Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku.. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baik ku ketika aku hidup atau selepas mati.. Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang.. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri.. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka.. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya..
*Imam Shafie
Showing posts with label PBAM. Show all posts
Showing posts with label PBAM. Show all posts

Friday, March 20, 2009

Pekse ! # 4 (Tamat)

Alhamdulilah peperiksaan Ujian Bulanan 1 sudah habis. Peperiksaan yang berlangsung selama 2 minggu ni telah berjalan dengan lancar. Walaupun dalam masa 2 minggu ni macam-macam yang berlaku. Terutamanya ke atas diriku. Namun aku memohon kepada Allah S.W.T agar diberikan kekuatan luaran mahupun dalaman untuk mengharungi segala dugaan yang berlaku disepanjang 2 minggu tersebut dan juga untuk hari-hari mendatang. Mudah-mudahan ada hikmah disebalik yang berlaku. InsyaAllah.

Aku juga memohon kepada Yang Esa, berikan kekuatan dan kesabaran kepada Pakcik Hasan. Amin.

Pakcik Hasan sekarang dah banyak dan berani bersuara la. Mungkin kerana dia sudah lama bersabar. Dia juga merupakan orang yang paling tua di sini. Garam dah berkati-kati dah ditelan dia. Banyak ilmu dan pengalaman. Dan selama ni aku boleh sifatkan bahawa Pakcik Hasan hanya "Wait n See". Tapi sekarang tidak lagi. Mungkin aku juga la salah satu unsur yang merangsang perubahan yang berlaku kepada Pakcik Hasan ni. Mungkin. Mungkin kerana kami rapat. Mungkin kerana kami sering bertukar-tukar pandangan dan masalah. Mungkin. Aku hanya mampu meneka. Namun aku sangat pasti bahawa, "Aku kasihan dengan Pakcik Hasan".

Thursday, March 5, 2009

Pekse ! #3

Bercerita mengenai peperiksaan (Ujian Bulanan 1) lagi....
Eheh ni la antara hasil keje aku yang aku buat sepenuhnya tanpa ada gangguan sesiapa. Tu yang duk bercerita je tak abis-abis. Jangan marah aa~~

Semalam adalah hari ketiga berlangsungnya peperiksaan. "Time periksa sunyi je ek tempat ni," kata Hadi. Ha...tu la istimewanya time pekse. Suasana yang riuh rendah yang mampu menggegarkan Mutiara setiap hari (terutama apabila pejalar-pelajar Tahun 3 habis kelas), boleh sunyi sepi je bila time pekse.

Semalam macam hari pertama dan kedua peperiksaan. Aku sibuk plus kelam kabut menyediakan kertas-kertas soalan. Dan akibat dari keje last minute, semalam boleh la pula tersalah bagi kertas soalan kat pelajar-pelajar Form 5. Muka depan dah elok dah tulis "Mathematics-Form 5". Tapi isi dalam soalan lain. "Additional Mathematics-Form 4". Kedua-dua soalan ni dibuat oleh guru yang sama. Tu yang buat aku tertukar. Dek kerana pening (macam nak pecah dah kepala) plus kelam kabut semalam. Tanpa buang masa, aku betolkan la. Terpaksa la budak-budak Form 5 jawab soalan lewat 15-20 minit. Di kesempatan yang ada, Cikgu Azlan (cikgu yang menjadi mangsa atas kecuaian aku) membuat sedikit soal selidik kat pelajar-pelajar dia. "Ko tengok ni. Markah-markah dorang masa PMR dan exam yang terdekat ni. 'Excellent' kan?" Aku pun tumpang sekaki untuk berkata 'excellent'! Dan aku ucapkan "Semoga berjaya!" kat mereka. Coz aku tengok soalan-soalan Cikgu Azlan ni 'senang' sangat!

Hari ni akan menjadi lebih sibuk berbanding isnin, selasa dan rabu (semalam). Why? Coz aku kena pastikan kertas soalan untuk hari ni, esok dan minggu depan khususnya, siap dan berada dalam keadaan sedia apabila menjelang hari esok. Kerana esok aku tak dapat nak uruskan semua ni. Aku CUTI! Aku takut bila aku tak dapat uruskan, then orang lain (maybe Pn. Iffah) yang ambil alih akan menjaadikan ianya menjadi lebih huru-hara.

Aku sedar akan adanya kekurangan dan mungkin kesilapan dalam menguruskan kertas-kertas soalan ni. Yang menyebabkan aku terpaksa bertungkus lumus lagi pada waktu sekarang ni. Yela, dah time exam tapi paper tak siap sepenuhnya lagi. Tapi macam yang aku nyatakan sebelum ni, kesilapan di pihak aku ofkos la ade, tapi yang menjadi punca (agak besar gak la) adalah disebabkan oleh kelewatan guru-guru menghantar soalan kepada aku. Dan lebih mem'bangga'kan ialah Pn. Iffah juga menyumbang dalam hal tu. So aku tak boleh nak kata apa la.... Apa yang aku buat setakat ni (masih bertungkus lumus plus kelam kabut) adalah untuk menutup kekurangan dan kesilapan tersebut. Yup, aku boleh marah atau sound je guru-guru. Tapi later. Sekarang bukan masanya. Dan satu hal lagi, bukan aku tak boleh suruh orang lain ganti je kerja-kerja aku ni, sepertimana yang Pn. Iffah selalu katakan kepada aku "Awak bagi or suruh jela sape2 buat kerja awak tu. Susah sangat ke?". Tak susah. Sangat tak susah kalau nak serah-serahkan tugas kat orang ni. Siapa je tak nak senang (goyang kaki). Tapi mampukah mereka melaksanakan tugasan ni dengan baik atau sama sepertimana sekiranya aku yang buat? Berapa peratus Pn. Iffah boleh jamin bout that? Jawab! kalau more than 90%, yes saya akan serahkan tanpa ragu-ragu. Tapi kalau less than 90%, soooooorry!

"Kalau dorang tak boleh, awak ajar la..." Amboi, senangnye cakap. Masa dah suntuk la. Kalau masa banyak lagi boleh la aku ajar. Dan memang selama ni pun aku ajar je dorang kalau buat sesuatu. Ada je ilmu yang dicurahkan. Cuma nak terima atau tidak je. Dan so far yang aku perhatikan, ibarat menyiram air di daun keladi aje...... Malah aku siap kena sound lagi dengan Pn. Iffah "U kalau nak 'ceramah' panjang-panjang dengan budak-budak ni, jangan la hari-hari. U cari la masa maybe dua kali seminggu ke..... Then U 'ceramah' la dorang puas-puas time tu...". La, gitu pula. Masa dorang buat salah la kita tegur. Kalau nak simpan-simpan, bukan budak-budak tu je yang lupa, aku yang memang terkenal dengan sifat pelupa ni ofkos akan lupa. Sungguh aku tak paham!

Dah, cukup! Nanti tak siap pula kertas hari ni.
Gerak dulu.
Salam.

Wednesday, March 4, 2009

Pekse ! #2

Arini ari kedua peperiksaan. Alhamdulilah masih berjalan dengan lancar. Cuma yang agak merisaukan adalah hari esok (rabu). Coz masih ada lagi beberapa kertas yang tak habis diubahsuai. Kesilapan di pihak aku adalah proses pengubahsuaian yang lewat. Kesilapan-kesilapan lain antaranya ialah kelewatan guru-guru menghantar kertas soalan kepada aku. Dan untuk pengetahuan umum, Pn. Iffah baru je submit kertas soalan dia pada aku petang tadi! Dan pelajar akan mengambil kertas soalan tu pada Khamis ni. Fuh, bertungkus lumus la aku nak siapkannya.

Alhamdulilah mesin fotostat yang baru dapat sampai tepat pada waktunya. Dan sememangnya kehadirannya sangat-sangat membantu. Tapi agak kesian gak la kat mesin tu. First day dah kena keje kuat. Tapi Dr. Soo kata, "no problem, mesin ni ok punya". Barang baru mesti la ok je. Tapi mesin yang baru ni, aku puas ati gak la. First, ia pantas, kualiti pun bagus. Senang cite, ikut citarasa aku la hahaha. Second, lebih canggih dari yang lama tu. Bak kata Dr. Soo, "ni Canon punya. No hal punya". Hope so.

Tak tau nak cite ape lagi dah sebenarnya.

Ekceli masih risau lagi bila terkenangkan kertas-kertas soalan ni.

