Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku.. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baik ku ketika aku hidup atau selepas mati.. Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang.. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri.. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka.. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya..
*Imam Shafie

Friday, July 17, 2009

Kembali

Setelah hampir empat bulan aku di Johor, akhirnya aku pulang juga ke Selangor (Hulu Langat). Berat ati gak mo tinggalkan urusanku di Johor. Lebih berat ati cz terpaksa meninggalkan ayah aku keseorangan. "time-time gni plak ko nak balik....", keluh ayahku sebaik saja aku utarakan hasrat di ati. "Jap je... Ahad balik la...", lemah je aku jawab.

Motif utama=ambil Pak Badar. Motif kedua=ambil bahan-bahan bacaan aku yang masih lagi ada di rumah mak ayah aku di Hulu Langat. Motif ketiga=bercuti; lepak 1 malam di rumah sorang mamat ni. Bukan kat Hulu Langat. Tapi di Melaka. On the way balik Johor, singgah la Melaka jap. Mo rehatkn minda. Dah tepu! Mudah-mudahan lps aku masuk 'kandang', dah tak tepu lagi. Coz so far bila aku masuk kandang je, rasa cm tenang je. Sejak kali pertama aku jejakkn kaki di situ. Dono why....

Setibanya di Hulu Langat, aku terus mendapatkan Pak Badar. Pak Badar 'demam'. Pagi tadi, lepas antar adik aku g kolej (naik moto adik aku sorang lagi), aku antar Pak Badar ke 'spital'. Petang ni aku nak g jenguk Pak Badar. Mudah-mudahan sihat la hendaknya. Boleh la aku bawa Pak Badar pulang bersama aku ke Johor Ahad ni.

No comments: