Cuti raya cina kali ni aku sambut di Parit Paja, Taman Manis. Umah ibu bapaku. Memang seronok. Dah agak lama tak jumpa mak, abah dan adik beradikku yang lain. Terutama Saiful dan Syafie. Cuti kali ni aku ajak mereka berdua main di bola sepak di padang bola bersebelahan dengan rumah. Mereka tak pernah main di padang selama mereka duduk di situ. Memang seronok + penat. Sampaikan Syafie 'ketagih'. Selain ajak mereka main di padang, aku ade gak belikan mereka berdua jaring dan bola keranjang. Ala, yang untuk budak-budak kecik punya je. Sesuai la dengan usia mereka. Nanti dorang dah beso ckit baru la belikan yang real punya.
Cuti kali ni gak la first time aku yang uruskan dari awal sehingga akhir (masak je tak) perihal siput sedot. Aku jarang makan siput sedot. Kebiasaannya aku akan cuba sedaya upaya mengelak dari makan siput sedot ni. Tapi kali ni, dek kerana kat umah masa tu baaanyak sangat stok siput sedot, maka aku pun makan la siput sedot ni. Agak geli gak la masa uruskan siput sedot ni. Agak kelakar gak la masa proses nak basuh atau bersihkan siput sedot ni. Nasib baik ade abang Zam (abang ipar aku). "Ramas aje guna tangan... Ha, cam gini... Tak yah ngada-ngada nak guna berus bagai" kata abang Zam. Geli punya pasal, aku guna berus sabut. Sengal! Plak tu belek satu-satu. Lambat tak yah cite la. Tu yang buat abang Zam hilang sabar.
Genap 3 hari 2 malam aku di Johor, aku pun balik. Naik bas. Jam 8 pagi Faris hantar aku naik motor Yamaha 125 dia kat Batu Pahat. Dah lama tak naik motor dengan dia, terasa cuak plak. Mana taknya, dia bawa laaaaju.
Ade cite yang kureng seronok masa perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Di mana aku terpaksa two-car (tukar) bas. Citenye gini....
Masa di Batu Pahat, aku naik bas KKKL dua tingkat. Tempat duduk aku kat atas, depan sekali. Sebelah aku kosong. So duduk la aku sorang-sorang di sepanjang perjalanan. Seperti biasa, bukan semua penumpang naik di Batu Pahat. Ade yang naik di Parit Sulong bagai. Hampir 3 kali gak la bas benti. Kalu tak silap kat Parit Sulong sekali, kat Yong Peng sekali, kat Pagoh sekali). Masa kat Pagoh ni la bermulanya cite tak seronoknya. Ade la sorang pempuan ni naik, bawa sorang anak. "Dik, dik duk belakang boleh? Bagi dua kusi ni kat makcik ni. Adik duk kusi kosong kat belakang ek" kata pembantu drebar ni. Aku tanpa banyak soal turutkan saja. Sampai kat belah belakang, melilau mata aku mencari kusi kosong yang dimaksudkan. TAK ADE! Aku terus pusing, merenung tajam kat pembantudrebar tu. Pempuan dan anak dia dah selamat duduk kat tempat duduk aku. "Jap ek, saya tengok kat bahagian bawah, kot ade tempat kosong" pembantu drebar tu coverline. Aku follow brader tu.Sampai kat bawah, TAK ADE JUGA! "Tak pe la dik....adik duk kat kusi sebelah drebar ni ek. Kusi saya..." tanpa banyak soal aku pun duduk. Pastu puas la drebar tu marah-marah. Kat pembantu dia and also kat mamat sorang lagi. Ntah sape ntah. Kalu tak salah kat pembantu dia gak. Yang handle penumpang yang naik bas masa kat Batu Pahat, before sume penumpang naik bas.
Akhirnya drebar tu dapat idea, dia runding dengan drebar lain yang sama bas (KKKL), sama destinasi (KL). Hasilnya, aku kena tukar bas di Pedas-Linggi. Beberapa meter sebelum masuk simpang Hentian Sebelah Pedas-Linggi. Bas baru yang aku naik tu satu tingkat je. Dapat kusi kat bahagian tengah. Dekat 2 jam gak la aku duk kat kusi sebelah drebar. Dugaan. Tak pela...ade hikmahnya. Dapat gak pengalaman duk sebelah drebar. Dapat tengok camne drebar tu bawa bas. Dapat tengok tempak tidur dia. Smart gak katil dia. Selesa. Tapi kecik+sempit.
Sampai kat KL sekitar jam 11.30 AM. Tak terus balik. Jalan-jalan kat CM (Central Market), Kotaraya, Mydin dan dekat-dekat citu. Tak la jauh sangat. Dekat-dekat suda. Penat nak menapak. Penat menapak, balik. Naik bas ke Hulu Langat. Masa tunggu bas nak balik Hulu Langat, ramai giler mamat-mamat+minah-minah indon. Bangla+Nepal pun ramai. Kul 1.15 PM dapat bas. Tunggu 5 minit je. Then lepas 1 jam, sampai la kat Hulu Langat. Tak terus balik umah. Pegi gunting rambut+bagi clear misai dan janggut ni dulu eheh
There's so much thing you can learn in one place, the more that you wait, the more time that you waste
Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku.. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baik ku ketika aku hidup atau selepas mati.. Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang.. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri.. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka.. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya..
*Imam Shafie
*Imam Shafie
Wednesday, January 28, 2009
Monday, January 19, 2009
1st time
9 Januari 2009
Betul-betul masa orang tengah azan Maghrib, aku,Pakcik Hasan,Pn. Iffah,Ain (anak Pn. Iffah) dan Shuhaida (sepupu Ain) mula angkat beg dan barang-barang keperluan ke dalam kereta, Viva milik Pn. Iffah yang diparkir betul-betul di hadapan Mutiara. Di Mutiara kami tinggalkan Hafiz, Iman, Fadzili dan Qiryn untuk menguruskan kelas pada malam tersebut.
Sekitar jam 11.45 PM, kami sampai di Pulau Pinang (baru je lepas jambatan Pulau Pinang). Tak ade pape yang menarik sangat disepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih dari 4 jam ni. Aku dan Pakcik Hasan tidak banyak berbual. Hanya tiga orang di belakang saja yang tak berhenti berbual dan ketawa. May be aku terlalu fokus pada jalan (macam la aku yang drive huhu). Walaupun sudah malam, aku tak tidur. May be kerana aku tak biasa tidur kalau jalan jauh-jauh ni. Or may be kerana takut, kecut perut dan sebagainya setiap kali Pakcik Hasan memotong kenderaan lain (terutama kenderaan-kenderaan berat seperti lori dan bas). Kedudukan Viva terlalu hampir setiap kali memotong. Sehingga ade sekali tu, kami diberi hadiah HON kerana hampir-hampir berlaga dengan Kancil. Semasa kejadian, aku hampir-hampir menjerit (tindakan spontan). Sungguh merbahaya.
Sebaik saja tiba di Pulau Pinang, Pn. Iffah mencadangkan supaya kami singgah makan Nasi Kandar terlebih dahulu. Restoran Kassim Mustapha menjadi sasaran. "Fandi pernah makan Nasi Kandar?" soal Pn. Iffah sewaktu kami semua sedang membelek-belek lauk. Aku hanya menggeleng kepala. Kemudian Pn. Iffah la yang tolong order dan pilih-pilih lauk untuk aku. Aku hanya makan!
Selesai makan, kami terus menuju ke sebuah hotel yang telah siap ditempah unutk kami oleh Ziyad (Coach Pn. Iffah). Jam 2.15 AM kami sampai di destinasi yang dituju, Hotel Vistana. Ntah berapa lama kami sesat mencari hotel ni aku pun tak tau. Agak kelakar gak la masa sesat ni. Terutama bila kami dah jumpa hotel tapi tak tau di mana jalan masuknya. Pusing-pusing.
Ting! Lif berhenti. Tingkat 20.
Bilik 2075.
*******************************************************************************
9.00 AM. Bayview Hotel.
Selesai daftarkan diri, aku, Pn. Iffah dan peserta-peserta lain masuk ke dalam bilik seminar. Pe nama bilik tu tak tau plak. Seminar berlangsung dari pagi sampai la ke petang, 5.30 PM. Peserta-peserta seminar ni merupakan pengurus-pengurus atau pemilik-pemilik syarikat (pelbagai jenis) bukan sahaja disekitar Pulau Pinang, malah dari Kuala Lumpur (cm aku n Pn. Iffah), Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan sebagainya, yang merupakan 'pelanggan' ActionCoach. Ni seminar yang ke bape aku pun tak pasti. Yang aku tau seminar-seminar seperti ni akan diadakan setiap 3 bulan. Dan sepatutnya aku tak perlu terlibat pun dalam seminar ni. Tapi Pn. Iffah saje je bawa aku sekali. "Sebagai latihan untuk kamu", kata Pn. Iffah tiap kali aku bertanya mengenainya beberapa hari sebelum seminar ni berlangsung.
Sepanjang seminar ni berlangsung aku tak dapat tumpukan sepenuh perhatian dek kerana perut aku sakit. May be kerana nasi lemak yang aku makan untuk sarapan pagi pagi tu di Hotel Vistana.
90 days planning. Tu la tajuk seminar yang aku hadiri ni. Disepanjang seminar ni kami diajar dan dibimbing untuk membuat perancangan yang betul. 90 hari punya perancangan. Di akhir seminar, ade 1 sesi di mana semua peserta diminta membelek beberapa majalah dan kemudian gunting mana-mana gambar yang berkenan di hati. Yang mana gambar tersebut merupakan ganjaran. Sekiranya apa yang dirancang dalam tempoh 90 hari tu berjaya. Kesemua gambar-gambar tersebut kemudiannya ditampal pada sehelai kain putih yang agak besar (separuh papan hitam sekolah). Selesai menampal, kami semua berkumpul dan sama-sama melihat pada kain putih tersebut. "ni adalah gambar yang telah saya gunting sebentar tadi. setelah 90 hari,sekiranya berjaya, ni la ganjaran yang akan saya berikan kepada diri saya", macam tula lebih kurangnya kata-kata setiap peserta apabila dipanggil sorang-sorang untuk menerangkan tentang ganjaran yang telah ditampal pada kain putih tersebut. Macam-macam gambar ada. Ada yang nak pergi melancong, beli kereta baru, beli laptop baru, dan macam-macam lagi la. Memang seronok la seminar ni. Cuma yang tak seronok = perutku sakit huhu...
Selesai seminar, Pakcik Hasan beserta Ain dan Shuhaida datang menjemput kami (aku dan Pn. Iffah) di Hotel Bayview dan kemudian bawa kami semua jalan-jalan! Antara destinasi yang kami pegi = Pantai Shamrock. Pe yang best kat cni aku pun tak tau. Aku layan je. Dua orang anak dara ni kata nak pegi pantai. Tu yang pegi pantai. Maka aku dengan berbaju yang agak skema (kemeja), plus kasut kulit (berstokin) dengan selambernyer meredah pantai. Dua orang ni punya idea la ni. Bukan nak bagi aku dan Pn. Iffah tukar pakaian dulu. Bertuah sungguh. Masa kat pantai, dorang tak mandi pun. Sibuk amik gambar. Si Ain tukang amik gambar, Si Shuhaida plak jadi model. Pakcik Hasan dan Pn. Iffah layan je. Buat hal sendiri. Aku? Time ni la nak relax. Asyik duk pikir keje je. Relax punya relax, aku dengan selambernyer baring kat atas satu batu besar. Sekali-sekala terkena la tempias air. Best gak la. Relax. Plus dapat buat aku leka, tak pikir kesakitan pada perut aku yang tak benti-benti lagi (hampir 1 ari dah huhu). Baring punya baring, ntah macam mana aku boleh terlelap. Tak pasti la berapa lama aku terlelap. "Fandi, bangun. Kita dah nak balik ni", Pakcik Hasan kejutkan aku.
Selesai mandi di hotel, kami kuar makan malam. Tak pasti plak nama restoran tu. Tapi yang aku pasti dorang sume ni duk makan nasi kandar. Asyik nasi kandar je.... Aku? Tak boleh blah dah. Sekali je cukup la (masa 1st day baru sampai Penang tu je). Aku order nasi goreng kampung macam biasa sudah.
Selesai makan, kami rayau-rayau. Pakcik Hasan bawa kami ke mana aku pun tak tau. Layan je. Then balik hotel. Tidur.
Bangun pagi keesokan harinya, Alhamdulilah perut aku dah makin ok. Awal gak aku bangun pagi tu. Lepas subuh tak tidur-tidur lagi dah. Lepas mandi n siap kemas-kemas barang, duk kat luar. Best! Amik angin sepoi-sepoi language sambil isap rokok sebatang dua. Then masuk dalam, duk tengok tv. Pagi tu cite kartun je. Tom & Jerry. Tengok la tv sampai nampak matahari. Then sorang-sorang join aku tengok tv. Mula dengan Pakcik Hasan. Kemudian Shuhaida. Kemudian Ain. "Ok guys... jom kita pegi sarapan", sapa Pn. Iffah. "Bawa beg skali. Jangan ade yang tinggal. Kita nak balik dah", pesan Pn. Iffah.
