Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku.. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baik ku ketika aku hidup atau selepas mati.. Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang.. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri.. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka.. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya..
*Imam Shafie

Tuesday, October 7, 2008

Jalan-jalan

6 oktober 08. Jalan-jalan di midvalley. Sekitar jam 3 – 6 petang. Jumpa kawan. Merempit dari rumah ke stesen KTM di Bandar Tasik Selatan dalam jam 2 petang dalam keadaan hujan lebat. Seluar dan kasut basah sedikit. Tetapi sempat kering sementara menunggu tren ke midvalley. Semasa sedang menunggu tren, lepak dengan tiga orang budak laki dalam lingkungan sebelas tahun. Mereka sedang asyik membelek telefon bimbit, menonton video-video yang dirakam setiap kali mereka menonton wayang. Tiga orang budak ni tidak aku kenali. Kerana bosan menunggu tren, aku menegur sapa mereka bertiga. Mereka bertiga ni kawan karib semenjak kecil lagi. Mereka tinggal di taman yang sama, belajar di kelas dan di sekolah yang sama. Kamceng! Mereka bertiga ni juga sama destinasi denganku, midvalley.Tetapi tujuan kami berbeza. Mereka ke midvalley semata-mata untuk menonton wayang, senario. Aku? Jalan-jalan bersama seorang kawan. Sebaik sahaja sampai di midvalley, aku terus menuju ke MPH, kawan aku sudah menungguku di situ. Kami tidak lama di situ. Hanya seminit dua. Kemudian kami naik ke tingkat atas sekali, melihat haiwan-haiwan seperti burung, kucing, ikan dan lain-lain. Agak lama juga kami di situ, tengok ikan. Selepas entah berapa lama kami di situ, kami keluar menuju ke Food Junction, makan. Lapar! Aku makan Nasi Goreng Ikan Bilis dan air teh panas. Kawan aku makan Nasi Ayam. Tanpa air! Katanya, tak biasa minum selepas makan. Di dalam hati aku berkata, “Kalau tercekik macam mana ek?”. Selesai makan kami jalan-jalan di sekitar midvalley. Dari atas sampai ke bawah. Kemudian naik semula. Tanpa arah tuju. Sekitar jam 4.30 petang, “err...abang dah call. Saya balik dulu la ek. Tapi sebelum tu, nak pergi satu tempat ni...”. Aku seperti biasa, follow saja. Donut? Yup, dia nak beli donut. Katanya, “kalau datang midvalley mesti singgah sini beli donut”. Ada la dalam 6 - 7 ketul donut yang dibelinya. Selesai membeli donut, aku hantar dia sampai kat jambatan nak ke KTM tu saja. Kemudian aku masuk semula midvalley. Jalan seorang diri. Nak pergi mana? Pergi ke dua tempat yang biasa aku kunjungi setiap kali aku datang midvalley. (Ikuti kisah di kedua-dua tempat tersebut di akhir cerita ni). Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Aku segera menuju ke surau. Selesai solat, aku balik. Semasa menunggu tren untuk pulang, sekali lagi aku bertembung dengan tiga orang budak tadi. Tetapi aku hanya nampak seorang sahaja. Sedang menunggu di garisan kuning memerhatikan tren. “tren tak sampai lagi? Dah lama adik tunggu? Dua orang lagi mana?” tanyaku. Tanpa menjawab soalan aku sepenuhnya, dia memuncungkan mulutnya ke arah tangga yang menghubungkan midvalley dan stesen KTM. Dengan langkah longlai sambil menjinjing beg plastik aku menuju ke tempat yang budak tadi maksudkan. “Oo..kat sini rupanya” kata hatiku sebaik melihat dua orang budak sedang duduk di anak tangga (bawah sekali) sedang membelek-belek telefon bimbit sambil tersenyum dan ketawa. “Mission accomplished la tu” getus hatiku sambil tersengih. “Dapat rakam semua?” tanyaku sebaik sahaja duduk di sebelah dua orang budak ni. Soalanku dijawab dengan sebuah senyuman yang panjang sampai ke telinga. Setelah lebih kurang lima minit aku menonton sama video hasil ‘cetak rompak’ melalui telefon bimbit dua orang budak ni, aku bangun sambil menyalakan sepuntung rokok dan berjalan menghampiri budak yang masih setia mengusha line. “tak join kawan kamu?”. Dia hanya menggeleng dan masih setia memerhatikan tren yang entah bila nak sampai. Aku pun menoleh ke arah yang bertentangan dengan budak tu. “esh, manisnya”. Awek kat sebelah aku ni manis la plak. Dia pun sama macam budak ni, khusyuk menanti ketibaan tren. Sambil tu tangannya menggenggam erat telefon bimbit. Sekejap sekejap balas sms, sekejap sekejap dapat call. “erk!!” aku terus berpaling. Dia perasan aku sedang tenung dia. Fuh, lama betul menunggu tren ni. Entah bila la nak sampai. Dengan malasnya aku menoleh ke atas, ke arah satu objek kaler biru. Dan membaca tulisan-tulisan berbentuk digital berwarna oren atau kuning. Entah la. Dah rabun warna agaknya aku ni... Lima belas minit lagi.... Aduh, lamanya. Kemudian aku seluk poket seluar aku. Aku buka kotak berwarna merah yang bertulisan WINSTON. Dan mengeluarkan sebatang rokok, kemudian menghidupkannya. Fuhhh... Berkepul-kepul asap keluar dari mulut dan hidungku. Selesai menghisap rokok, tren pun sampai. “Pergi panggil kawan kamu tu cepat”. Awek kat sebelah aku tadi menjeling ke arah aku seolah-olah kata-kataku sebentar tadi ku tujukan kepadanya. Hairan. Tak sampai lima minit, budak tadi sudah berdiri di sisiku bersama-sama dua orang rakannya. Sebaik sahaja tren berhenti, awek tadi tu, tiga orang budak ni dan penumpang-penumpang yang sudah lama menunggu masuk ke dalam tren. Serentak dengan orang yang hendak keluar. “Relax dulu, bagi orang keluar dulu” kata hatiku. Melihat keadaan sudah agak tenang, aku pun memboloskan diri masuk ke dalam tren yang sememangnya sudah sesak. Macam sardin! Maka berhimpit-himpit la kami di dalam tren. Di hadapan aku, seorang amoi. Membelakangi aku. Ketinggiannya sama denganku. Dia agak berisi berbanding aku. Awek tadi tu di hadapan amoi ni. Salah seorang dari tiga orang budak tadi ada di sebelah aku. Macam nak lemas je aku tengok budak ni. Kesian... Dua orang lagi aku dapati dia berada berhampiran dengan pintu. Di belakangku. Kedudukannya dapat aku kesan melalui suaranya. Mereka rancak berbual-bual di sepanjang perjalanan. Tret! Tret! Tret! Telefon bimbitku berbunyi. Sayup-sayup kedengaran dek kerana bunyinya terhalang oleh kesesakan orang ramai. Dengan susah payah aku cuba mendapatkan telefon bimbitku. “Sikit lagi....” Alamak! Tangan aku tersangkut. Amoi ni rapat sangat. Aku mengeluh sebaik sahaja telefon bimbitku berhenti berbunyi. “Sorry...” aku tujukan pada amoi di hadapanku. Aku khuatir dalam usaha aku sebentar tadi mengganggu keselesaannya. Maklum la, berhimpit-himpit. (Nada dering telefon bimbit). Telefon bimbit awek tadi berbunyi. Pantas saja tangannya menari-nari pada badan telefon bimbitnya. SEND. Dari tadi hingga kini aku tak nampak lagi senyuman atau wajah ceria pada awek ni. Walaupun selepas menghantar sms sebentar tadi. Aku yakin wajahnya pasti kelihatan lebih manis seandainya sentiasa dihiasi senyuman. Senyuman itukan sedekah. Kalau masam je nanti cepat tua cik adik oi... Eh, pandai-pandai je aku. Entah-entah dia lebih tua dari aku. Abaikan. Entah berapa lama kami berhimpit-himpit akhirnya sampai juga di stesen yang dituju, Bandar Tasik Selatan. Ku sangkakan hanya aku dan tiga orang budak ni saja yang akan keluar dari perut tren yang menunggu masa saja nak ‘muntah’. Rupa-rupanya awek tu pun turut sama. Abaikan. Semasa hendak keluar dari tren, ada satu kejadian yang agak kurang enak berlaku. Dalam kesesakan orang ramai hendak keluar dan masuk tren, terdapat seorang wanita india yang sudah tua jatuh. Dia dilanggar oleh salah seorang daripada tiga orang budak yang bersama-sama aku disepanjang perjalananku pada petang ni. Sebaik sahaja pintu tren terbuka, budak tersebut terus meluru keluar tanpa melihat kiri kanan depan belakang. Akibatnya, berlaku la adegan langgar lari. Sepantas kilat budak tu berlari. “Mana dia?” tanyaku kepada dua orang budak ni sebaik sahaja melangkah keluar dari tren. “Lari! Hilang!” Aku hanya menggeleng. “Ok, abang balik dulu” aku terus berlalu pergi sambil melihat sekeliling. Ku lihat awek tadi sudah di hadapan. Pantas saja kakinya melangkah. Dengan lemah longlai aku melangkah menuju ke arah motorsikalku yang aku parkir tidak jauh dari sebuah restoran yang terletak tidak jauh dari stesen Bandar Tasik Selatan. Sambil melangkah, sebatang lagi rokok aku nyalakan. Hujan masih renyai-renyai. Melihat jam pada telefon bimbitku yang sudah menunjukkan jam 7.15 pm, aku mempercepatkan pemanduanku. Aku tak mahu sampai rumah terlalu lewat. Lagipun, Magrib-magrib macam ni tak elok berada di luar rumah. Pesan ibuku sejak aku masih kecil lagi. Sebaik saja tiba di rumah, kakakku bersama suami dan anak-anaknya sudah ada. “Dah sampai dah orang Klang ni” bisik hatiku.

Cantik ke?

Animetch. Kalau pergi midvalley, aku mesti singgah sini. Buat apa? Rembat la apa-apa anime. Tapi kali ni tak ada anime yang menarik. Aku pun memang tak plan nak rembat anime. Anime yang kat rumah tu pun entah bila aku berkesempatan nak tengok. Asyik sibuk dengan kerja je. So juz usha-usha je. Tapi tak mo balik tangan kosong. Jadi aku capai la something yang menarik dan sesuai untuk telefon bimbitku.

Rajin ke?

Selain Animetech, ni la tempat kedua yang mesti aku singgah, Jigsaw Puzzle World. Firstly ingat nak rembat yang crystal. Tapi bentuk diamond tak ada. Agak kecewa la. Tapi tetap tak mo balik tangan kosong. Maka aku capai sesuatu. Puzzle Dragon Ball Z. Gambar Son Go Han. Balik je rumah, malam tu gak aku buat. Setelah bertungkus lumus selama 2 jam (tepat!), puzzle ni siap.

2 comments:

mamat said...

kot ye dh jenjalan tu, post la skali gambar-gambar barang yang ko usha tu

Propana said...

sabo la cik abg. niat mmg nak letak. tp nak transfer dr hp ke pc yg prob ckit. cz menatang kecil kaler hijau(ade biru2 ckit) yg mcm pendrive tu ntah mana g ntah.