Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku.. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baik ku ketika aku hidup atau selepas mati.. Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang.. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri.. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka.. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya..
*Imam Shafie

Monday, May 26, 2008

Bahaya Bertindak Melulu

Pada zaman dahulu, ada sepasang suami isteri yang sentiasa hidup dalam keadaan aman damai. Mereka sangat jujur dan saling percaya mempercayai. Si suami kasihan melihat isterinya banyak membuat kerja rumah setiap hari. Jadi dia bercita-cita untuk menghadiahkan seorang pembantu untuk meringankan kerja isterinya.

Hal ini diceritakan kepada sahabatnya, seorang saudagar hamba abdi. Lalu dipilihnya seorang budak lelaki. Sebelum itu kawannya telah menasihati si suami agar berhati-hati. “Budak ini memang rajin tetapi akhlaknya kurang sebab sifatnya suka menghasut orang”. “Ah, tak apa. Asalkan isteri aku senang, cukuplah”, jawab si suami.

Si isteri sangat gembira dengan pemberian suaminya. Tambahan pula budak itu seorang yang ringan tulang. Suatu pagi, budak itu berkata kepada si isteri, “Puan, tidakkah puan tahu bahawa suami puan ingin kawin lagi?”. “Tidak!”, ujar si isteri dengan terperanjat. “Puan mahu saya ajarkan bagaimana dia akan saying puan?”, tanya budak itu lagi. “Sudah tentu”, angguk si isteri. “Haa…puan ambil pisau cukur ini, cukurlah janggutnya apabila dia tidur nanti. Suami puan tentu akan bertambah sayang kepada puan kerana selama ini puan tidak pernah berbuat begitu, bukan?” “Ya”, sahut si isteri.

Kemudian budak itu pun pergi kepada si suami, “Tuan, mahukah tuan dengar satu rahsia?”, si suami menganggukkan kepala. “Sebenarnya puan sudah lama ingin membunuh tuan. Tuan mahu saya buktikannya?”, kata budak itu. “Cubalah tuan berpura-pura tidur”. Walaupun si suami curiga dengan kata-kata budak itu tetapi dia ingin juga melihat kebenaran rahsia yang telah dikatakan. Lalu si suami pun berpura-pura tidur.

Tidak lama kemudian, si isteri masuk ke bilik. Apabila melihat suaminya tidur, dia pun mengambil pisau cukur yang tajam. Setelah hampir pisau mengenai muka suaminya, si suami lantas merebut pisau itu. Tanpa berfikir panjang, dia terus membunuh isterinya. Sangkanya tentu si isteri hendak membunuhnya. Terserlah seluruh kota tentang pembunuhan tersebut.

Kemudian datang pula keluarga perempuan untuk menuntut bela. Setelah berlaku pergaduhan, akhirnya keluarga perempuan berjaya membunuh si suami tanpa usul periksa terlebih dahulu. Esoknya pula datang beberapa orang daripada keluarga si suami. Akibatnya berlaku permusuhan yang tidak ada penghujungnya. Sementara itu, budak pembantu rumah merasa gembira melihat tuannya telah tiada lagi. Kini dia boleh hidup bebas tanpa kawalan sesiapa lagi.

Oleh itu, jangan berkawan dengan orang yang suka menghasut. Dan jangan sekali-kali bersikap sedemikian (menghasut) kerana Allah akan membalas perbuatan tersebut dengan menyeksa kita terlebih dahulu di dalam Neraka.

1 comment:

Qider said...

prop..oo..prop...prop..