Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku.. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baik ku ketika aku hidup atau selepas mati.. Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang.. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri.. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka.. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya..
*Imam Shafie

Wednesday, January 9, 2008

# 1 - Bas

"Ayah... Jom kita pergi jalan-jalan. Shiera bosan la duduk kat rumah je..." Shiera berlari-lari anak ke arahku. Tubuh munggil Nurul Hanan Insyirah kupeluk erat. " Shiera nak pergi mana?" soalku lembut. "Duduk kat rumah kan bagus. Kemas-kemas rumah ke cuci pinggan mangkuk ke lipat-lipat kain ke... Ha... kerja yang cikgu bagi sudah siap?" tambahku lagi. Macam khutbah jumaat pula. "Ala... ayah ni..." Shiera mula merajuk. "Shiera nak ajak ayah pergi beli beg sekolah untuk Shiera. Beg yang lama tu dah tak boleh pakai lagi. Koyak besarrrr......." bulat mata anak kecil ni semasa menerangkan tentang begnya yang sudah rosak. "Em!!! Nakal!! Lain kali jaga elok-elok. Jangan sampai terkoyak besarrrr lagi." pipinya ku cubit-cubit. Geram! "Jom. Siap-siap". Terlompat-lompat anak kecil itu keriangan.

Beberapa minit kemudian...

Shiera: Ayah... kita nak pergi mana ni?

Saleh: Nak pergi beli beg baru untuk Shiera la... Ha... Shiera pakai topi keledar ni elok-elok. Pastu duduk kat belakang diam-diam. Jangan gerak-gerak tau. Kalau takut, peluk ayah kuat-kuat. Ha... Baca Bismillah. Baca doa naik kenderaan. Ayah dah ajar, kan? Mari kita baca sama-sama.

Terkumat-kamit mulut Shiera membaca doa.

Shiera dan Saleh: Amin...

Saleh: Ok. Siap sedia. Dah nak jalan ni. Pegang ayah kuat-kuat. Kalau takut, peluk ayah kuat-kuat.

Shiera: Ok boss!!!

Saleh menunggang motorsikal Yamaha 125 ZR berwarna merah kehitaman miliknya dengan penuh hati-hati. Shiera yang membonceng di belakang memeluk erat ayahnya sambil matanya melilau ntah ke mana.

Shiera: (wow... banyaknya kenderaan...) Ayah... Kereta kat sebelah ni lawa la. Nanti ayah beli la satu ye.

Saleh: Ok. Tapi naik motorsikal ni best tau. Ha... biar ayah tunjukkan. Shiera peluk ayah kuat-kuat tau. Kalau takut pejam mata.

Sebaik sahaja Shiera memeluk ayahnya, Saleh terus memecut laju. Berpuluh-puluh kenderaan berjaya dipintas dalam beberapa minit sahaja. Lagak Saleh umpama pelumba profesional yang sedang berlumba di litar. Sungguhpun motor ditunggang dengan laju, namun Saleh tetap berhati-hati. Tangan dan kakinya sentiasa bersedia pada pedal brek. Dia sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Kemahiran Saleh menunggang motorsikal tidak dapat disangkal lagi. Dia sangat suka pada kelajuan. Pengalaman selama hampir 20 tahun sudah cukup untuk memahirkan dirinya.

Saleh mula memperlahankan motorsikalnya. Lampu isyarat di hadapan sudah menunjukkan warna kuning. Sebagai tanda bersedia untuk berhenti. Saleh berhenti betul-betul di atas garisan putih.

Saleh menoleh ke arah Shiera.
Saleh: Ha... Macam mana? Best?

Shiera: Perh... Best sangat. Lajuuuu.... Macam nak terbang je. Tapi bahaya bawa laju-laju ni kan ayah?

Saleh: A'a. Nanti kalau Shiera bawa motor ke kereta ke apa-apa la kan...jangan bawa laju-laju tau. Tadi ayah sengaja bawa laju-laju. Bagi Shiera rasa macam nak terbang. Hehe... Erm..pasni ayah dah tak bawa laju-laju lagi. Bawa laju-laju ni tak nikmat sebenarnya....

Shiera: Kenapa pula?

Saleh: Tak boleh cuci mata.

Saleh tersenyum. Shiera pula terpinga-pinga. Dia tidak faham maksud kata-kata ayahnya. Belum pun sempat dia bertanya, lampu isyarat sudah pun menunjukkan warna hijau. Saleh dan Shiera meneruskan perjalanan. Kali ini, motorsikal ditunggang dengan perlahan sesuai dengan had laju yang telah ditetapkan.

Selang beberapa minit, tiba-tiba Saleh menghimpit ke kiri dan kemudian berhenti di bahu jalan. Shiera yang duduk di belakang terpinga-pinga dengan tindakan ayahnya itu. Rosak ke motorsikal ni? Macam-macam persoalan bermain di minda anak kecil ini.

Shiera: Ayah...kenapa tiba-tiba berhenti?

Saleh: Shiera, cuba tengok kat depan tu.

Shiera: Wah, cendol!! Best! Patut la ayah berhenti.... Cepat la ayah...

Belum sempat Saleh menanggalkan topi keledar di kepala Shiera, anak kecil itu terus bergegas ke gerai yang dimaksudkan. "Tidak sabar sungguh...." detik hati kecil Saleh. Lucu dia melihat keletah anak kecil itu.

Shiera: Assalamualaikum pakcik. Bagi cendol 2 ye. Minum. Tak nak bungkus.

Pakcik: Wa'alaikumsalam. Cendol 2, minum? Ok.

Saleh: Wah... wah... belum apa-apa dia dah order dulu. Lepas minum nanti siapa bayar?

Shiera: Ayah la... Siapa lagi...

Saleh: Tau pun. Tapi tadi tak tunggu ayah pun ye...

Shiera: Sorry... Exicted sangat. Hehe...

Saleh: Ha... nampak cendol, semua dia lupa. Dengan ayah sekali dia lupa...

Pakcik: Cendol 2 siap. Ala... budak tu melawak saja. Erm...adik kecil ni siapa nama?

Shiera: Terima kasih pakcik. Nama saya Nurul Hanan Insyirah. Panggil Shiera saja. Ni ayah saya, Saleh. Panggil Sally saja hehe...

Saleh: Amboi...suka suka dia je tukar nama orang ye... Em!!! Nakal!!

Merah pipi Shiera. Kena cubit. Nampak sebaris gigi pakcik jual cendol itu. Lucu dia melihat telatah dua beranak ini.

Saleh: Dia ni memang nakal. Suka usik orang. Pakcik ni siapa nama? Dah lama niaga sini? Maaf la. Saya dah lama tak lalu sini.

Pakcik: Nama saya Sulaiman. Panggil Leman sudah. Dekat 6 bulan juga la. Erm... minum-minum la ye. Saya minta diri dulu. Ada kerja lagi tu.

Saleh: Tak apa. Sila...

Pak Leman terus beredar meneruskan kerjanya. Saleh dan Shiera sama-sama tekun menikmati cendol di hadapan mereka. Tanpa menghiraukan Orang ramai di sekeliling mereka. Tiba-tiba Saleh bersuara sambil menghulurkan tisu kepada Shiera. Comot mulut anak kecil itu.

Saleh: Tadi Shiera ada perasan tak lukisan kat badan sebuah bas. Masa kita berhenti kat lampu isyarat tadi. Bas tu betul-betul kat sebelah kita. Ayah tengok lama Shiera tenung bas tu...

Shiera: Bas tu cantik la ayah... Ada lukisan seorang kanak-kanak lelaki lebih kurang sebaya dengan Shiera naik basikal roda 2. Dia sedang tersenyum. Sebelah tangannya digenggam dan dijulang ke atas. Ala...macam kita buat bila kita laungkan "Malaysia Boleh". Macam tu la.

Saleh: Em!! Pandai pun anak ayah ni... Lagi apa yang Shiera nampak?

Shiera: Tak jauh dari mata budak lelaki tu ada tulisan. Seolah-olah budak lelaki tu tengok tulisan tu la...

Saleh: Dia tulis apa?

Shiera: "See more, Do more, Learn more". Banyaknyer "more"... Apa maknanya tu ayah?

Saleh: Ntah la. Ayah pun tak tau. Hehe...

Shiera: Ayah ni... Suka main-main...

Saleh: Pada pandangan ayah, maksud ayat tu ialah lagi banyak kita nampak, lagi banyak kita buat. Bila lagi banyak kita buat, lagi banyak la yang kita belajar. Paham?

Shiera: Erk...berbelit-belit...

Melihat Shiera kebingungan, Saleh memimpin anak kecil itu berdiri dekat dengan Pak Leman yang sedang asyik menyediakan cendol untuk para pelanggan.

Saleh: Cuba Shiera tengok cara Pak Leman menyediakan cendol tu.

Pak Leman: Shiera nak tengok? Mari pakcik tunjukkan.

Khusyuk Shiera melihat Pak Leman melakukan kerja. Selang beberapa minit, Shiera tersenyum melihat semangkuk cendol telah siap tersedia. Kemudian Saleh bersuara.

Saleh: Pak Leman, boleh saya dan anak saya cuba?

Pak Leman: Boleh. Silakan.

Saleh dan Shiera bersungguh-sungguh menyediakan cendol. Berkerut-kerut dahi Shiera cuba mengingat tunjuk ajar Pak Leman sebentar tadi. Saleh tersenyum melihat anaknya itu. Sengaja dia membiarkan anaknya itu melakukannya sendiri. Dia hanya memerhati sambil terus melakukan kerjanya. Sekali sekala sahaja dia menegur anaknya.

Selang beberapa minit.

Shiera: Fuh... siap juga. Susah juga nak sediakan cendol. Nah, cuba rasa cendol yang Shiera buat.

Tersenyum Shiera sambil menghulurkan mangkuk berisi cendol kepada ayahnya.

Saleh: Hm...sedap. Nak cuba ayah punya?

Shiera: Tak nak. Ayah punya tak sedap...

Shiera menjelirkan lidahnya. Suka dia mengusik ayahnya. Cendol buatan tangan ayahnya itu habis licin dia minum.

Saleh: Aik...tak sedap pun licin?

Sekali lagi Shiera menjelirkan lidahnya. Tersenyum Saleh melihat Shiera sambil mencubit pipi tembam milik anaknya itu.

Shiera: Shiera rasa Shiera dah paham...

Saleh: Paham apa?

Shiera: Yang tadi tu... "See more, Do more, Learn more"... Macam Shiera buat cendol tadi tu la... Mula-mula Shiera tengok Pak Leman buat. Pastu Shiera pula buat. Then dah siap, Shiera tau la macam mana nak buat cendol tu. Tengok...buat...belajar... Betul tak,ayah?

Saleh: Em!! Pandainyer... Jom. Dah lama dah ni. Erm...ayah pergi bayar dulu ye. Nak ikut?

Shiera: Nak! Jom.

Semasa membuat bayaran.

Pak Leman: Eh...kenapa ni? Cendol 2 cuma RM2. Kenapa bayar lebih?

Saleh: Eh..Pak Leman ni... Mula-mula memang saya order 2 mangkuk. Pastu tadi kan saya guna mesin ni buat cendol. Pastu tambah dua mangkuk lagi. Apa pula saya bayar lebih... Ala Pak Leman ni... rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari...

Pak Leman: Yela... Terima kasih. Erm...nanti dulu. Nah, dua bungkus cendol. Buat bekal. Kalau tak nak, bagi budak kecil ni. Em!! Comel!

Shiera: huhu... sakit tau... hari ni je dah berapa kali kena cubit...

Saleh: Alala... kesiannya... Ucap terima kasih kat Pak Leman.

Shiera: Terima kasih pakcik. Shiera pergi dulu. Assalamualaikum.

Pak Leman: Sama-sama. Wa'alaikumsalam. Hati-hati jalan. Senang-senang singgah la lagi.

Saleh: InsyaAllah. Kami pergi dulu. Assalamualaikum.

Pak Leman: Wa'alaikumsalam.

Saleh memimpin tangan Shiera berjalan menuju ke arah motorsikalnya.

Setelah selesai memakaikan Shiera topi keledar, Saleh menghidupkan enjin motorsikalnya dan meneruskan perjalanan.

Belum pun jauh mereka berjalan tiba-tiba Shiera menjerit. Terkejut Saleh. Hampir sahaja dia terlanggar kereta Perodua Kancil berwarna biru di hadapannya.

Saleh: Kenapa Shiera?

Shiera: Shiera lupa sesuatu...

Saleh: Maksud Shiera?

Shiera: ....................

Hairan Saleh melihat tingkah anak kecilnya itu.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Nak tau kisah selanjutnya? tunggu episod seterusnya. tunggu....

No comments: