Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku.. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baik ku ketika aku hidup atau selepas mati.. Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang.. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri.. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka.. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya..
*Imam Shafie

Thursday, March 6, 2008

Amalkan Basmallah

Pada suatu masa dahulu, ada seorang petani tua yang bermukim di sebuah kampung yang terpencil. Petani tua itu tinggal bersama anak perempuannya, Nadia. Nadia seorang anak yang bersopan santun, cantik dan periang.

Ibu Nadia telah meninggal dunia. Sejak ketiadaan ibunya, Nadia mengambil alih kerja rumah seperti memasak, membasuh pakaian dan juga mengemas rumah. Hanya dia satu-satunya anak petani tua ini.

Petani itu mempunyai tanah sawah yang agak luas. Semua kerja di sawah dilakukannya sendiri. Tidak pernah dia mengupah sesiapa pun untuk memgerjakan tanahnya itu. Dia juga berkebun sayur serta menternak ayam dan itik.

Petani tua itu sangat sayangkan anaknya, Nadia. Maklumlah Nadia anak tunggalnya. Ringan tulang pula. Kalau tiada kerja di dapur, Nadia akan membantu ayahnya di sawah. Dia juga rajin memberi makanan kepada binatang ternakan ayahnya di kebun.

Malangnya, ada sesuatu yang tidak disukai oleh petani itu pada diri Nadia. Anak gadisnya itu sentiasa sahaja membaca basmallah (bismillah) setiap kali melakukan apa sahaja pekerjaan. Sebelum meninggal dunia, ibunya selalu berpesan supaya Nadia mengamalkan bacaan basmallah ini. Entah berapa kali petani tua itu memarahi anaknya agar jangan mengamalkan bacaan yang dianggapnya tidak berfaedah itu.

Petani tua itu mendapat satu akal. Pada suatu hari dia berpura-pura sakit. Apabila anaknya pergi ke lading, dia segera membuang beras di dalam tempayan. Tempayan yang kosong itu diisi dengan pasir yang diambilnya dari sungai.

Setelah seharian bekerja di sawah, Nadia berasa terlalu letih. Walaupun begitu, dia pulang dengan senyum riang. Sampai di rumah, dia mengambil periuk dan membaca basmallah sebelum menyukat beras dari dalam tempayan.

Petani tua itu kehairanan kerana melihat wajah Nadia tetap tenang. “Masih banyak lagi beras itu, anakku?” Tanya petani tua. “Oh, banyak lagi, pak. Tentu bapak ada menambah beras kita hari ini” jawab Nadia.

Rupanya pasir yang ayahnya masukkan ke dalam tempayan itu telah Allah tukarkan menjadi beras. Itulah berkat sentiasa membaca basmallah.

No comments: