Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku.. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baik ku ketika aku hidup atau selepas mati.. Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang.. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri.. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka.. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya..
*Imam Shafie

Thursday, July 9, 2009

Hijrah

Sudah lama tak singgah sini. Atas beberapa alasan yang tidak dapat dielakkan.

Sekitar bulan April yang lalu, bermula satu lagi perubahan dalam kehidupan aku. Perubahan kepada lebih baik, insyaAllah. Merangkumi pelbagai aspek seperti kerjaya, cara hidup dan sebagainya. Daripada banyak di dalam air-cond kepada terdedah kepada panas matahari. Dahulunya sukar keluar peluh, kini peluh satu badan hehe. Dahulunya tali leher sentiasa menjerut leher kepada topi kesayangan yang sentiasa lekat di kepala.

Apa yang sama? Masih lagi berurusan dengan manusia... Yela hidup kat dunia, kena la berurusan dengan manusia. Nak berurusan dengan siapa dan apa lagi kalau bukan dengan manusia.

Nape berubah? Ade perkara yang di luar jangkaan dan di luar kuasa aku telah berlaku. Jadi aku terpaksa terima. Redha jela. Apa yang penting, ape yang berlaku tu telah memberikan ilmu dan pengalaman kepada aku untuk lebih maju, insyaAllah.

Alhamdulilah, segala ilmu dan pengalaman lalu dapat aku gunapakai dalam pekerjaan aku sekarang. Ini menjadikan segala urusan menjadi lebih mudah. Walaupun aku terpaksa bermula dan merangkak dari bawah semula.

Kesan dari apa yang telah berlaku, aku sudah tidak dapat lagi dijumpai di Selangor atau Kuala Lumpur. Mo jumpa, g la Johor ek eheh. Nak jejak Selangor or Kuala Lumpur, Pk dua tiga kali dlu...

p/s: tiada lagi cerita tentang PBAM

No comments: