Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku.. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baik ku ketika aku hidup atau selepas mati.. Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang.. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri.. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka.. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya..
*Imam Shafie

Thursday, March 27, 2008

# 3 - Langit

“Shiera… Shiera?” kedengaran suara memanggil-manggil namanya dari jauh.

Dia tersentak.

“Astagfirullahalazim…aku mengelamun rupanya…” Dia berbisik dalam hati.

“Shiera… Oh Shiera…” suara itu memanggil-manggil namanya lagi. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah suara itu. Pintu rumahnya yang tidak tertutup rapat membolehkan dia melihat keadaan di dalam rumah. Dilihatnya Sabrina terjerit-jerit ke sana ke mari mencarinya.

“Ina, aku di sini!” Shiera sedikit menjerit.

“Kat sini rupanya kau. Puas aku cari… Ha…termenung ingat kat pakwe la tu...” perlahan-lahan Sabrina menghampiri Shiera dan kemudian duduk di sebelahnya di atas sebuah bangku di halaman rumah sewa mereka. “Kalau dah rindu sangat, telefon je la…” tambahnya lagi.

“Ish, ke situ pula dia. Aku saja duduk kat luar ni. Ambil angin… Sambil tu aku teringat masa kita kecil-kecil dulu...” terang Shiera.

“Ambil angin? Kat dalam tu dah tak cukup angin ke?” Sabrina cuba berjenaka.

“Tak…” jawab Shiera ringkas.

“Nak kenakan aku ye? Biar aku kenakan kau” bisik Shiera dalam hati.

“Angin kat dalam tu semuanya kau dah sedut. Tengok perut kau tu…penuh angin. Kembung semacam je” senyum Shiera.

“Oo..kenakan aku ye? Tak apa. Hari ni hari kau. Esok lusa hari aku pula.” balas Sabrina.

“Eh, tak la. Selama-lamanya hari aku.” usik Shiera lagi.

“Dah la! Malas aku nak layan kau.” bentak Sabrina sambil bangun untuk pergi.

“Wei, kau nak pergi mana tu? Aku gurau jela tadi…” pujuk Shiera sambil menarik tangan kawannya.

“Aku nak keluar makan. Kau duduk la sini sorang-sorang. Ambil la angin puas-puas!” Sabrina marah. Sedikit pun dia tidak menoleh semasa berkata.

“Alala…aku gurau je la tadi. Jangan la marah sampai macam tu sekali… Sorry ye?” pujuk Shiera lagi.

“Banyak la kau punya sorry! Dah la aku penat terjerit-jerit cari kau. Habis satu rumah aku cari, tak jumpa gak. Bila dah jumpa, kena sakat pula. Bertuah punya kawan.” Sabrina menjelaskan punca kemarahannya.

“Ok..ok…aku minta maaf. Jom la kita pergi makan sama. Aku pun dah lapar ni. Aku belanja kau malam ni. Jangan marah lagi ye?” Shiera usap-usap belakang Sabrina. Dia menyesal kerana bergurau tidak bertempat.

“Hm, yela… Aku maafkan. Dah, pergi la bersiap cepat. Dah lewat ni. Aku tunggu kau dalam kereta.”. Begitulah Sabrina. Dia tidak suka simpan dalam hati. Dia tahu Shiera suka bergurau. Sama seperti ayahnya, Pak cik Saleh. Bapa borek, anak rintik.

“Naik kereta ke? Nape tak naik motor aku je?” Shiera ingin kepastian.

“Bosan la asyik makan dekat-dekat sini je. Sekali sekala makan jauh-jauh sedap gak. Sambil tu boleh kita ronda-ronda makan angin. Esok kan tak kerja. Kita balik lewat sikit la malam ni ye?” terang Sabrina panjang lebar.

“Perh,panjang betul jawapan. Jelas, nyata dan terang…”

“Dah. Dah. Jangan nak melawak lagi. Pergi bersiap cepat. Perut aku dah berbunyi ni” cepat-cepat Sabrina memotong kata-kata Shiera. Kalau dilayan makin menjadi-jadi nanti.

“OK”

******************************************************************************

“Ina, cuba kau tengok bulan tu. Cantik,kan?” Shiera memulakan bicara.

Sabrina tidak terus menoleh. Apabila kereta yang dipandunya sudah benar-benar selamat baru dia menoleh dan memandang ke arah bulan di langit sebagaimana yang dinyatakan Shiera.

“Yela. Terang.” balas Sabrina ringkas. Sambil tu dia sempat menoleh ke arah Shiera.

“Termenung lagi la tu. Entah apa la yang dia ingatkan…” bisik Sabrina dalam hati.

“Bulan malam ni sama macam dulu. Malam tu kau masuk tidur awal. Tinggal aku, ibu dan ayah kau je. Banyak yang aku belajar dari ayah kau…” Sabrina segera memperlahankan volume radio. Dia tahu hanya jasad Shiera sahaja disebelahnya. Tapi fikiran rakannya itu sudah kembali ke dua puluh tahun yang lalu, hari pertama Shiera mengenali teleskop.

Sabrina: Ayah, Ina masuk dalam dulu ye? Ngantuk la…
Karim: Baiklah. Shiera tak nak ikut sama?
Shiera: Tak apa la pak cik. Shiera tak ngantuk lagi.
Sabrina: Aku masuk tidur dulu tau, Shiera. Nanti bila kau dah ngantuk, kau tidur je sebelah aku kat atas katil. Jangan tidur kat lantai pula. Tak payah segan-segan.
Karim: Betul tu Shiera. Tiap kali kamu bermalam di sini, pak cik tengok kamu tidur kat lantai. Beralaskan karpet.
Shiera: Saya segan…
Karim: Pak cik dah anggap kamu macam anak pak cik, adik si Sabrina. Tak ada apa yang nak disegankan. Malam ni kamu tidur dengan Ina. Atas katil ye?
Shiera: Terima kasih pakcik. Terima kasih Ina.
Sabrina: (sambil usap-usap kepala Shiera) Adik, budak kecil tak boleh tidur lewat. Hehe..
Shiera: Baik la akak. Nanti bila adik dah ngantuk, adik masuk tidur ye?
Karim: Kamu berdua ni…. Ada-ada saja….

Tersenyum Karim melihat kemesraan mereka berdua. Bagai adik beradik.

“Ayah, Ina nak adik. Ina bosan la sorang-sorang. Tak ada teman nak ajak bual, tidur pun sorang-sorang je.”

Karim tidak mampu berkata apa-apa. Perlahan-lahan dia usap kepala anaknya itu.

“Shiera tu comel kan ayah? Kalau Ina ada adik macam Shiera tu kan best.”

Shiera: Pak cik… Pak cik Karim? Pak cik tak apa-apa? (sambil menarik-narik lengan baju Karim)
Karim: (tersentak) Er..er...pak cik tak apa-apa.
Shiera: Pak cik, macam mana nak laraskan teleskop ni?
Karim: Shiera nak tengok apa?
Shiera: Shiera nak tengok objek kat atas sana tu (sambil menuding jari ke satu sudut)
Karim: (sambil melaraskan teleskop) Kat sana tu ye? Ok, sudah.
Shiera: (sambil melihat melalui teleskop) Wah! Cantiknya…
Karim: Ucap “Subhanallah”. Semua ni bukti kebesaran DIA. Bukti kewujudan-Nya. DIA Maha Bijaksana.
Shiera: Subhanallah.
Karim: Shiera nak tau, ada banyak kelebihan melihat langit ni…
Shiera: (perlahan-lahan menoleh ke arah pak cik Karim)
Karim: Dari sudut kesihatan, warna-warna sejuk yang tidak terlalu sinar sangat sesuai dengan penglihatan mata. Sebab itulah langit dijadikan oleh Allah s.w.t dengan warna biru dan hijau. Di waktu malam pula ia dihiasi dengan kerlipan bintang yang sangat menarik. Shiera pernah rasa ragu-ragu dan takut?
Shiera: Shiera selalu rasa takut pada waktu malam. Gelap…
Karim: Rasa takut berpunca dari jiwa yang lemah akibat dimomok-momokkan. Perasaan ini boleh dikurangkan dengan mendongak ke langit. Melihat ke langit juga mengurangkan keraguan. Manusia ini dijadikan dengan sifat kelemahan. Oleh itu manusia sentiasa menghadapi masalah sama ada kecil atau besar. Apabila masalah berlaku manusia akan murung, sugul, muram dan cepat marah. Mudah-mudahan dengan melihat langit akan mengurangkan perasaan itu. Kadang kala manusia serba salah untuk melakukan sesuatu. Ini timbul dari gangguan syaitan yang tidak habis-habis menjalankan tugas jahatnya. Pandanglah ke langit agar Allah s.w.t tenteramkan hati yang resah itu.
Shiera: Oo…macam tu. Kadang-kadang bila Shiera rasa rindu atau sedih, Shiera rasa terubat bila pandang ke langit.
Karim: Betul tu. Selain daripada tu, langit menjadi kiblat bagi orang berdoa. Apabila seorang hamba memanjatkan doa harapan kepada Allah s.w.t disunatkan memandang ke arah langit. Bukan bermakna Allah s.w.t ada di langit kerana Allah s.w.t tidak bertempat. Tetapi itulah kiblatnya.
Shiera: Oo….
Karim: Pandang ke langit boleh menimbulkan rasa keagungan Allah s.w.t. Penciptaan langit bukan penciptaan sembarangan. Penciptaan bumbung rumah oleh manusia pun masih ada kekurangannya, umpamanya retak, tetapi tidak dengan ciptaan Allah s.w.t ini. Ciptaan Allah s.w.t tidak ada sesiapa yang boleh menandinginya. Pandang ke langit juga sentiasa mengingatkan kita kewujudan Allah s.w.t. Ini menjadi amalan orang soleh atau ahli sufi yang selalu berzikir kepada Allah s.w.t. Setiap tujuh tingkat langit ini telah Allah s.w.t sediakan malaikat untuk menerima atau mencampakkan segala amalan manusia.