"Perut sakit lagi? Pagi ni Fandi makan bubur ye", pesan Pn. Iffah. Selesai sarapan pagi, kami sume blah dari Hotel Vistana. Tak terus balik. Rayau-rayau lagi. Ntah ke mana-mana je. Sekitar jam 3 PM, kami singgah di Georgetown. Beli jeruk. Kakak aku pesan. Aku tak makan jeruk. Main belasah je masa beli. Pe yang dia order tu jela yang aku beli. Lain aku tak tau hahaha. Selesai beli jeruk, kami naik feri. Datang ikut jambatan. Balik naik feri. Idea Pakcik Hasan la ni. Masa kat feri, aku rayau satu feri. Naik atas, rayau-rayau. Belasah je. Lantak la orang tengok semacam je pun. Lama gak kat atas feri. Dalam 15-20 minit. Hm, lama gak aku merayau-rayau sambil meninggalkan Pakcik Hasan, Pn. Iffah, Ain dan Suhaida kat bawah, dalam kereta. Beberapa minit dah nak sampai, aku turun pegi kat kereta. "Saya ingat kamu nak tinggal. Lupa nak pesan tadi, kena turun awal. 10-15 minit sebelum sampai kena dah turun kat kereta", Pakcik Hasan membebel. Padan muka aku.
Sekitar jam 10 malam, kami sampai di Puchong, rumah Pakcik Hasan. "Fandi, kamu tidur rumah Pakcik Hasan jela malam ni. Sok pagi je baru kamu balik. Tak payah la bawa motor malam-malam macam ni. Kamu tu pun dah letih", pesan Pn. Iffah panjang lebar semasa bertukar tempat duduk dengan Pakcik Hasan di tempat duduk pemandu. Pakcik Hasan pun setuju. Masa dalam perjalanan balik lagi Pakcik Hasan berkali-kali pelawa aku tidur di rumahnya malam tu. Maka tidur la aku malam tu di rumah Pakcik Hasan.
P/s: 1st time jejakkan kaki di Pulau Pinang :)

Friday, January 2, 2009
SALMAN - L = ?
1 Januari 2009.
Tepat jam 11 pagi, aku sudah bersiap-siap nak gerak. Nak g Sogo. Jumpa Adi, Hirzi, Fir dan Maziah. 1 perjumpaan member-merber lama time di Kuittho (skrg UTHM) yang aku kira last minute punya planning. Tak pe la, at least berhasil.
Sedang aku berjalan menuruni tangga (dari bilik aku di tingkat dua), telefonku berbunyi. Panggilan dari bos aku (Pn Iffah). Bual2, bincang2 dan lain-lain. Makan masa 1 jam gak. Then tgk jam di dinding,kul12pm. Aku dah lewat. Coz aku janji dgn Adi kul 12 dah ade di Sogo. Ape lg, pecut la Pak Badar.
Dalam 30 minit kemudian, aku sampai kat Sogo. Terus naik kat tingkat atas sekali, Food Court. Betul2 kat area air terjun. Masa aku sampai, Fir n Maziah dah duduk lama. Hidangan dorg pun baru je sampai. Adi n Hirzi pun baru sampai. Cm aku. Tapi aku lambat ckit.
Abis makan2 n bual2, dalam kul 2 lebih ckit, Maziah gerak dlu. Kami yg tinggal ni masih berbual2 ckit2. Alhamdulilah masing2 sudah berkerjaya. Hebat2 belaka. Engineer2. Motivator pun ade. Hebat! Aku? Biasa2 suda :)
Before balik, ktorg singgah surau utk solat. Selesai solat, naik semula. Mo cucuk duit. Dalam tengah tunggu Adi cucuk duit, terserempak dgn Rempit (Shazrul Azmir) dgn tunang dia. Bual2 jap. Then balik. Tak jadi mo cucuk duit. Orang ramai sangat. Adi n Hirzi ke destinasi seterusnya. Tak sure plak katne. Fir follow je dorg. Aku balik!
Masa nak balik tu aku dapat 'hadiah'. Ade sekeping kertas putih elok je bertenggek kat basket Pak Badar. Kena saman daaa.... Salah parking punya pasal. Terbang RM100.
Before balik, aku singgah HUKM jap. Lawat adik aku

Subscribe to:
Posts (Atom)