Alhamdulillah dah dua bulan lebih aku bekerja di CIFA. So far aku happy dengan kerjaku sekarang walaupun terpaksa bermula dari bawah. Selain dapat belajar sesuatu yang baru, aku tidak lagi buang masa duduk di rumah saja.
Aku bersyukur kepada-Nya kerana aku lebih beruntung berbanding rakan-rakanku yang lain.
Firman Allah s.w.t: “Jika kamu bersyukur, nescaya aku akan tambah lagi (nikmat-Ku).” (Surah Ibrahim: Ayat 7).
“Nape bukan engineer?”
“Dah rezeki aku di sini (CIFA), nak wt cmne… Sume2nya Dia dah tentukan. Aku redha jela… Tapi ni xbmakna aku benti b’usaha”.
Begitulah antara perbualan di antara aku dan N, kawan sejak di matrikulasi. Berita gembira ni aku kongsi bersama N sebaik sahaja aku diterima kerja. Sejak empat tahun pengajian aku di Johor, N lah satu-satunya insan yang selalu bertukar-tukar pandangan dengan aku. Bukan sahaja mengenai pelajaran, juga tentang masa depan. Tanpa diminta, sedia membantu dalam apa jua keadaan. Di saat suka dan duka, dia selalu ada. Walaupun semasa di matrikulasi kami bukanlah rapat sangat. Cuma sekadar bermain bersama di waktu petang jika ada kelapangan dan kadang kala berbasikal bersama-sama ke kuliah. Namun kemesraan ini dapat berkekalan hingga ke hari ini. Alhamdulillah. Thanx N.
Berbalik kepada cerita tentang kerjaku sekarang….Apa itu “CIFA”? CIFA adalah singkatan kepada Cambridge ICT For All. Di CIFA kami menawarkan latihan yang bermutu tinggi dalam kursus kemahiran Teknologi Komunikasi dan Informasi. CIFA lebih mengkhusus di dalam pengajaran dan pembangunan kursus komputer kepada pelajar seawal usia empat tahun sehingga kepada pesara, suri rumah dan eksekutif korporat.
Terdapat tiga jenis kursus yang ditawarkan, iaitu:
1. Kursus komputer untuk kanak-kanak.
2. Kursus komputer untuk remaja dan dewasa.
3. Kursus komputer untuk suri rumah dan warga emas.
Sebagai permulaan, Puan Diana (bos aku) menempatkan aku di tiga buah sekolah di sekitar SRI PETALING. Dalam seminggu aku akan bergilir-gilir ke tiga buah sekolah tersebut. Macam orang bermadu tiga pula, main gilir-gilir. “Practice make Perfect”. Di ketiga-tiga sekolah ni aku ajar asas-asas penggunaan komputer. Juga perkenalkan mereka dengan beberapa perisian yang boleh melatih mereka menggunakan komputer. Sebagai contoh, terdapat perisian yang dapat melatih kecekapan dan ketangkasan menggunakan keyboard.
Sepanjang aku bekerja di CIFA, aku tidak keseorangan. Setiap hari aku ditemani Pak Badar. Pak Badar mula bersama-sama aku sepenuhnya sejak awal bulan Mei tahun lepas. Selama dua bulan tambahan tempoh pengajianku, Pak Badar telah menawarkan diri untuk bersama-sama aku sehingga ke hari ini. Sebelum ni kami hanya bersama sekali sekala saja. Lebih banyak masa dia bersama adikku. Bila perlu sahaja baru aku ‘pinjam’ Pak Badar. Atas beberapa urusan yang memerlukan Pak Badar menemaniku.
Walaupun Pak Badar telah lanjut usia dan kesihatannya selalu terjejas namun dia tetap tidak mahu mengaku kalah. Masih nak menemaniku. Kasihan juga aku melihat Pak Badar. Maklum sajalah aku orang muda. Tindakan kadang kala tidak menentu. Terlalu mengikut perasaan.
Baru-baru ni (penghujung bulan februari), Pak Badar terpaksa dikejarkan ke ‘hospital’. Sakitnya makin tenat. Risau aku melihat keadaan Pak Badar. Namun semasa Pak Badar menerima rawatan, dia sempat berpesan kepadaku bahawa dia tetap ingin menemaniku. Ke mana pun aku pergi. Thanx Pak Badar….
Selepas menerima ‘rawatan’, kini kesihatan Pak Badar sudah beransur pulih. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment