Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku.. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baik ku ketika aku hidup atau selepas mati.. Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang.. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri.. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka.. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya..
*Imam Shafie

Monday, May 12, 2008

Menangis Setelah Membantu Sahabat

Ada seorang sahabat yang sedang dalam kesusahan datang ke rumah salah seorang sahabatnya untuk meminta bantuan. Setelah sampai di depan pintu rumah sahabatnya itu, dia pun mengetuk pintu…

Tuan rumah membuka pintu seraya berkata, “Wahai sahabatku, silakan masuk.” Setelah mereka berada dalam rumah itu, tuan rumah pun bertanya, “Saya rasa awak dalam kesusahan. Boleh saya tolong?”

“Benar, wahai sahabatku… Saya telah berhutang dengan seseorang sebanyak 400 dirham dan hutang itu perlu dijelaskan segera. Bolehkah awak membantu saya untuk menjelaskannya?”

Lantas tuan rumah itu pun masuk ke dalam bilik dan kemudian keluar bersama wang berjumlah 400 dirham. Wang itu diserahkan kepada sahabatnya itu. Setelah mengucapkan terima kasih, sahabat itu pun keluar.

Tiba-tiba tuan rumah itu menangis tersedu-sedu… Melihat suaminya menangis, si isteri pun bertanya, “Mengapa menangis?” Dia menjawab, “Saya menangis kerana saya tidak pernah bertanya masalah yang dihadapi oleh sahabat saya sehingga dia terpaksa mengetuk pintu rumah kita meminta pertolongan…”

Moral of the story:
Beginilah sikap yang patut ada pada diri kita. Walaupun kita telah menolong kawan-kawan, tetapi janganlah kita berbangga atau menunjuk-nunjuk jasa kita itu kepada orang lain. Sebaliknya kita hendaklah berasa menyesal kerana selaku seorang sahabat, kita sepatutnya memberi pertolongan sebelum sahabat kita bersuara meminta pertolongan daripada kita.

No comments: