15 oktober 08. 2pm.
Entah kenapa sebaik saja abis kelas ICT untuk Year 4 dan Year 3 kat SK Cyberjaya, tekak aku rasa kering sesangat. Mungkin kerana cuaca tengahari tu panas sangat.
Dari Makmal Komputer aku berjalan menuju ke motorsikal aku yang aku parkir bersebelahan dengan kantin sekolah. Sedang berjalan, aku terserempak dengan si kembar dan sasha (student Year 2). Mereka sedang berjalan sambil berbual-bual. Seperti biasa, si kembar, Anis dan Arina yang pemalu pasti menjeling atau tersenyum bila melihat aku. Melihat aku yang semakin hampir, si kembar mula berselindung di sisi Sasha. Sasha hanya tersenyum. Kemudian kami jalan sama-sama. Apabila sudah hampir dengankantin, aku direct terus pergi kat Pak Badar (motorsikalku), si kembar dan Sasha meneruskan perjalanan menuju ke pintu pagar sekolah. Kami berpisah di situ.
Sebaik saja aku mengejutkan Pak Badar yang sudah 2 atau 3 jam tertidur, aku terus blah dari kawasan kantin sekolah. Sewaktu menuruni bukit (tak curam sangat) yang berdekatan dengan tempat aku memarkir Pak Badar dan menghubungkan satu simpang untuk menuju ke pintu pagar sekolah, sekali lagi aku bertembung dengan si kembar dan Sasha. Mereka sedang bersedia untuk berlumba lari. 1...2...3...Mula! Mereka mula memecut. Dan aku pun bergerak seiringan dengan mereka. Siapa yang menang? Aku la. Haha. Aku tak lari. Pak Badar 'dukung' aku. So aku lagi laju dari mereka.
Melihat telatah mereka sedikit sebanyak menghiburkan hatiku. Yela, kerja je sepanjang masa. Tambah pula dengan masalah-masalah yang entah bila nak settle. Lepas satu, satu yang tiba. Bukan saja masalah aku. Orang lain buat masalah then tak settle-settle, at last terkena kat aku. Tu yang selalu mengganggu fikiran aku. Nak ditinggalkan saja, tak sampai hati. Rasa macam pentingkan diri. Tapi bila tak ditinggalkan, merana diri. So pandai-pandai sendiri la mengurus diri. Esh, mengarut dah ni.
Senyuman dan kenakalan si kembar dan juga murid-murid yang lain kadang kala menghiburkan dan juga membangkitkan semangat. Tu yang menyebabkan aku tak jemu-jemu mengusik. Habis saja mengajar, ada masa terluang, siap la dorg. Hehe. Dan dalam ramai-ramai, si kembar la yang selalu menjadi mangsa. Terutama Arina. Aku pun tak tau kenapa aku lebih suka mengusik Arina berbanding Anis. Atau murid-murid yang lain. Mungkin kerana mereka pasangan kembar? Atau mungkin kerana Arina tu kakak dan Anis tu adik? Atau mungkin kerana Arina lebih garang berbanding Anis? Atau mungkin kerana Sasha yang selalu membantu aku mengusik si kembar? Entah la. Tak kisah la atas alasan apa. Yang penting, aku suka usik Arina. Dan Arina pula tak suka bila kena usik wahaha.
Esh, dah jauh menyimpang. Kembali ke pangkal jalan. Apa jadi dengan perlumbaan tadi? Anis atau Arina atau Sasha yang menang. Tak sure la No.1 Arina atau Anis. Coz mereka kan kembar. Wajah mereka sukar nak cam dengan sekali imbas. So antara Anis atau Arina yang sampai dulu aku tak dapat kenal pasti kerana mereka sama laju. Dan Sasha tertinggal jauh di belakang. Sampai je mereka bertiga di pintu pagar sekolah, ayah si kembar dah sampai. Tinggal la Sasha keseorangan menunggu gilirannya untuk dijemput. Oleh ayahnya. Aku? Terbenti jap kat depan pintu pagar. Why? Ada sorang murid Year 4 lalu kat depan Pak Badar menuju ke sebuah van. Mila. Murid 4J (4 Jupiter). Dia ni agak pelik. Kat kelas dia memang pelik. Kerana dia selalu buat benda pelik-pelik. Tindak tanduk dia pun pelik. At last aku pun pelik (mula mengarut). Dia ni cerdik. Tapi kureng nak dengar kata. Suka buat ikut suka ati dia. Kadang tu sengaja je dia buat lain daripada apa yang aku suruh. Kalau aku suruh guna saiz tulisan besar, dia pakai yang kecil. Pakai kaler hijau, dia pakai kaler pink. Suruh buat gitu, dia buat gini. Tapi kadang kala dia jadi murid yang taat pula. Siap kempen kat member dia yang sorang lagi. Entah la labu.... Belasah jela. Asalkan kau bahagia. Satu lagi yang pelik dengan si Mila ni ialah renungan dia. Sampai sekarang aku tak paham. Tiap kali dia renung, menimbulkan tanda tanya je.
Dah, tinggalkan cerita tentang Mila. Sekarang aku meneruskan perjalanan. Aku tengok kiri. Aku tengok kanan. Aku tengok kiri semula. Terpandang la brader kat sebuah motorsikal ni. Dia bawa payung besar. Kaler biru. Ada peti kat tepi motorsikal dia. Kaler biru gak. Ramai murid-murid yang kerumun motorsikal dia. Ternyata brader tu lagi femes banding aku. I dono why, tangan aku bagai hilang kawalan, membawa Pak Badar sama-sama menghampiri brader tu. Semakin hampir aku dengan brader tu ati aku jadi makin tak tenang. Tekak aku jadi tambah-tambah kering. "Kalu dapat vanilla coke or eskrem sekarang ni mesti best" bisik ati aku. Sekarang aku dah kat depan brader tu. Lalu aku berkata, "bang, yang dalam cawan merah ni satu berapa?". Dengan selambernyer brader tu jawab, "seringgit". "Bagi satu" pantas je mulut aku berkata. Tak sampai 5 minit, brader tu hulur cawan merah yang aku tunjuk tadi. Kat dalam cawan tu ada something yang sejuk! Then dengan lahapnya aku makan ESKREM. Eemm... Seedaaap! Akibat terlalu sedap, aku rembat satu lagi eskrem. Yang besar ckit.
Tengah asyik aku makan eskrem sambil tangan menekan-nekan keypad enset (antar SMS), Amirah dan Sofia lalu kat depan aku. "Antar msg kat makwe ke cikgu..." tersengih je dorang berdua. Cet, budak-budak ni.... Aku antar msg kat Boss aku yang kat Puchong tu. Dah Boss aku yang antar msg dulu. Tak kan tak balas. Lagi pun ktorang diskus pasal kerja. Amirah dan Sofia ni ok je kat kelas. Walaupun mereka kureng cerdik (macam aku) berbanding rakan yang lain tapi mereka rajin bertanya dan rajin buat kerja (tak macam aku huhu). InsyaAllah berkat usaha mereka, aku yakin mereka boleh berjaya punya. Plus kalau mereka menten sikap rajin mereka tu. No hal la!
Ha, eskrem pun dah abis. Aku pun balik. Bukan balik rumah. Tapi pergi Puchong. Kerja! Yang lain punya.
Tamat
No comments:
Post a Comment