Di bahu jalan….
Setelah turun dari motorsikal dan menanggalkan topi keledar…
Saleh: Shiera ok?
Shiera: Maafkan Shiera. Shiera tak sengaja. Tadi Shiera baru teringat sesuatu. Dua hari lepas Shiera dah janji dengan Sabrina nak study sama-sama di rumah Sabrina hari ini.
Saleh: Sekarang macam mana?
Shiera: Ayah bawa telefon? Pinjam jap.
Saleh: Nah…
Shiera menghubungi Sabrina…
Shiera: Assalamualaikum. Sabrina ke tu?
Sabrina: Wa’alaikumsalam. Sabrina cakap. Siapa tu?
Shiera: Ina, ni aku la, Shiera.
Sabrina: Oo…Shiera. Wei, kau kat mana ni? Dah lama aku tunggu ni…
Shiera: Sorry la… Aku terlupa. Aku tengah jalan-jalan dengan ayah aku ni. Dalam lima belas minit lagi aku sampai kat rumah kau.
Sabrina: Ok. Aku tunggu. Assalamualaikum.
Shiera: Wa’alaikumsalam.
Setibanya di rumah Sabrina, kelihatan Sabrina sedang bermain-main dengan kucing kesayangannya, Darny. Sebaik terlihat Shiera, Sabrina terus meluru keluar untuk mendapatkan Shiera. Pintu pagar rumahnya dibuka.
Sabrina: Pakcik…Shiera…jemput la masuk.
Saleh dan Shiera: Terima kasih.
Sebaik melangkah masuk ke dalam rumah, tiba-tiba langkah Shiera terhenti. Objek berwarna hitam berdekatan dengan pintu rumah Sabrina telah menarik minat Shiera. Matanya tidak berkelip melihat objek berwarna hitam tersebut.
Ibu Sabrina: Jemput duduk. Minum-minum dulu. (sambil meletakkan minuman di atas sebuah meja di ruang tamu).
Sabrina: (sambil merapati Shiera) Amboi…khusyuk nampak! Duduk dan minum-minum la dulu…
Sabrina menarik tangan Shiera dan duduk di sofa. Mata Shiera masih tertumpu pada objek hitam itu.
Ayah Sabrina: Eh, Saleh…. Lama tak jumpa. Apa khabar?
Saleh: Alhamdulilah, sihat. Kau apa khabar, Karim?
Karim: Alhamdulilah. Jemput la duduk. Minum-minum. Lama kita tak berbual-bual.
Saleh: Terima kasih. Macam mana dengan perniagaan kau?
Karim: Alhamdulilah. Kau pula macam mana?
Saleh: Alhamdulilah. Tak la sibuk sangat. Anak-anak murid aku pun alhamdulilah, mudah di ajar. Mereka tak banyak kerenah.
Mereka pun minum sambil berbual-bual. Sementara itu, Shiera sibuk bermain-main dengan objek berwarna hitam yang telah mencuri tumpuannya sejak dari tadi lagi. “Itu teleskop namanya”, kata ibu Sabrina, Sarimah sewaktu dia sedang khusyuk membelek-belek objek tersebut.
Sarimah: Shiera berminat dengan teleskop?
Shiera: Tak juga. Cuma saya tak pernah tengok benda ni sebelum ni.
Sarimah: Shiera tau teleskop ni digunakan untuk apa?
Shiera: Untuk apa,makcik?
Sabrina: Untuk tengok kutu kat atas kepala kau! (sambil menggaru-garu kepala Shiera yang tidak gatal)
Shiera: Eh, aku tak tanya kau la…sibuk je! (sambil mencubit bahu Sabrina)
Sabrina: Aduh!! Aku gurau jela… Teleskop ni digunakan untuk melihat objek pada jarak yang jauh.
Shiera: Oo… macam tu ke… Wah, pandai juga kau ni ye, Ina.
Sabrina: Biasa la… (tersenyum bangga).
Sarimah: Fungsi teleskop sama macam mata kita. Mata kita hanya boleh melihat jika mendapat cahaya yang cukup dari objek yang kita lihat. Oleh itu, teleskop ini berfungsi sebagai alat bantu kepada mata kita untuk mengumpulkan cahaya lebih banyak, sehingga objek yang terlalu jauh pun mampu kita lihat.
Mereka berdua khusyuk mendengar penerangan daripada Sarimah. Lagak Sarimah sama seperti seorang cikgu yang memberi tunjuk ajar kepada anak murid di dalam kelas. Sarimah juga menunjukkan cara-cara menggunakan teleskop yang betul. Dilaraskan teleskop tersebut ke pelbagai sudut. Kemudian dia memberi peluang kepada Shiera dan Sabrina untuk mencuba.
Shiera: Wah, seronoknya!
Sabrina: Kalau nak lagi seronok, kita tengok bulan dan bintang malam ni., nak?
Sarimah: Betul tu. Shiera pergi la minta izin ayah Shiera dulu. Beritahu ayah Shiera nak bermalam di sini.
Shiera: Shiera boleh bermalam di sini ke makcik?
Sabrina: Habis tu kau nak bermalam kat luar ke? Tidur dengan Darny ye? Hihihi…
Sarimah: Ish, Kamu ni Sabrina…. Kalau tak menyakat Shiera tak sah.
Sebelum beredar, Shiera sempat menjelirkan lidah ke arah Sabrina. Sabrina turut membalas. Shiera berlari ke arah ayahnya yang sedang berbual-bual dengan pakcik Karim.
Perlahan-lahan Shiera duduk di atas riba ayahnya…
Shiera: Ayah, Shiera nak stay sini malam ni boleh? Shiera nak tengok bulan dan bintang guna teleskop. Sabrina kata kalau nak tengok bulan dan bintang kena tunggu malam.
Belum sempat Saleh bersuara, Karim terlebih dahulu bersuara.
Karim: Biar jela budak tu tinggal sini malam ni. Esok pun bukannya sekolah. Lagipun kalau dia ada kat sini, ada juga teman si Sabrina tu.
Shiera terus memujuk ayahnya.
Shiera: Boleh la ayah…
Saleh: Siapa nak tidur dengan ayah malam ni...?
Saleh buat-buat merajuk.
Shiera: Ayah tidur la dengan Danny.
Saleh: Danny tu anak patung….teddy bear…
Rajuk Saleh makin menjadi-jadi. Sengaja dia menduga Shiera.
Shiera: Yela…yela… Shiera teman ayah. Shiera tak jadi stay sini….
Giliran Shiera pula merajuk.
Saleh: Alalala….Ayah gurau jela…(sambil mengusap-usap rambut Shiera). Shiera jangan nakal-nakal tau. Duduk rumah orang jaga perangai. Dengar cakap pakcik dan makcik.
Karim: Ala, budak-budak… Kalau tak nakal, bukan budak-budak la namanya (sambil mengusap-usap kepala Shiera).
Saleh: A’a. Macam kau masa kecil-kecil dulu.
Karim: Kau pun apa kurangnya.
Mereka ketawa terbahak-bahak.
Saleh: Ok la Karim, dah lewat ni. Aku minta diri dulu ye. Ada kerja sikit la kat rumah tu.
Karim: Lor..awalnya dah nak balik. Hm, yela. Hati-hati. Jangan bawa motor laju-laju. Kau tu dah tua. Masa muda-muda dulu boleh la.
Saleh: Yela… Tolong tengok-tengokkan anak aku ni ye. Kalau nakal, kau cubit je.
Shiera: Ish, ayah ni. Shiera baik la. Mana ada nakal-nakal. Betul tak pakcik?
Saleh: Yela…anak ayah ni baik… Jaga diri. Malam ni tengokkan bulan untuk ayah ye.
Shiera: Ayah pun jaga diri. (sambil salam dan cium tangan ayahnya).
Saleh: Pergi dulu, assalamualaikum.
Karim dan Shiera: Wa’alaikumsalam.
No comments:
Post a Comment