Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku.. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baik ku ketika aku hidup atau selepas mati.. Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang.. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri.. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka.. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya..
*Imam Shafie

Monday, May 26, 2008

Bahaya Bertindak Melulu

Pada zaman dahulu, ada sepasang suami isteri yang sentiasa hidup dalam keadaan aman damai. Mereka sangat jujur dan saling percaya mempercayai. Si suami kasihan melihat isterinya banyak membuat kerja rumah setiap hari. Jadi dia bercita-cita untuk menghadiahkan seorang pembantu untuk meringankan kerja isterinya.

Hal ini diceritakan kepada sahabatnya, seorang saudagar hamba abdi. Lalu dipilihnya seorang budak lelaki. Sebelum itu kawannya telah menasihati si suami agar berhati-hati. “Budak ini memang rajin tetapi akhlaknya kurang sebab sifatnya suka menghasut orang”. “Ah, tak apa. Asalkan isteri aku senang, cukuplah”, jawab si suami.

Si isteri sangat gembira dengan pemberian suaminya. Tambahan pula budak itu seorang yang ringan tulang. Suatu pagi, budak itu berkata kepada si isteri, “Puan, tidakkah puan tahu bahawa suami puan ingin kawin lagi?”. “Tidak!”, ujar si isteri dengan terperanjat. “Puan mahu saya ajarkan bagaimana dia akan saying puan?”, tanya budak itu lagi. “Sudah tentu”, angguk si isteri. “Haa…puan ambil pisau cukur ini, cukurlah janggutnya apabila dia tidur nanti. Suami puan tentu akan bertambah sayang kepada puan kerana selama ini puan tidak pernah berbuat begitu, bukan?” “Ya”, sahut si isteri.

Kemudian budak itu pun pergi kepada si suami, “Tuan, mahukah tuan dengar satu rahsia?”, si suami menganggukkan kepala. “Sebenarnya puan sudah lama ingin membunuh tuan. Tuan mahu saya buktikannya?”, kata budak itu. “Cubalah tuan berpura-pura tidur”. Walaupun si suami curiga dengan kata-kata budak itu tetapi dia ingin juga melihat kebenaran rahsia yang telah dikatakan. Lalu si suami pun berpura-pura tidur.

Tidak lama kemudian, si isteri masuk ke bilik. Apabila melihat suaminya tidur, dia pun mengambil pisau cukur yang tajam. Setelah hampir pisau mengenai muka suaminya, si suami lantas merebut pisau itu. Tanpa berfikir panjang, dia terus membunuh isterinya. Sangkanya tentu si isteri hendak membunuhnya. Terserlah seluruh kota tentang pembunuhan tersebut.

Kemudian datang pula keluarga perempuan untuk menuntut bela. Setelah berlaku pergaduhan, akhirnya keluarga perempuan berjaya membunuh si suami tanpa usul periksa terlebih dahulu. Esoknya pula datang beberapa orang daripada keluarga si suami. Akibatnya berlaku permusuhan yang tidak ada penghujungnya. Sementara itu, budak pembantu rumah merasa gembira melihat tuannya telah tiada lagi. Kini dia boleh hidup bebas tanpa kawalan sesiapa lagi.

Oleh itu, jangan berkawan dengan orang yang suka menghasut. Dan jangan sekali-kali bersikap sedemikian (menghasut) kerana Allah akan membalas perbuatan tersebut dengan menyeksa kita terlebih dahulu di dalam Neraka.

Friday, May 23, 2008

HaiRan

22/5

Di satu petang...
Sedang asyik aku membaca sebuah novel sambil ditemani lagu-lagu yang dimainkan di radio hotfm, tiba-tiba ensetku berbunyi. Ada msg. Dah tak ingat msg tu tulis ape. Tapi orang yang hantar msg tu bertanyakan kepada ku tentang sebuah lagu di xfresh fm ketika tu. Then dengan selamba aku membalas,

"Ko slh antar msg ke? Aku xdgr xfresh fm. Aku dgr hotfm".

Selepas send msg, aku sambung baca novel. Tapi dah tak khusyuk. Kerana dah lama tak dengar khabar berita dari si pengirim SMS tadi (R). Ekceli ada sedikit kesukaran bagiku untuk mengikuti perkembangannya sekarang ni. SMS yang ku beri jarang dibalas. It's ok. Aku faham. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Namun hampir setiap kali SMS ku dibalas, hajatku tetap jua tak kesampaian. Hanya aku yang sempat menjawab atau bercerita mengenai perkembanganku. Dan setiap kali itu jua, bila sampai gilirannya untuk bercerita pasti ada sahaja urusan yang menggangu.

Tet! Tet!
Ensetku berbunyi lagi.

"Xla..Mmg utk ko..aku tanya je..mana tau ko dgr xfresh fm.."

Kemudian kami berSMS. Sambil menunggu SMS aku terus membaca novel.

Namun perbualan (SMS) kami terganggu apabila adik bongsuku menepuk bahuku.

"Abang, mak panggil"

Tanpa membuang masa aku terus berjumpa ibuku.

"Pergi kedai jap. Gula abis la", ibu menyuruhku ke kedai.
"Beli kicap sekali ye", sambung ibuku lagi.

Sebelum aku ke kedai, aku sempat menghantar SMS kepada R.

"Jap ek. Aku nak g kedai jap. T sambung semula"
SMS ku tak berbalas.

"Alang-alang nak kuar g kedai, baik aku topup nombor celcom aku tu. Mudah sikit nak kontek dia (R). Coz dia pakai celcom", bisikku di dalam hati.

Di kedai...

Tet! Tet!
Ensetku berbunyi.

SMS dari R. R menyatakan agar perbualan sebentar tadi disambung pada sebelah malam nanti (lebih tepat, tengahmalam!). R nak tidur. Tak cukup tidur katanya.

"Adus...sambung malam la plak. Xsempat tanya khabar berita lagi...", keluhku di dalam hati.

"Ok" SMS R ku balas ringkas.

Di depan kedai enset.

"Nak topup ke xnak? nnt jadi mcm aritu lg, naya! Pnat je topup. Tapi xkontek pun...", bisikku di dalam hati.

"Ah! Topup jela...get ready. Kali ni topup sikit jela. So kalu xjadi, xrugi sgt...", bisikku lagi.

Di rumah.

"Ni barangnya mak"
"Ok, letak kat atas meja tu"

Sebaik sahaja meletakkan gula dan kicap, aku terus masuk ke bilik. Check ensetku 1 lagi. Enset di mana sim card celcom ku bermastautin.

"Hm, dah mampus dah enset ni...", keluhku.

Ensetku yang 1 ni memang agak terbiar. Jarang aku charge. Jarang pakai. Jarang orang kontek.

Selesai solat maghrib, kami sekeluarga (+kakak ipar+kembar-abang sulung) berkumpul dan sama-sama membaca doa selamat dan kemudian makan kek!. Sempena menyambut birthday adik aku yang sorang ni (yang sebaya dengan 'si dia' ;p). Dah besar dah dia. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, sihat dan ceria selalu. Amin.

Selesai makan kek bagai, aku masuk bilik. Ada kerja yang hendak dilakukan iaitu TANDA BUKU PELAJAR. Bertimbun buku yang hendak ditanda. Sekarang aku dapat merasa bagaimana 'seronoknya' cikgu-cikgu aku dahulu menanda bukuku. Nasib baik aku ni seorang murid yang baik. Sangat memahami guru-guruku. Mereka tak perlu tanda banyak-banyak, tak perlu tanda betul salah. Cuma buat tanda "?" besar-besar sudah. Ha, baik kan aku? ;p

Sambil tanda buku sambil aku menunggu panggilan atau SMS dari R. Tak la menunggu sebenarnya. Kerana aku tak mahu kecewa.

Tet! Tet!
Ensetku berbunyi.
"Aik, xde pun msg...", keluhku. Sediit hairan.
"La...enset 1 lagi yang berbunyi....", bisikku sambil menekan-nekan keypad enset di mana sim card maxis ku tinggal.

A yang hantar SMS. Kami berbalas-balas SMS. Lama gak... Sambil tu aku terus menanda buku.

Sedang aku berbalas SMS dengan A, 'si dia' SMS. Tak sihat. Aku surh dia berehat. Tapi dia degil. Nak teman dan berbual-bual (SMS). Aku tak layan. Bukan tak mahu melayan. Tapi aku nak dia berehat.

Mata dah mula ngantok. R tak ada pape cite lagi. Tak ada panggilan mahupun SMS. A sudah tidur, mungkin. Kami berbual-bual (SMS) sekejap saja. Walaupun mata sudah layu, namun tangan masih setia menanda buku. Pen merah masih kekal di tangan kananku. Masih lagi ligat menari-nari di setiap buku-buku pelajarku. Setelah berapa lama aku pun tak sedar, mataku akhirnya tewas. Aku terlena.

3.00 AM

Aku terjaga dari tidur. Sebaik saja terjaga, aku lihat lampu bilik masih lagi menyala. Di sebelahku laptop memainkan lagu-lagu Jepun. Seketika kemudian adik aku masuk ke dalam bilik. "Oo..dia yang guna laptop. Buat tugasan la tu...", bisikku.

Jam pada ensetku menunjukkan jam 3.00 pagi. Tak ada SMS atau panggilan tak berjawab. "Dia (R) dah tidur agaknya", bisikku.

"Tapi kan dia dah janji!"
"Ala, dia tertidur tu..."
"Tapi dia kan dah janji!"
"Dia terlupa tu... Xpela..."

Aku berperang dengan diri sendiri.

"Ah! Xkira! Dia kan dah janji". Ternyata syaitan telah berjaya menghasutku. KLantas aku mencapai enset dan membuat panggilan. Tet.......! Aku menamatkan panggilan. "Sekadar memberitahu. Tak perlu mengganggu...", syaitan dalam diriku tak menang sepenuhnya...

Aku bangun dan melangkah untuk mengambil wudhuk. Solat sunat. Belum jauh aku melangkah... Tet! Tet! Ensetku berbunyi.

"Sape plak yg antar SMS malam-malam cmni...", keluhku.
"Oo...SMS dari R...", bisikku sambil meletakkan kembali ensetku di atas meja. Sekadar melihat pengirim SMS. Tak mahu ia mengganggu tumpuanku ketika menghadap DIA.

Selesai solat barulah aku baca SMS R sepenuhnya. R menyatakan bahawa dia terlupa akan janjinya padaku! Dia juga menyatakan perasaannya yang tidak tenang kerana kawannya merajuk. Pada SMSnya dimulai dengan "Ahaha" dan diakhiri "Hahaha". "mcm xde rasa bslh plak dia ni...", keluhku di dalam hati.

SMS R ku balas dengan bertanyakan tentang kawannya (yang merajuk tu...). Aku sekadar meneka yang kawan tersebut adalah teman lelakinya. Melihat dari cara dia menyatakan kerisauan dari sikap kawan tersebut.

Lama juga aku menunggu SMS ku dibalas. Kemudian R balas, "Bkn bf. kwn aku...bla bla bla...". Kemudian aku bertanyakan tentang perkembangan R sekarang ni.

Ternyata jawapan yang ku terima mengecewakan....

"Nnt jela aku cite kat ko ye..bla bla bla..."

Kemudian tanpa berselindung aku membalas, "Oo...nnt2 ye. Ingtkn skrg... Kla, bye!"

Kemudian aku duduk. Dah tak boleh tidur. Ngantok, marah, macam-macam. Demi tak mahu melayan perasaan, aku menyiapkan kerjaku yang tertangguh, TANDA BUKU!.

TAMAT

Tuesday, May 13, 2008

Attention Please!!

Jom layan cite ni kat 8tv. Tiap ari Ahad jam 3PM.
Besh!!


Synopsis:


Losing her mother at a young age, Misaki Yoko (Ueto Aya) was raised amongst three brothers. Yoko is a slightly boyish girl who is bullheaded and hates dishonesty. Ever since she was young, she enjoyed the company of boys over girls. She starts a band with four of her boy friends and becomes the lead singer. Then one day, one of the members of the band, Tsukasa, gets a job at a bank in Tokyo. Due to Tsukasa leaving town, the band breaks up and though Yoko finds herself lonely, she puts on a strong act in front of Tsukasa. She can't tell Tsukasa how she truly feels for him. On the day Tsukasa leaves for Tokyo, Yoko goes along with the band members to the airport to see him off. The guys get excited when they see some cabin crew ladies and Yoko has no idea why. She reminds them that even she can wear a uniform, but the guys only make fun of her. That's when Tsukasa tells Yoko he wonders what she'd look like dressed in uniform. This is when Yoko decides she wants to work as a Cabin Attendant.


Cast:


Ueto Aya as Misaki Yoko
Nishikido Ryo as Nakahara Shota
Maya Miki as Mikami Tamaki
Aibu Saki as Wakamura Yayoi
Uehara Misa as Hirota Saori
Koizumi Kotaro as Tsutsumi Shuusuke
Kohinata Fumiyo as Sakurada Shinya
Otsuka Chihiro as Sekiyama Yuki
Nanase Natsumi as Kinoshita Asami
Ootomo Minami as Higashino Haruka
Fueki Yuko as Asou Kaoru
Takahashi Mariko as Kagawa Reiko
Koichi Mantaro as Watanabe Makoto
Asano Kazuyuki as Wakamura Shozo
Inoue Jun as Dazai Shinichiro
Mano Yuuko as Murayama Mizuho
Hoshino Natsuko as Takemoto Rie
Tanaka Sogen (田中聡元) as Ooki Mitsuya
Ishikawa Maki (石川真希) as Chief Nagano

Ni ade ckit biodata psl hero n heroin dia

Name: Ueto Aya上戸彩

Age: 23

Star Sign: Virgo

Birthday: 14 September 1985

Height: 162cm

*************************************************

Name: Nishikido Ryou錦戸亮

Age: 24

Star Sign: Scorpio

Birthday: 3 November 1984

Height: 175cm





Monday, May 12, 2008

Menangis Setelah Membantu Sahabat

Ada seorang sahabat yang sedang dalam kesusahan datang ke rumah salah seorang sahabatnya untuk meminta bantuan. Setelah sampai di depan pintu rumah sahabatnya itu, dia pun mengetuk pintu…

Tuan rumah membuka pintu seraya berkata, “Wahai sahabatku, silakan masuk.” Setelah mereka berada dalam rumah itu, tuan rumah pun bertanya, “Saya rasa awak dalam kesusahan. Boleh saya tolong?”

“Benar, wahai sahabatku… Saya telah berhutang dengan seseorang sebanyak 400 dirham dan hutang itu perlu dijelaskan segera. Bolehkah awak membantu saya untuk menjelaskannya?”

Lantas tuan rumah itu pun masuk ke dalam bilik dan kemudian keluar bersama wang berjumlah 400 dirham. Wang itu diserahkan kepada sahabatnya itu. Setelah mengucapkan terima kasih, sahabat itu pun keluar.

Tiba-tiba tuan rumah itu menangis tersedu-sedu… Melihat suaminya menangis, si isteri pun bertanya, “Mengapa menangis?” Dia menjawab, “Saya menangis kerana saya tidak pernah bertanya masalah yang dihadapi oleh sahabat saya sehingga dia terpaksa mengetuk pintu rumah kita meminta pertolongan…”

Moral of the story:
Beginilah sikap yang patut ada pada diri kita. Walaupun kita telah menolong kawan-kawan, tetapi janganlah kita berbangga atau menunjuk-nunjuk jasa kita itu kepada orang lain. Sebaliknya kita hendaklah berasa menyesal kerana selaku seorang sahabat, kita sepatutnya memberi pertolongan sebelum sahabat kita bersuara meminta pertolongan daripada kita.