Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku.. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baik ku ketika aku hidup atau selepas mati.. Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang.. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri.. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka.. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya..
*Imam Shafie

Saturday, November 20, 2010

Gigi Dua

Alhamdulilah, setelah sekian lama menyepi, ada juga kesempatan di waktu ini untuk kembali, walau untuk seketika cuma.

Kali ni aku ingin berkongsi cerita tentang 'kawan' baru ku. Bermula 1 November 2010.

Pada mulanya, aku hanya mengenalinya dengan mendengar cerita tentang dirinya dari seorang rakan niaga, Amir. Di mana Amir bekerja@berniaga di warong (milik keluarganya) berdekatan dengan tempat aku bekerja.

"Putih...Comel...Tapi dia ni kuat makan!", ni la antara komen yang Amir berikan di satu pertemuan aku dengan Amir dan aku bertanyakan tentang 'kawan' yang aku maksudkan.

"Kalau kau berkenan, pagi esok aku bawa ke kedai kau. Kau tengok sendiri.", perundingan Amir dan aku di satu malam, sewaktu aku makan malam di warong milik Amir sebaik saja aku balik dari tempat kerja.

Keesokan harinya, seperti yang dijanjikan...
"Macam mana?"
"Ok...", sambil tersenyum, aku usha baek punya kat 'kawan' ni. Haha... Memang putih dan comel. Tapi tentang kuat makan tu belom try n error lagi. Tak ajak makan lagi....
Betol ke putih?

Betol ke comel?

Ha...tengok sendiri la ye....

Sekarang dah lebih dua minggu 'kawan' ni bersama aku. Aku siap sediakan 'rumah' untuk dia. Aku upah Amir buatkan. Malas dan tak ada masa aku nak buat. Bagi design kat Amir, beres! Setakat ni dah tiga kali pindah tempat. Dua kali kat dalam kedai (tempat aku kerja) dan sekarang di rumah aku. Berpindahnya dia sebanyak dua kali setelah mendapat komen dari beberapa orang pelanggan yang datang ke kedai. Dan kali ketiga, ke rumah aku adalah kerana aku merasakan lebih mudah. Yela, bagun je pagi-pagi dah boleh tengok dia. Pastu kalau aku cuti, bosan-bosan, tak ada la terpisah....

Hm, memang kuat makan! Tapi tak apa la... Seronok gak tengok dia makan. "Cute je tengok dia makan", komen dari rakan-rakan sekerja. Masa dia ni masih lagi kat kedai. Memang kalau bosan masa buat kerja, bukan aku je, rakan-rakan yang lain pun suka tengok dan main-main dengan dia ni.

Kerana kuat makan, aku ada projek baek punya untuk 'kawan' ni...
Projek apa?
Tengok la sendiri...

Ni baru permulaan.
InsyaAllah akan dimajukan lagi di masa akan datang. Dalam proses.
Bendape tu?
Sayur kangkong...

Oye, ada rakan yang mengingatkan, "..kau punya ni sepasang, jantan-betina,kan? Hati-hati. Kejap je bolah jadi lebih dari dua nanti..."