Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku.. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baik ku ketika aku hidup atau selepas mati.. Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang.. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri.. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka.. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya..
*Imam Shafie

Wednesday, January 28, 2009

Two-car

Cuti raya cina kali ni aku sambut di Parit Paja, Taman Manis. Umah ibu bapaku. Memang seronok. Dah agak lama tak jumpa mak, abah dan adik beradikku yang lain. Terutama Saiful dan Syafie. Cuti kali ni aku ajak mereka berdua main di bola sepak di padang bola bersebelahan dengan rumah. Mereka tak pernah main di padang selama mereka duduk di situ. Memang seronok + penat. Sampaikan Syafie 'ketagih'. Selain ajak mereka main di padang, aku ade gak belikan mereka berdua jaring dan bola keranjang. Ala, yang untuk budak-budak kecik punya je. Sesuai la dengan usia mereka. Nanti dorang dah beso ckit baru la belikan yang real punya.

Cuti kali ni gak la first time aku yang uruskan dari awal sehingga akhir (masak je tak) perihal siput sedot. Aku jarang makan siput sedot. Kebiasaannya aku akan cuba sedaya upaya mengelak dari makan siput sedot ni. Tapi kali ni, dek kerana kat umah masa tu baaanyak sangat stok siput sedot, maka aku pun makan la siput sedot ni. Agak geli gak la masa uruskan siput sedot ni. Agak kelakar gak la masa proses nak basuh atau bersihkan siput sedot ni. Nasib baik ade abang Zam (abang ipar aku). "Ramas aje guna tangan... Ha, cam gini... Tak yah ngada-ngada nak guna berus bagai" kata abang Zam. Geli punya pasal, aku guna berus sabut. Sengal! Plak tu belek satu-satu. Lambat tak yah cite la. Tu yang buat abang Zam hilang sabar.

Genap 3 hari 2 malam aku di Johor, aku pun balik. Naik bas. Jam 8 pagi Faris hantar aku naik motor Yamaha 125 dia kat Batu Pahat. Dah lama tak naik motor dengan dia, terasa cuak plak. Mana taknya, dia bawa laaaaju.

Ade cite yang kureng seronok masa perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Di mana aku terpaksa two-car (tukar) bas. Citenye gini....

Masa di Batu Pahat, aku naik bas KKKL dua tingkat. Tempat duduk aku kat atas, depan sekali. Sebelah aku kosong. So duduk la aku sorang-sorang di sepanjang perjalanan. Seperti biasa, bukan semua penumpang naik di Batu Pahat. Ade yang naik di Parit Sulong bagai. Hampir 3 kali gak la bas benti. Kalu tak silap kat Parit Sulong sekali, kat Yong Peng sekali, kat Pagoh sekali). Masa kat Pagoh ni la bermulanya cite tak seronoknya. Ade la sorang pempuan ni naik, bawa sorang anak. "Dik, dik duk belakang boleh? Bagi dua kusi ni kat makcik ni. Adik duk kusi kosong kat belakang ek" kata pembantu drebar ni. Aku tanpa banyak soal turutkan saja. Sampai kat belah belakang, melilau mata aku mencari kusi kosong yang dimaksudkan. TAK ADE! Aku terus pusing, merenung tajam kat pembantudrebar tu. Pempuan dan anak dia dah selamat duduk kat tempat duduk aku. "Jap ek, saya tengok kat bahagian bawah, kot ade tempat kosong" pembantu drebar tu coverline. Aku follow brader tu.Sampai kat bawah, TAK ADE JUGA! "Tak pe la dik....adik duk kat kusi sebelah drebar ni ek. Kusi saya..." tanpa banyak soal aku pun duduk. Pastu puas la drebar tu marah-marah. Kat pembantu dia and also kat mamat sorang lagi. Ntah sape ntah. Kalu tak salah kat pembantu dia gak. Yang handle penumpang yang naik bas masa kat Batu Pahat, before sume penumpang naik bas.

Akhirnya drebar tu dapat idea, dia runding dengan drebar lain yang sama bas (KKKL), sama destinasi (KL). Hasilnya, aku kena tukar bas di Pedas-Linggi. Beberapa meter sebelum masuk simpang Hentian Sebelah Pedas-Linggi. Bas baru yang aku naik tu satu tingkat je. Dapat kusi kat bahagian tengah. Dekat 2 jam gak la aku duk kat kusi sebelah drebar. Dugaan. Tak pela...ade hikmahnya. Dapat gak pengalaman duk sebelah drebar. Dapat tengok camne drebar tu bawa bas. Dapat tengok tempak tidur dia. Smart gak katil dia. Selesa. Tapi kecik+sempit.

Sampai kat KL sekitar jam 11.30 AM. Tak terus balik. Jalan-jalan kat CM (Central Market), Kotaraya, Mydin dan dekat-dekat citu. Tak la jauh sangat. Dekat-dekat suda. Penat nak menapak. Penat menapak, balik. Naik bas ke Hulu Langat. Masa tunggu bas nak balik Hulu Langat, ramai giler mamat-mamat+minah-minah indon. Bangla+Nepal pun ramai. Kul 1.15 PM dapat bas. Tunggu 5 minit je. Then lepas 1 jam, sampai la kat Hulu Langat. Tak terus balik umah. Pegi gunting rambut+bagi clear misai dan janggut ni dulu eheh

1 comment:

Qider said...

aku penah dok kat sebelah drebar bas KKKL..time tu sbb aku desperate nak sampai kl before malam..perjalanan BP-KL jua