Akhir kata, harapanku masih seperti hari pertama peperiksaan, "semoga Ujian Bulanan 1 ni dapat berjalan dengan lancar".

p/s: 2hb mac 2009 (senin), hari pertama Cikgu Razali join our team. Daripada part-time tutor kepada fulltime teacher di Mutiara. Mudah-mudahan kerja akan menjadi lebih mudah kelak.

Monday, March 2, 2009

Pekse!

Hari ni merupakan hari pertama peperiksaan (Ujian Bulanan 1) bagi pelajar-pelajar di Mutiara.
Segala apa yang dipelajari disepanjang dua bulan mereka bersama kami akan teruji bermula hari ini. Peperiksaan akan berlangsung selama dua minggu. Merangkumi semua matapelajaran yang diambil. Aku sebagai salah seorang tenaga pengajar di Mutiara ingin mengucapkan semoga berjaya kepada pelajar-pelajar di Mutiara.

Walaupun nama peperiksaan ini ialah Ujian Bulanan namun ia bukan dilakukan setiap bulan. Kalau ikut takwim, peperiksaan ini (Ujian Bulanan) akan diadakan sebanyak tiga kali. Iaitu Ujian Bulanan 1 (Mac), Ujian Bulanan 2 (Mei) dan Ujian Bulanan 3 (Julai). Begitulah perancangannya. Seperti mana yang biasa dilakukan pada tahun-tahun sudah.

Namun setelah aku ambil alih atau diberikan sepenuh tanggungjawab untuk merombak semula sistem peperiksaan dan pembelajaran di Mutiara ini, insyaAllah akan ada perubahan. Tapi sebelum ubah sepenuhnya, aku just follow sebagaimana yang sedia ada. Yela, aku ambil alih pun baru je lagi. Tak sampai dua bulan. Tak abis study lagi keberkesanan sistem yang lama. So far hasil yang aku dapat, atau setelah analisis dibuat, aku dapati banyak kelemahan. Selain membebankan guru-guru di Mutiara. Dan lebih teruk, ia membebankan para pelajar. Amat mengecewakan. So far dalam tempoh yang singkat ni, hasil pengubahsuaian yang aku buat dah mula nampakkan hasil yang memberangsangkan. Dapat la tutup mana-mana 'lubang' yang ada....

Perjumpaan guru-guru.

Minggu pertama dan minggu kedua bulan Febuari yang lalu, sesi perjumpaan guru-guru di Mutiara Fasa 1 dan Fasa 2 telah diadakan. Perjumpaan ini diadakan untuk memberitahu guru-guru tentang Ujian Bulanan 1 yang bakal diadakan mulai awal bulan Mac. Pada perjumpaan ini juga aku menyerahkan tugas kepada guru-guru untuk menyediakan soalan-soalan yang bakal diberikan pada waktu peperiksaan nanti. Guru-guru diberi masa dua minggu untuk menyiapkan tugasan ini. Cepat sangat? Tau xpe. Tula antara sistem lama yang aku terpaksa follow. Untuk yang akan datang, tengok jela macam mana sistem aku pula hahaha.

Penyerahan kertas soalan dan Sesi pengubahsuaian kertas soalan.

Setelah dua minggu berlalu, kertas-kertas soalan mula la menyemak kat atas meja aku. Sebaik sahaja aku tengok kertas-kertas soalan, rasa macam nak pitam. Ni lagi satu kelemahan sistem yang lama. Di mana guru-guru hanya copy and paste atau lebih teruk just fotostate saja soalan-soalan dari mana-mana sumber. Tanpa ditaip semula atau disusun semula. Nak amik mudah je....... Maka aku la yang kena bertungkus lumus memperbaiki dan menyusun semula kertas-kertas soalan ni supaya kelihatan kemas, cantik dan tersusun.

Sekali lagi aku terpaksa akur dengan sistem yang lama. Bukan la aku tak nak tetapkan format yang tertentu dan berikan penjelasan mengenainya pada perjumpaan yang lalu. Tapi sebagaimana yang aku katakan, aku terpaksa akur dengan sistem yang lama plus menurut saja arahan Pn. Iffah. Yang boleh aku sifatkan sebagai "terlalu bagi muka". Sabar jela.....

Oye, ade sedikit cerita yang aku sifatkan sebagai "tak tau bersyukur". Kejadian berlaku apabila ada la seorang guru ni tak puas ati dengan aku apabila aku tegur dia mengenai kertas soalan yang diserahkan kepada aku. "U taip semula????" perh, marah betol dia. Tapi kalau tengok kertas soalan yang dia beri, aku sendiri pun tak nak jawab (kalau aku jadi pelajar la). "Saya dah buat ni, awak taip semula???" marah lagi mamat ni. Persoalan yang bermain di minda aku, "yang penat taip semula aku! tak suruh pun guru ni buat semula (walaupun aku ada kuasa untuk suruh dia buat semula). then andai kertas soalan kelihatan kemas dan tersusun, dia yang dapat nama, bukan aku. So siapa yang untung siapa yang rugi? siapa yang patut marah siapa?". Yang lebih mengecewakan aku adalah, guru yang tak puas ati ni, guru senior di Mutiara. Sungguh aku tak paham. Guru-guru lain (majoriti guru-guru baru) tak ada pun merungut. Malah berikan kerjasama lebih dari yang aku harapkan.

Dugaan

Setelah hampir 50% proses ubahsuai kertas-kertas soalan, mastercopy. Satu dugaan menimpa aku. Mesin fotostate rosak. Bukan satu tapi tiga (semua). Aku dah minta tukar mesin-mesin ni dari bulan disember tahun lepas lagi. Namun hasilnya HAMPA. Mungkin kerana tiap kali mesin ni mengalami kerosakan-kerosakan kecil, aku baiki (kadang-kadang kalau rasa macam dah nak muntah baiki, aku panggil Dr. Soo, orang yang bertanggungjawab ke atas mesin-mesin ni) dan kemudian pulih seperti sediakala (sementara cuma) telah membuatkan BIG BOS amik endah tak endah je permintaan aku untuk tukar mesin-mesin fotostate ni.

Hari ni insyaAllah dapat mesin baru. Satu je.... (akhirnya dapat juga. syukur) .Tengahari baru sampai (mungkin). Kerja giler! Kertas soalan nak pakai malam ni. Bukan sikit kertas yang nak difotostat! Sabar... sabar...

Harapanku

Semoga Ujian Bulanan 1 ni dapat berjalan dengan lancar. Sekaligus mencapai objektif. Bukan sekadar melepaskan batuk ditangga (baik pelajar mahupun guru).

p/s: ada beberapa lagi kumpulan kertas soalan yang tak habis siap diubahsuai plus ada seorang dua lagi guru yang TAK HANTAR. Mujur ianya kertas untuk minggu hadapan. Sabar... sabar....

Sunday, February 15, 2009

Berjaya ke?

Alhamdulilah semalam berakhir sudah Majlis Taklimat Ibu Bapa Sesi 2009. Majlis yang bermula pada jam 2.00 PM dan berakhir pada jam 5.00 PM berlangsung dengan jayanya. Alhamdulilah. Pn. Iffah kata sambutan kali ni lebih baik dari tahun-tahun sudah. Sejauh mana kebenarannya aku tak tahu la. Tapi rasanya benar la tu =p

Ha...berjaya berjaya juga. Tapi ada gak kekurangannya. Biasalah....manade benda yang sempurna. Terutama bila ia dikendalikan oleh aku! Seorang ketua yang kureng pengalaman. Pe yang kureng???? Makanan la yang kurang! Ada ke order roti jala untuk 70 orang juz 70 keping. Memang la tak cukup. Aku yang tank kecik ni pun balun sampai 2-3 keping. Baru aku sorang. Belum 70 orang. Pandai sungguh aku! Takpe takpe, belajar dari kesilapan. Yang lain alhamdulilah takde masalah. Slide ok. Persembahan ok. Parents ok. Anak-anak buah aku pun ok. Yang tak ok ialah kesihatan aku. Sebenarnya 1 minggu before majlis lagi aku dah demam. Tapi aku try bertahan. At last kalah gak. Demam masa hari majlis berlangsung.

Semasa taklimat, ibu bapa dengar celoteh Pn. Iffah dengan khusyuknya. Aku yang jadi tukang tekan-tekan pada laptop (tunggu arahan "Next" dari Pn. Iffah; slide seterusnya la tuh...) ni pun tumpang khusyuk gak. Plus terpegun. Sekaligus menafikan dakwaan bahawa majlis taklimat ibu bapa kali ini (tahun ini) tidak mendapat sambutan.

Selesai taklimat dari Pn. Iffah, kami semua dihiburkan oleh dua persembahan dari pelajar-pelajar kami. Mereka menyanyikan lagu Nidji-Laskar pelangi. Pelajar-pelajar sekolah rendah yang menyanyikan lagu ni. Best! Cute! Then persembahan kedua dinyanyikan oleh pelajar-pelajar sekolah menengah. Mereka menyanyikan lagu Micheal Heart- We will not go down. Masa lagu ni dinyanyikan, semua penonton (termasuk aku) terpukau plus sedey. Hm, hebat gak dorang ni. Walaupun masa latihan tak perform dengan baik.

Selesai persembahan, ibu bapa dihidangkan dengan beberapa tayangan video yang berunsur kekeluargaan. Then sekali lagi ibu bapa dihiburkan dengan persembahan nyanyian. Kali ni pelajar sekolah rendah bergabung dengan pelajar sekolah menengah. Mereka menyanyikan lagu Faizal Tahir- Gemuruh. Ha...lagu ni merupakan lagu tema kami di setiap kali sesi motivasi ringkas yang dilakukan setiap hari Rabu dan Jumaat, 30 minit sebelum kelas bermula. Memang bersemangat habis mereka nyanyi. Bergegar stage dibuatnya.

Selesai persembahan, sesi soal jawab pula. Ha..masa ni la ibu bapa diberi peluang untuk mengajukan sebarang jenis soalan. Baik soalan bentuk objektif atau pun subjektif eheh. Seperti yang dijangka, soalan cepumas keluar dari mulut seorang bapa ni. Soalan mengenai pekerja (beberapa orang guru) yang meninggalkan Mutiara pada akhir tahun lepas. Berdebar je jantung aku masa soalan ni diajukan. Dengan selambernyer Pn. Iffah jawab. Tapi takde la sampai memburukkan 'orang tu'. Hish, rasa geram pula bila bercerita mengenai 'orang tu'.

Selesai sesi soal jawab, tibalah saat-saat yang dinantikan. Makan!!!

Habis makan, bersurai.

Monday, February 9, 2009

Cahaya Mutiara

Alhamdulilah 2 Februari 2009 yang lepas merupakan hari pertama bagi Cahaya Mutiara (CM). CM merupakan satu program baru untuk tahun 2009 ni, after school program. Sebagai permulaan, kami hanya buka program ini untuk pelajar-pelajar sekolah rendah sahaja.

Seperti pusat-pusat tuisyen yang lain, kami juga berusaha sedaya upaya untuk membantu para pelajar untuk meningkatkan prestasi akademik khususnya. Idea CM ini tercipta setelah kami membuat analisis prestasi para pelajar. Dan hasilnya kami dapati terdapat sebilangan pelajar yang tidak dapat catch up apa yang dipelajari di sekolah mahupun di pusat tuisyen (pusat tuisyen kami khususnya).

"cikgu ajar laju sangat la..."..."saya tak faham...", ni adalah antara komen-komen para pelajar; punca mereka ketinggalan. Selain itu kami juga mendapati terdapat sebilangan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ni masih lagi tidak pandai sifir. Dan lebih teruk lagi ada yang tidak pandai membaca. Mengeja? Lagi la....

Oleh itu, CM adalah jalan penyelesaiannya.

Pemilihan pelajar yang bakal menyertai CM dibuat berdasarkan keputusan analisis dan juga Ujian Penilaian yang kami berikan kepada pelajar pada pertengahan bulan Januari lepas.

Pada peringkat awal (sebelum menyertai CM), para pelajar akan menghadiri kelas tuisyen seperti biasa iaitu bermula pada jam 8 malam hingga 10 malam. Setelah menyertai CM, pelajar-pelajar tersebut tidak perlu lagi hadir pada sebelah malam. Mereka hanya perlu menghadirkan diri pada sebelah petang. Bermula jam 3 petang.

Namun mereka ini agak berbeza dengan pelajar-pelajar lain. Kerana CM berlangsung selama 4 jam. Berbeza dengan kelas tuisyen biasa (2 jam). Ini kerana CM terbahagi kepada 2 bahagian. Pada bahagian pertama (2 jam pertama) kami akan membantu para pelajar menyiapkan segala kerjarumah (homework) yang diberikan oleh pihak sekolah dan juga kerja-kerja rumah yang kami berikan. Pada 2 jam ini juga, kami turut membantu para pelajar mengatasi masalah-masalah yang dihadapi pelajar seperti kemahiran membaca, mengira (sifir khususnya), mengeja dan sebagainya. Dan bahagian kedua (2 jam berikutnya) adalah kelas tuisyen.

Tenaga pengajar untuk CM totally berbeza dengan tenaga pengajar di sebelah malam. Kami ambil tenaga pengajar yang 'ganas-ganas' saja =p Dan aku adalah salah seorang daripada tenaga pengajar CM (haha..ganas ke aku ni? =p)

Pengalaman mengendalikan CM yang baru berlangsung selama 1 minggu ni amat menyeronokkan. Tambah seronok apabila pelajar-pelajar CM menunjukkan hasil yang positif. Contohnya pelajar yang tidak dapat mengeja, kini sudah pandai mengeja. Tidak pandai mengira (sifir khususnya), kini sudah nampak peningkatan. Pelajar-pelajar tahun 6 tu! Risau plus gembira dibuatnya.

Mudah-mudahan CM dapat berjalan dengan lancar. Bukan untuk sehari dua. Tapi untuk selama-lamanya. Dan sekaligus dapat mencapai objektifnya.

p/s: Hulurkan tangan, ringankan beban. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Berilah pertolongan kepada mereka yang memerlukan.

Monday, January 19, 2009

1st time

9 Januari 2009

Betul-betul masa orang tengah azan Maghrib, aku,Pakcik Hasan,Pn. Iffah,Ain (anak Pn. Iffah) dan Shuhaida (sepupu Ain) mula angkat beg dan barang-barang keperluan ke dalam kereta, Viva milik Pn. Iffah yang diparkir betul-betul di hadapan Mutiara. Di Mutiara kami tinggalkan Hafiz, Iman, Fadzili dan Qiryn untuk menguruskan kelas pada malam tersebut.

Sekitar jam 11.45 PM, kami sampai di Pulau Pinang (baru je lepas jambatan Pulau Pinang). Tak ade pape yang menarik sangat disepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih dari 4 jam ni. Aku dan Pakcik Hasan tidak banyak berbual. Hanya tiga orang di belakang saja yang tak berhenti berbual dan ketawa. May be aku terlalu fokus pada jalan (macam la aku yang drive huhu). Walaupun sudah malam, aku tak tidur. May be kerana aku tak biasa tidur kalau jalan jauh-jauh ni. Or may be kerana takut, kecut perut dan sebagainya setiap kali Pakcik Hasan memotong kenderaan lain (terutama kenderaan-kenderaan berat seperti lori dan bas). Kedudukan Viva terlalu hampir setiap kali memotong. Sehingga ade sekali tu, kami diberi hadiah HON kerana hampir-hampir berlaga dengan Kancil. Semasa kejadian, aku hampir-hampir menjerit (tindakan spontan). Sungguh merbahaya.

Sebaik saja tiba di Pulau Pinang, Pn. Iffah mencadangkan supaya kami singgah makan Nasi Kandar terlebih dahulu. Restoran Kassim Mustapha menjadi sasaran. "Fandi pernah makan Nasi Kandar?" soal Pn. Iffah sewaktu kami semua sedang membelek-belek lauk. Aku hanya menggeleng kepala. Kemudian Pn. Iffah la yang tolong order dan pilih-pilih lauk untuk aku. Aku hanya makan!

Selesai makan, kami terus menuju ke sebuah hotel yang telah siap ditempah unutk kami oleh Ziyad (Coach Pn. Iffah). Jam 2.15 AM kami sampai di destinasi yang dituju, Hotel Vistana. Ntah berapa lama kami sesat mencari hotel ni aku pun tak tau. Agak kelakar gak la masa sesat ni. Terutama bila kami dah jumpa hotel tapi tak tau di mana jalan masuknya. Pusing-pusing.

Ting! Lif berhenti. Tingkat 20.

Bilik 2075.

*******************************************************************************

9.00 AM. Bayview Hotel.

Selesai daftarkan diri, aku, Pn. Iffah dan peserta-peserta lain masuk ke dalam bilik seminar. Pe nama bilik tu tak tau plak. Seminar berlangsung dari pagi sampai la ke petang, 5.30 PM. Peserta-peserta seminar ni merupakan pengurus-pengurus atau pemilik-pemilik syarikat (pelbagai jenis) bukan sahaja disekitar Pulau Pinang, malah dari Kuala Lumpur (cm aku n Pn. Iffah), Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan sebagainya, yang merupakan 'pelanggan' ActionCoach. Ni seminar yang ke bape aku pun tak pasti. Yang aku tau seminar-seminar seperti ni akan diadakan setiap 3 bulan. Dan sepatutnya aku tak perlu terlibat pun dalam seminar ni. Tapi Pn. Iffah saje je bawa aku sekali. "Sebagai latihan untuk kamu", kata Pn. Iffah tiap kali aku bertanya mengenainya beberapa hari sebelum seminar ni berlangsung.

