nape tak naik motor aku je?” Shiera ingin kepastian.

“Bosan la asyik makan dekat-dekat sini je. Sekali sekala makan jauh-jauh sedap gak. Sambil tu boleh kita ronda-ronda makan angin. Esok kan tak kerja. Kita balik lewat sikit la malam ni ye?” terang Sabrina panjang lebar.

“Perh,panjang betul jawapan. Jelas, nyata dan terang…”

“Dah. Dah. Jangan nak melawak lagi. Pergi bersiap cepat. Perut aku dah berbunyi ni” cepat-cepat Sabrina memotong kata-kata Shiera. Kalau dilayan makin menjadi-jadi nanti.

“OK”

******************************************************************************

“Ina, cuba kau tengok bulan tu. Cantik,kan?” Shiera memulakan bicara.

Sabrina tidak terus menoleh. Apabila kereta yang dipandunya sudah benar-benar selamat baru dia menoleh dan memandang ke arah bulan di langit sebagaimana yang dinyatakan Shiera.

“Yela. Terang.” balas Sabrina ringkas. Sambil tu dia sempat menoleh ke arah Shiera.

“Termenung lagi la tu. Entah apa la yang dia ingatkan…” bisik Sabrina dalam hati.

“Bulan malam ni sama macam dulu. Malam tu kau masuk tidur awal. Tinggal aku, ibu dan ayah kau je. Banyak yang aku belajar dari ayah kau…” Sabrina segera memperlahankan volume radio. Dia tahu hanya jasad Shiera sahaja disebelahnya. Tapi fikiran rakannya itu sudah kembali ke dua puluh tahun yang lalu, hari pertama Shiera mengenali teleskop.

Sabrina: Ayah, Ina masuk dalam dulu ye? Ngantuk la…
Karim: Baiklah. Shiera tak nak ikut sama?
Shiera: Tak apa la pak cik. Shiera tak ngantuk lagi.
Sabrina: Aku masuk tidur dulu tau, Shiera. Nanti bila kau dah ngantuk, kau tidur je sebelah aku kat atas katil. Jangan tidur kat lantai pula. Tak payah segan-segan.
Karim: Betul tu Shiera. Tiap kali kamu bermalam di sini, pak cik tengok kamu tidur kat lantai. Beralaskan karpet.
Shiera: Saya segan…
Karim: Pak cik dah anggap kamu macam anak pak cik, adik si Sabrina. Tak ada apa yang nak disegankan. Malam ni kamu tidur dengan Ina. Atas katil ye?
Shiera: Terima kasih pakcik. Terima kasih Ina.
Sabrina: (sambil usap-usap kepala Shiera) Adik, budak kecil tak boleh tidur lewat. Hehe..
Shiera: Baik la akak. Nanti bila adik dah ngantuk, adik masuk tidur ye?
Karim: Kamu berdua ni…. Ada-ada saja….

Tersenyum Karim melihat kemesraan mereka berdua. Bagai adik beradik.

“Ayah, Ina nak adik. Ina bosan la sorang-sorang. Tak ada teman nak ajak bual, tidur pun sorang-sorang je.”

Karim tidak mampu berkata apa-apa. Perlahan-lahan dia usap kepala anaknya itu.

“Shiera tu comel kan ayah? Kalau Ina ada adik macam Shiera tu kan best.”

Shiera: Pak cik… Pak cik Karim? Pak cik tak apa-apa? (sambil menarik-narik lengan baju Karim)
Karim: (tersentak) Er..er...pak cik tak apa-apa.
Shiera: Pak cik, macam mana nak laraskan teleskop ni?
Karim: Shiera nak tengok apa?
Shiera: Shiera nak tengok objek kat atas sana tu (sambil menuding jari ke satu sudut)
Karim: (sambil melaraskan teleskop) Kat sana tu ye? Ok, sudah.
Shiera: (sambil melihat melalui teleskop) Wah! Cantiknya…
Karim: Ucap “Subhanallah”. Semua ni bukti kebesaran DIA. Bukti kewujudan-Nya. DIA Maha Bijaksana.
Shiera: Subhanallah.
Karim: Shiera nak tau, ada banyak kelebihan melihat langit ni…
Shiera: (perlahan-lahan menoleh ke arah pak cik Karim)
Karim: Dari sudut kesihatan, warna-warna sejuk yang tidak terlalu sinar sangat sesuai dengan penglihatan mata. Sebab itulah langit dijadikan oleh Allah s.w.t dengan warna biru dan hijau. Di waktu malam pula ia dihiasi dengan kerlipan bintang yang sangat menarik. Shiera pernah rasa ragu-ragu dan takut?
Shiera: Shiera selalu rasa takut pada waktu malam. Gelap…
Karim: Rasa takut berpunca dari jiwa yang lemah akibat dimomok-momokkan. Perasaan ini boleh dikurangkan dengan mendongak ke langit. Melihat ke langit juga mengurangkan keraguan. Manusia ini dijadikan dengan sifat kelemahan. Oleh itu manusia sentiasa menghadapi masalah sama ada kecil atau besar. Apabila masalah berlaku manusia akan murung, sugul, muram dan cepat marah. Mudah-mudahan dengan melihat langit akan mengurangkan perasaan itu. Kadang kala manusia serba salah untuk melakukan sesuatu. Ini timbul dari gangguan syaitan yang tidak habis-habis menjalankan tugas jahatnya. Pandanglah ke langit agar Allah s.w.t tenteramkan hati yang resah itu.
Shiera: Oo…macam tu. Kadang-kadang bila Shiera rasa rindu atau sedih, Shiera rasa terubat bila pandang ke langit.
Karim: Betul tu. Selain daripada tu, langit menjadi kiblat bagi orang berdoa. Apabila seorang hamba memanjatkan doa harapan kepada Allah s.w.t disunatkan memandang ke arah langit. Bukan bermakna Allah s.w.t ada di langit kerana Allah s.w.t tidak bertempat. Tetapi itulah kiblatnya.
Shiera: Oo….
Karim: Pandang ke langit boleh menimbulkan rasa keagungan Allah s.w.t. Penciptaan langit bukan penciptaan sembarangan. Penciptaan bumbung rumah oleh manusia pun masih ada kekurangannya, umpamanya retak, tetapi tidak dengan ciptaan Allah s.w.t ini. Ciptaan Allah s.w.t tidak ada sesiapa yang boleh menandinginya. Pandang ke langit juga sentiasa mengingatkan kita kewujudan Allah s.w.t. Ini menjadi amalan orang soleh atau ahli sufi yang selalu berzikir kepada Allah s.w.t. Setiap tujuh tingkat langit ini telah Allah s.w.t sediakan malaikat untuk menerima atau mencampakkan segala amalan manusia.

“Shiera! Kita dah sampai.” teguran Sabrina mematikan lamunannya. Segera dia bangun dan keluar dari perut kereta. Kemudian dia berjalan disamping rakannya masuk ke dalam restoran.

“Cik nak minum apa?” tanya pelayan restoran sebaik sahaja mereka duduk.

“Kau nak minum apa Ina?” tanya Shiera sambil membaca menu yang tersedia di atas meja.
Dibelek-beleknya menu tersebut. “Jus epal satu dan milo ais satu.” ujar Sabrina.

“Wah, sampai dua gelas kau order.” terkejut Shiera.

“Aku tolong orderkan untuk kau sekali la…” jawab Sabrina ringkas. “Erm, beri kami nasi goreng ayam dua. Terima kasih” ujar Sabrina sambil menghulurkan menu kepada pelayan tersebut.

“Wah, kau tau-tau je aku nak makan apa malam ni…” ujar Shiera sebaik sahaja pelayan itu berlalu.

“Kau tu tak ada menu lain. Pergi mana-mana sama saja.” balas Sabrina sambil matanya melihat suasana di sekeliling.

“Kau pernah makan kat sini ke?” tanya Shiera. Terpegun dia melihat susun atur di dalam restoran ini. Cantik!

“Ni first time aku makan kat sini”.

Perbualan mereka terhenti kerana pelayan restoran menghantar jus epal dan milo ais yang mereka pesan.

Apabila pelayan restoran berlalu, mereka menyambung perbualan semula.

“Cuba kau tengok meja hujung sana tu.”

Shiera berpaling dan memandang ke arah yang dikatakan oleh Sabrina. Dilihatnya seorang lelaki dan seorang perempuan di situ. Lelaki tersebut duduk mengadap Shiera. Dia memakai cermin mata dan berkemeja lengan panjang yang dilipat paras bahu. Manakala perempuan tersebut agak berusia. Dalam lingkungan empat puluhan tahun. Badannya agak berisi. Duduk membelakangi Shiera.

“Baju kurung mak cik tu lawa la…”

“La...baju mak cik tu pula yang dia tengok. Bukan mak cik tu yang aku maksudkan la...tapi lelaki di sebelah mak cik tu.” terang Sabrina. “Dia asyik pandang kau je dari tadi. Kau kenal dia ke?” tanya Sabrina.

“Yang pakai cermin mata dan berbaju kemeja tu ke?” tanya Shiera untuk kepastian.

Sabrina menganggukkan kepala.

“Entah la. Aku rasa ni la kali pertama aku jumpa lelaki tu. Tapi…”

“Tapi apa?” Sabrina terus memotong. Tidak sabar dia menunggu jawapan dari Shiera.

Perbualan mereka terhenti sekali lagi apabila pelayan restoran datang dan menghidang nasi goreng ayam yang mereka pesan.

“Tapi apa?” Sabrina mengulangi soalan yang sama sekali lagi setelah melihat Shiera tunduk tidak bersuara.

Wednesday, March 26, 2008

Sifar atau kosong?

Alhamdulillah dah dua bulan lebih aku bekerja di CIFA. So far aku happy dengan kerjaku sekarang walaupun terpaksa bermula dari bawah. Selain dapat belajar sesuatu yang baru, aku tidak lagi buang masa duduk di rumah saja.

Aku bersyukur kepada-Nya kerana aku lebih beruntung berbanding rakan-rakanku yang lain.

Firman Allah s.w.t: “Jika kamu bersyukur, nescaya aku akan tambah lagi (nikmat-Ku).” (Surah Ibrahim: Ayat 7).

“Nape bukan engineer?”

“Dah rezeki aku di sini (CIFA), nak wt cmne… Sume2nya Dia dah tentukan. Aku redha jela… Tapi ni xbmakna aku benti b’usaha”.

Begitulah antara perbualan di antara aku dan N, kawan sejak di matrikulasi. Berita gembira ni aku kongsi bersama N sebaik sahaja aku diterima kerja. Sejak empat tahun pengajian aku di Johor, N lah satu-satunya insan yang selalu bertukar-tukar pandangan dengan aku. Bukan sahaja mengenai pelajaran, juga tentang masa depan. Tanpa diminta, sedia membantu dalam apa jua keadaan. Di saat suka dan duka, dia selalu ada. Walaupun semasa di matrikulasi kami bukanlah rapat sangat. Cuma sekadar bermain bersama di waktu petang jika ada kelapangan dan kadang kala berbasikal bersama-sama ke kuliah. Namun kemesraan ini dapat berkekalan hingga ke hari ini. Alhamdulillah. Thanx N.

Berbalik kepada cerita tentang kerjaku sekarang….Apa itu “CIFA”? CIFA adalah singkatan kepada Cambridge ICT For All. Di CIFA kami menawarkan latihan yang bermutu tinggi dalam kursus kemahiran Teknologi Komunikasi dan Informasi. CIFA lebih mengkhusus di dalam pengajaran dan pembangunan kursus komputer kepada pelajar seawal usia empat tahun sehingga kepada pesara, suri rumah dan eksekutif korporat.

Terdapat tiga jenis kursus yang ditawarkan, iaitu:

1. Kursus komputer untuk kanak-kanak.

2. Kursus komputer untuk remaja dan dewasa.

3. Kursus komputer untuk suri rumah dan warga emas.

Sebagai permulaan, Puan Diana (bos aku) menempatkan aku di tiga buah sekolah di sekitar SRI PETALING. Dalam seminggu aku akan bergilir-gilir ke tiga buah sekolah tersebut. Macam orang bermadu tiga pula, main gilir-gilir. “Practice make Perfect”. Di ketiga-tiga sekolah ni aku ajar asas-asas penggunaan komputer. Juga perkenalkan mereka dengan beberapa perisian yang boleh melatih mereka menggunakan komputer. Sebagai contoh, terdapat perisian yang dapat melatih kecekapan dan ketangkasan menggunakan keyboard.

Sepanjang aku bekerja di CIFA, aku tidak keseorangan. Setiap hari aku ditemani Pak Badar. Pak Badar mula bersama-sama aku sepenuhnya sejak awal bulan Mei tahun lepas. Selama dua bulan tambahan tempoh pengajianku, Pak Badar telah menawarkan diri untuk bersama-sama aku sehingga ke hari ini. Sebelum ni kami hanya bersama sekali sekala saja. Lebih banyak masa dia bersama adikku. Bila perlu sahaja baru aku ‘pinjam’ Pak Badar. Atas beberapa urusan yang memerlukan Pak Badar menemaniku.

Walaupun Pak Badar telah lanjut usia dan kesihatannya selalu terjejas namun dia tetap tidak mahu mengaku kalah. Masih nak menemaniku. Kasihan juga aku melihat Pak Badar. Maklum sajalah aku orang muda. Tindakan kadang kala tidak menentu. Terlalu mengikut perasaan.
Baru-baru ni (penghujung bulan februari), Pak Badar terpaksa dikejarkan ke ‘hospital’. Sakitnya makin tenat. Risau aku melihat keadaan Pak Badar. Namun semasa Pak Badar menerima rawatan, dia sempat berpesan kepadaku bahawa dia tetap ingin menemaniku. Ke mana pun aku pergi. Thanx Pak Badar….

Selepas menerima ‘rawatan’, kini kesihatan Pak Badar sudah beransur pulih. Alhamdulillah.