Selesai je kerja di satu tempat tu, kami pun pergi la BP Mall. Bukan selalu pun pergi BP Mall. Bila perlu sangat-sangat je.
Di Bawah ni la hasilnya....

Kecik je bende ni.... Tak caya tengok bawah ni....
There's so much thing you can learn in one place, the more that you wait, the more time that you waste

Ni la tempat kerja aku sejak bulan 4 (april) 2009. Lokasi=Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Betul-betul depan Petronas. Sebelah Restoran Line Clear (tempat aku makan tengahari masa belajar di UTHM). Cari aku kat KL (Kuala Lumpur) or Selangor memang dah tak jumpa dah. Jarang sangat3 dah aku ke sana....
Ni la rupa aku kat tempat kerja sekarang. Dapat la aku pakai topi :) Tak perlu nak pakai kemeja, tali leher bagai. Terjerat leher dibuatnya. Kalau perasan, ade bende kaler itam kat peha kanan aku. Ha... tu macam poket doremon la haha. Ke mana-mana aku bawa. Penting tu! Budak-budak kat Seri Mas Segar (SMS) tau la ape fungsi bende itam tu. Mula-mula pakai, "saleh, nape kakinya diikat????". Agak pelik. Lazimnya orang ikat kat perot, bawah pusat or area-area situ la. Tapi aku kat kaki or lebih tepat kat peha. Nak buat macam mana, dah suka bende yang pelik-pelik or lain dari yang lain :) Asalkan tak dosa, tak haram, layan..... Masa nak beli tu memang cadang nak yang kat perot (macam biasa). Tapi tokei kedai tu promote jenis yang pelik tu kat aku. Aku pun tak tau... Belek punya belek, chantek menarik tertarik... Da' Bomb!! Rembat jela.
***********************
Sampai betul-betul depan BP Mall, Honda ni rosak. Nasib baik ada bengkel motorsikal tak jauh dari tempat aku benti.
"Bikin kasi baek punya. Mau jalan jauh ni..."
"Wa tau. Wa tau..."
Lepas 2 jam tersadai....
"Ok, sudah siap. Wa bikin baek punya. Lu mau jalan jauhhh. Musti mau periksa betol-betol."
Panjang lebar tokei ni ceramah aku.
"Ok la tokei, wa gerak dulu. Thanx."
Aku pun sambung perjalanan yang aku sendiri pun tak dapat nak agak berapa lama. Tak biasa balik KL naik Honda ni.
************************
Alhamdulilah, sampai gak. Ngam-ngam orang azan Isya'.
Sampai je kat rumah, jiran aku, Zapiran tengah kunci pagar rumah dia. Mesti la rumah dia, bukan rumah aku = p
Layan borak la dengan dia. Tak perasan pulak berapa lama. Masing-masing kongsi cerita. Lama tak jumpa la katakan. cerita pasal kerjaya masing-masing tu dah mesti! Yang lain-lain tu takyah cerita la :)
"Ok la Saleh, aku masuk dulu."
"Ok, aku pun."
Lepas berjabat tangan, aku pun masuk rumah.
***********************
Balik je dari kenduri kawen classmate masa sekolah menengah dulu....
"Pinjam motor ko. Jap lagi nak keluar. Round town!"
Aku minta izin nak pinjam motor 125 adik aku.
"Bawa motor baik-baik..."
Pesan adik aku sambil kunci bertukar tangan.
Ada makna gak dia pesan gitu. Coz tengok jela luka-luka kat hampir seluruh badan dia. Baru lepas accident la katakan. Motor of course ada yang terbarai =p
**********************
"Tunjuk lesen"
Sorang mamat polis ni bagi arahan kat aku.
"Leceh betol la.... Dah nak sampai dah ni..."
Bebel aku dalam hati. Mana aku tak membebel... Tempat yang aku nak pergi tu tinggal berapa jengkal je dengan tempat aku kena tahan. Kalau menapak kompom dah sampai.
**********************
"Saya mau ini game. Ini..ini..ini.."
Jari aku tunjuk kat beberapa game yang berkenan di hati.
"Ok, sikijap aa...."
"Erm, u ada bawa u punya PSP?"
PSP (PlayStationPortable) kaler itam aku ni pun bertukar tangan.

Setelah hampir setengah jam....
"U punya memory card yang satu lagi tu ada sedikit masalah. Mungkin rosak...."
"Alamak, 8GB tu...."
Keluh aku dalam hati. Mana tak mengeluh. Memory card yang 8GB tu yang rosak.
"Nanti aa.... Wa kasi format ini memory card. File dalam ini memory card wa kasi simpan dulu."
"Ok, apa-apa la..."
Tunggu punya tunggu punya tunggu.....
"Itu memory card wa sudah kasi format. Game sudah kasi masuk."
"Aik, mana itu game? Tak ada punnn"
Soalku sebaik saja aku godek-godek PSP itamku tu.
"Sikit jap aa... Wa kasi tengok...."
Tunggu laaagiiii.....
"Erm.... U punya PSP...erm...itu apa...version 5.51. Game wa sudah kasi masuk. Tapi tak boleh main..."
"Boleh bikin kasi boleh main?"
"Sikit jap aa..."
Aku mula menyampah dengan perkataan "sikit jap" amoi ni....
"U sudah kasi itu version 5.51. 5.50 baru boleh main..."
Terang amoi ni sambil tunjuk kat aku benda-benda yang patut dia tunjuk la sampai aku paham serba sedikit masalah yang menyebabkan tak boleh nak main itu game.
"U boleh kasi tukar ka itu 5.51?"
Teringat masa aku gatal tangan mengupdate version 5.50 kepada 5.51. Perh, nyesal!
"Wa panggil wa punya supervisor dulu aa.... Kasi dia bikin..."
Dekat 3jam aku tersadai menunggu.
"Ok, lu kasi tinggal lu punya PSP ni, besok u baru angkat. Sikalang kita orang sudah mau tutup."
Aduh...tunggu supervisor ni dah 3jam. Lepas dia godek-godek PSP aku tu, pastu dia suruh datang besok pulak...
"Ok la. Besok wa datang amik."
Tula....lain kali jangan gatal tangan or pandai-pandai sendiri je. Sekarang kan dah susah....
Harap maaf. Blog ni akan kembali bersawang untuk beberapa ketika kerana aku agak sibuk buat masa ni. Jadual kerja yang sungguh padat disamping beberapa reason yang tidak dapat dielakkan.