Sepanjang seminar ni berlangsung aku tak dapat tumpukan sepenuh perhatian dek kerana perut aku sakit. May be kerana nasi lemak yang aku makan untuk sarapan pagi pagi tu di Hotel Vistana.

90 days planning. Tu la tajuk seminar yang aku hadiri ni. Disepanjang seminar ni kami diajar dan dibimbing untuk membuat perancangan yang betul. 90 hari punya perancangan. Di akhir seminar, ade 1 sesi di mana semua peserta diminta membelek beberapa majalah dan kemudian gunting mana-mana gambar yang berkenan di hati. Yang mana gambar tersebut merupakan ganjaran. Sekiranya apa yang dirancang dalam tempoh 90 hari tu berjaya. Kesemua gambar-gambar tersebut kemudiannya ditampal pada sehelai kain putih yang agak besar (separuh papan hitam sekolah). Selesai menampal, kami semua berkumpul dan sama-sama melihat pada kain putih tersebut. "ni adalah gambar yang telah saya gunting sebentar tadi. setelah 90 hari,sekiranya berjaya, ni la ganjaran yang akan saya berikan kepada diri saya", macam tula lebih kurangnya kata-kata setiap peserta apabila dipanggil sorang-sorang untuk menerangkan tentang ganjaran yang telah ditampal pada kain putih tersebut. Macam-macam gambar ada. Ada yang nak pergi melancong, beli kereta baru, beli laptop baru, dan macam-macam lagi la. Memang seronok la seminar ni. Cuma yang tak seronok = perutku sakit huhu...

Selesai seminar, Pakcik Hasan beserta Ain dan Shuhaida datang menjemput kami (aku dan Pn. Iffah) di Hotel Bayview dan kemudian bawa kami semua jalan-jalan! Antara destinasi yang kami pegi = Pantai Shamrock. Pe yang best kat cni aku pun tak tau. Aku layan je. Dua orang anak dara ni kata nak pegi pantai. Tu yang pegi pantai. Maka aku dengan berbaju yang agak skema (kemeja), plus kasut kulit (berstokin) dengan selambernyer meredah pantai. Dua orang ni punya idea la ni. Bukan nak bagi aku dan Pn. Iffah tukar pakaian dulu. Bertuah sungguh. Masa kat pantai, dorang tak mandi pun. Sibuk amik gambar. Si Ain tukang amik gambar, Si Shuhaida plak jadi model. Pakcik Hasan dan Pn. Iffah layan je. Buat hal sendiri. Aku? Time ni la nak relax. Asyik duk pikir keje je. Relax punya relax, aku dengan selambernyer baring kat atas satu batu besar. Sekali-sekala terkena la tempias air. Best gak la. Relax. Plus dapat buat aku leka, tak pikir kesakitan pada perut aku yang tak benti-benti lagi (hampir 1 ari dah huhu). Baring punya baring, ntah macam mana aku boleh terlelap. Tak pasti la berapa lama aku terlelap. "Fandi, bangun. Kita dah nak balik ni", Pakcik Hasan kejutkan aku.

Selesai mandi di hotel, kami kuar makan malam. Tak pasti plak nama restoran tu. Tapi yang aku pasti dorang sume ni duk makan nasi kandar. Asyik nasi kandar je.... Aku? Tak boleh blah dah. Sekali je cukup la (masa 1st day baru sampai Penang tu je). Aku order nasi goreng kampung macam biasa sudah.

Selesai makan, kami rayau-rayau. Pakcik Hasan bawa kami ke mana aku pun tak tau. Layan je. Then balik hotel. Tidur.

Bangun pagi keesokan harinya, Alhamdulilah perut aku dah makin ok. Awal gak aku bangun pagi tu. Lepas subuh tak tidur-tidur lagi dah. Lepas mandi n siap kemas-kemas barang, duk kat luar. Best! Amik angin sepoi-sepoi language sambil isap rokok sebatang dua. Then masuk dalam, duk tengok tv. Pagi tu cite kartun je. Tom & Jerry. Tengok la tv sampai nampak matahari. Then sorang-sorang join aku tengok tv. Mula dengan Pakcik Hasan. Kemudian Shuhaida. Kemudian Ain. "Ok guys... jom kita pegi sarapan", sapa Pn. Iffah. "Bawa beg skali. Jangan ade yang tinggal. Kita nak balik dah", pesan Pn. Iffah.

"Perut sakit lagi? Pagi ni Fandi makan bubur ye", pesan Pn. Iffah. Selesai sarapan pagi, kami sume blah dari Hotel Vistana. Tak terus balik. Rayau-rayau lagi. Ntah ke mana-mana je. Sekitar jam 3 PM, kami singgah di Georgetown. Beli jeruk. Kakak aku pesan. Aku tak makan jeruk. Main belasah je masa beli. Pe yang dia order tu jela yang aku beli. Lain aku tak tau hahaha. Selesai beli jeruk, kami naik feri. Datang ikut jambatan. Balik naik feri. Idea Pakcik Hasan la ni. Masa kat feri, aku rayau satu feri. Naik atas, rayau-rayau. Belasah je. Lantak la orang tengok semacam je pun. Lama gak kat atas feri. Dalam 15-20 minit. Hm, lama gak aku merayau-rayau sambil meninggalkan Pakcik Hasan, Pn. Iffah, Ain dan Suhaida kat bawah, dalam kereta. Beberapa minit dah nak sampai, aku turun pegi kat kereta. "Saya ingat kamu nak tinggal. Lupa nak pesan tadi, kena turun awal. 10-15 minit sebelum sampai kena dah turun kat kereta", Pakcik Hasan membebel. Padan muka aku.

Sekitar jam 10 malam, kami sampai di Puchong, rumah Pakcik Hasan. "Fandi, kamu tidur rumah Pakcik Hasan jela malam ni. Sok pagi je baru kamu balik. Tak payah la bawa motor malam-malam macam ni. Kamu tu pun dah letih", pesan Pn. Iffah panjang lebar semasa bertukar tempat duduk dengan Pakcik Hasan di tempat duduk pemandu. Pakcik Hasan pun setuju. Masa dalam perjalanan balik lagi Pakcik Hasan berkali-kali pelawa aku tidur di rumahnya malam tu. Maka tidur la aku malam tu di rumah Pakcik Hasan.

P/s: 1st time jejakkan kaki di Pulau Pinang :)

Sunday, December 14, 2008

Lepak

Semalam aku n Hafiz (staf baru Mutiara) lepak kat Mutiara sampai mlm, kul10 lebih. Bukan wt ape pun mlm tu. Ekceli kul 4 ptg dah bleh balik. Tapi ntah cmne ntah bleh lepak sampai mlm eheh.

Ekceli dlm kul3.45 ptg tu keje aku dah siap. Tgh get ready nak balik. Siap bkemas, tgk jam blom kul 4 ptg. So lepak jap depan komputer. Tgh2 elok aku layan video clip S.H.E kat youtube, datang si Hafiz ni.

"Bleh tgk cite ek kat cni?"
"Ko nak tgk pe?"
"Cuba try cari Smallville. Aku minat giler cite tu"
"Ok,layannnn...."

Daripada 1 episode kepada 2 episode. Daripada 2 kepada 3. Dan seterusnya.Sampai la mlm.
Aku daripada tlg2 dia carikan cite Smallville ni kepada join2 dia tgk sama.
Nak wt cmne, kalau tinggalkan dia sorg2 dia xtau nak cari plak.
Buta IT katanya. Ntah la...
"Wei, dah malam dah ni. Len kali jela kita sambung lagi"
Kalau nak dilayan sgt si Hafiz ni, ntah2 sampai besok pagi pun xbenti.
Tp xpela... Dapat gak aku tumpang sekaki tgk Smallville tu.
Xbape minat sgt. Tapi kalau dah tgk, ssh gak nak benti cz cite byk episode ni mmg gtu r trendnye. Kalau dah mula ssh nak benti.

p/s: Cite cine, Hot Shot kat 8tv dah abis dah. Best r cite tu :)

Note: Januari 2009-Hafiz sudah tak kerja di Mutiara lagi.