“Shiera! Kita dah sampai.” teguran Sabrina mematikan lamunannya. Segera dia bangun dan keluar dari perut kereta. Kemudian dia berjalan disamping rakannya masuk ke dalam restoran.

“Cik nak minum apa?” tanya pelayan restoran sebaik sahaja mereka duduk.

“Kau nak minum apa Ina?” tanya Shiera sambil membaca menu yang tersedia di atas meja.
Dibelek-beleknya menu tersebut. “Jus epal satu dan milo ais satu.” ujar Sabrina.

“Wah, sampai dua gelas kau order.” terkejut Shiera.

“Aku tolong orderkan untuk kau sekali la…” jawab Sabrina ringkas. “Erm, beri kami nasi goreng ayam dua. Terima kasih” ujar Sabrina sambil menghulurkan menu kepada pelayan tersebut.

“Wah, kau tau-tau je aku nak makan apa malam ni…” ujar Shiera sebaik sahaja pelayan itu berlalu.

“Kau tu tak ada menu lain. Pergi mana-mana sama saja.” balas Sabrina sambil matanya melihat suasana di sekeliling.

“Kau pernah makan kat sini ke?” tanya Shiera. Terpegun dia melihat susun atur di dalam restoran ini. Cantik!

“Ni first time aku makan kat sini”.

Perbualan mereka terhenti kerana pelayan restoran menghantar jus epal dan milo ais yang mereka pesan.

Apabila pelayan restoran berlalu, mereka menyambung perbualan semula.

“Cuba kau tengok meja hujung sana tu.”

Shiera berpaling dan memandang ke arah yang dikatakan oleh Sabrina. Dilihatnya seorang lelaki dan seorang perempuan di situ. Lelaki tersebut duduk mengadap Shiera. Dia memakai cermin mata dan berkemeja lengan panjang yang dilipat paras bahu. Manakala perempuan tersebut agak berusia. Dalam lingkungan empat puluhan tahun. Badannya agak berisi. Duduk membelakangi Shiera.

“Baju kurung mak cik tu lawa la…”

“La...baju mak cik tu pula yang dia tengok. Bukan mak cik tu yang aku maksudkan la...tapi lelaki di sebelah mak cik tu.” terang Sabrina. “Dia asyik pandang kau je dari tadi. Kau kenal dia ke?” tanya Sabrina.

“Yang pakai cermin mata dan berbaju kemeja tu ke?” tanya Shiera untuk kepastian.

Sabrina menganggukkan kepala.

“Entah la. Aku rasa ni la kali pertama aku jumpa lelaki tu. Tapi…”

“Tapi apa?” Sabrina terus memotong. Tidak sabar dia menunggu jawapan dari Shiera.

Perbualan mereka terhenti sekali lagi apabila pelayan restoran datang dan menghidang nasi goreng ayam yang mereka pesan.

“Tapi apa?” Sabrina mengulangi soalan yang sama sekali lagi setelah melihat Shiera tunduk tidak bersuara.

No comments: