“Eh, Shiera! Kau nak pergi mana?”tanya Sabrina hairan.
“Kan masih awal lagi ni. Baru pukul 6 pagi,” tambah Sabrina sambil melihat jam yang tergantung di dinding biliknya. Matanya yang masih mengantuk itu digosok-gosok dengan tangan. Malam tadi dia tidur lewat. Banyak kerja yang perlu diselesaikan.
Shiera terus berlalu pergi tanpa menghiraukan pertanyaan rakannya sebentar tadi. Sabrina hanya melihat Shiera berlalu pergi tanpa berbuat apa-apa.
Sudah seminggu Shiera berkelakuan aneh. Semenjak peristiwa di restoran tempoh hari, Shiera sering termenung. Sepatah ditanya, sepatah juga dijawab. Kadang kala tidak berjawab. “Aku mesti buat sesuatu” Sabrina memasang niat di dalam hati. Dia masih ingat lagi, Shiera secara tiba-tiba sahaja mengajaknya pulang tanpa menjamah makanan yang baru sahaja dihidangkan semasa di restoran tempoh hari. Apakah ini ada kaitannya dengan perempuan dan lelaki tempoh hari?
Vroom! Vroom! Vroom!
Bunyi motorsikal milik Shiera mematikan lamunannya. “Huh, dah pergi dah dia...” keluh Sabrina.
Vroom! Vroom! Vroom!
Tidak sampai lima minit, kedengaran bunyi sebuah motorsikal memasuki halaman rumahnya. Sabrina tersenyum tiba-tiba. Dia seolah-olah tahu milik siapakah motorsikal itu.
Dum!
Kedengaran bunyi pintu utama dibuka dan ditutup dengan kuat.
Tap! Tap! Tap!
Bunyi tapak kaki seseorang. Bunyi itu makin lama makin kuat dan semakin menghampiri bilik Sabrina.
Dum!
Tiba-tiba pintu bilik Sabrina dibuka dengan kuat.
“Kau buat apa dengan motor aku ha?!” tanya satu suara.
Melihatkan Sabrina tidak menjawab, diulangi lagi pertanyaan itu, “Kau buat apa dengan motor aku ha?!”
Sabrina yang sedang duduk di atas katil miliknya sambil memeluk bantal menjawab dengan lembut, “Bawa bertenang, Shiera.”
Kemudian perlahan-lahan Sabrina bangun dn menghampiri rakannya.
Setelah berada dekat dengan rakannya, dia memegang lembut bahu rakannya sambil berkata, “Aku terpaksa, Shiera. Aku tak ada cara lain lagi...”
Diusap-usap lembut bahu sambil matanya merenung wajah rakannya, cuba menenangkan rakannya.
“Sudah seminggu kau macam ni. Sepatah aku tanya, sepatah kau jawab. Kau lebih banyak berdiam diri dari berkata-kata,” luah Sabrina dengan lembut.
Perlahan-lahan Sabrina memimpin rakannya duduk di sofa yang terletak tidak jauh dari pintu biliknya. Shiera hanya menurut tanpa membantah.
“Kau seperti menjauhkan diri dari aku,” Sabrina bersuara sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung di sofa. Mata Shiera ditenung sambil jari-jemarinya mengurut-urut lembut jari-jemari rakannya.
“Pasal kejadian di restoran tempoh hari, aku minta maaf. Aku tak sengaja. Aku tak tahu,” luah Sabrina lembut.
“Perempuan yang kita lihat di restoran tempoh hari tu mak aku. Mak kandung aku...” Shiera yang sejak dari tadi membisu tiba-tiba bersuara.
Sabrina terkejut. “Mak?” Timbul pertanyaan itu di kepalanya. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang baru dia dengar sebentar tadi.
“Habis tu makcik Sofea tu siapa?” akhirnya soalan itu yang terkeluar dari mulutnya. Ternyata Sabrina benar-benar keliru.
“Adik ayah aku,” jawab Shiera ringkas.
“Adik bongsu,” sambungnya lagi.
Walaupun Sabrina dan Shiera sudah berkawan sejak berusia lima tahun namun tidak banyak yang Sabrina tahu mengenai keluarga Shiera. Shiera, Pakcik Saleh dan Makcik Sofea memang perahsia orangnya. Apa yang Sabrina tahu Pakcik Saleh mempunyai adik beradik yang ramai. Pakcik Saleh adalah anak ketiga daripada tiga belas adik beradik. Jawapan Shiera sebentar tadi benar-benar di luar dugaan Sabrina. Dia sama sekali tidak menyangka bahawa Makcik Sofea bukan ibu kandung Shiera.
“Oo..Makcik Sofea dan Pakcik Saleh tu adik beradik rupanya. Tapi mereka nampak sepadan. Maksud aku, sebagai suami isteri,” ujar Sabrina sambil tersenyum.
“Hish...ada-ada jela kau ni Ina...”
“Erm, kau marah aku lagi ke, Ina?”
“Maksud kau?”
“Yela, selama ni aku merahsiakan semua ni dari pengetahuan kau.”
Sabrina tersenyum dan memeluk bahu rakannya sambil berkata dengan lembut, “Aku tak berhak untuk memaksa kau ceritakan semua tu kat aku.”
Lega rasanya bila semua masalah dapat diselesaikan. Lega rasanya bila ada yang sudi mendengar dan berkongsi masalah. Lega rasanya bila ada tempat mengadu. Tanpa sedar, Shiera memeluk rakannya. Sabrina membalas pelukan rakannya sambil mengusap-usap belakang rakannya. Sebagai rakan, Shiera amat memerlukannya di saat ini.
Setelah melihat rakannya sudah benar-benar tenang dan emosinya sudah terkawal, Sabrina berkata, “Lain kali jangan buat macam ni lagi tau. Kalau ada apa-apa masalah jangan pendam seorang diri”. Shiera sekadar menganggukkan kepala sambil mengesat air jernih yang mula mengalir di pipinya.
“Apa yang berlaku di antara ayah dan mak kau? Mereka sudah bercerai ke?”. Soal Sabrina tiba-tiba.
Shiera tidak terus menjawab. Pelukan rakannya dileraikannya perlahan-lahan lalu bersandar pada sofa. Shiera mengeluh.
Melihatkan perubahan pada rakannya, Sabrina rasa bersalah. “Aduh, tak patut aku tanyakan soalan macam tu sekarang ni...” keluh Sabrina di dalam hati.
“Tak apalah. Kau tak perlu jawab sekarang. Mungkin lain kali.”
“Er...boleh aku tau siapa nama mak kau?” soal Sabrina seletah lama mereka berdiam diri. Melayan perasaan masing-masing.
Shiera tidak segera menjawab
“Aduh, banyak tanya pula aku ni,” keluh Sabrina dalam hati.
“Nurul Farhana. Nurul Farhana bte Ahmad.” jawab Shiera.
“Hm, sedap gak nama tu.” puji Sabrina.
“Aku nak tanya satu lagi soalan boleh?” teragak-agak Sabrina bertanya. Bimbang menyinggung perasaan rakannya lagi.
Shiera sekadar menganggukkan kepala tanda setuju.
“Lelaki yang bersama-sama mak kau tempoh hari tu teman lelaki atau suami baru mak kau ke?” teka Sabrina. Soalan Sabrina ini sebenarnya ada kaitannya dengan soalannya yang tidak berjawab tadi. Ternyata sabrina tetap tidak berputus asa.
Shiera tidak segera menjawab. Sebaliknya dia berpaling dan merenung tepat ke mata rakannya. Sabrina mula berasa cuak. “Alamak, mengamuk lagi ke dia ni...” getus hati Sabrina.
“Abang aku!”
Terkejut Sabrina mendengar jawab rakannya. Pertama dia terkejut kerana disangkannya Shiera akan marah atau mengamuk. Tetapi sangkaannya meleset sama sekali. Kedua dia terkejut dengan jawapan Shiera. Ya! Jawapan Shiera itu memang satu kejutan yang amat sangat bagi Sabrina. Jantungnya bagaikan terhenti mendengarkan jawapan itu.
“Hello! Ina! Are you ok?”. Teriak Shiera sambil melambai-lambaikan tangannya dihadapan muka rakannya.
“Er..er...aku ok je...”
“Are you sure? Macam tak ok je...” hairan Shiera melihat rakannya. Dilihatnya wajah Sabrina kelihatan pucat.
“...aku tak pernah tau pun kau ada abang selama ni...” ujar Sabrina perlahan.
“Dia rapat dengan mak aku. Ke mana saja mak aku pergi dia mesti ikut. Aku pula sebaliknya. Aku lebih rapat dengan ayah aku.” terang Shiera.
“Siapa nama abang kau? Berapa beza umur korang berdua? Dia belajar lagi atau dah kerja?” soal Sabrina bertubi-tubi.
“Dia tua empat tahun. Dialah satu-satunya abang aku. Kami dua beradik sahaja.” sengaja Shiera tidak menjawab soalan Sabrina yang pertama dan yang terakhir.
“Kau tak beritahu lagi nama abang kau...”
“Hari ni kita pergi kerja sama-sama ye?” Shiera mengubah topik perbualan. Sekaligus mengelak dari menjawab soalan rakannya.
“Alamak! Dah lewat ni... Kau la ni. Layan aku berbual. Pulak tu lain kali kalau nak merajuk ke apa ke, tunggu la waktu cuti. Tak pun hujung minggu ke. Tengok sekarang. Tak pasal-pasal aku dah lewat...” bebel Sabrina. Sekaligus dia terlupa soalannya yang tidak berjawab.
“Eh, lupa pulak.” Sabrina seolah-olah teringat sesuatu.
“Alamak, dia perasan ke?” kata Shiera dalam hati. Risau.
“Tadi kau kata nak pergi dengan aku kan? Motor kau ok ke?”
“Ok la sangat... Tayar motor aku tu apa cerita.... Buat-buat tak tau pulak....” jawab Shiera sambil bercekak pinggang. Dalam masa yang sama, di dalam hati Shiera terlonjak-lonjak riang kerana Sabrina benar-benar sudah lupa akan soalannya yang tidak berjawab tadi. Yes!
“Erm...kenapa dengan tayar motor kau?” Sabrina benar-benar tak faham akan maksud rakannya.
“Bukan kau ke yang pancitkan tayar motor aku? Kononnya tak bagi aku keluar lagi...”
“Oh ye...aku terlupa pulak” Sabrina malu sendiri.
“Nanti balik kerja aku teman kau ganti tayar motorsikal kau tu”. ujar Sabrina sebelum beredar.
No comments:
Post a Comment