Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku.. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baik ku ketika aku hidup atau selepas mati.. Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang.. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri.. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka.. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya..
*Imam Shafie

Monday, February 9, 2009

Cahaya Mutiara

Alhamdulilah 2 Februari 2009 yang lepas merupakan hari pertama bagi Cahaya Mutiara (CM). CM merupakan satu program baru untuk tahun 2009 ni, after school program. Sebagai permulaan, kami hanya buka program ini untuk pelajar-pelajar sekolah rendah sahaja.

Seperti pusat-pusat tuisyen yang lain, kami juga berusaha sedaya upaya untuk membantu para pelajar untuk meningkatkan prestasi akademik khususnya. Idea CM ini tercipta setelah kami membuat analisis prestasi para pelajar. Dan hasilnya kami dapati terdapat sebilangan pelajar yang tidak dapat catch up apa yang dipelajari di sekolah mahupun di pusat tuisyen (pusat tuisyen kami khususnya).

"cikgu ajar laju sangat la..."..."saya tak faham...", ni adalah antara komen-komen para pelajar; punca mereka ketinggalan. Selain itu kami juga mendapati terdapat sebilangan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ni masih lagi tidak pandai sifir. Dan lebih teruk lagi ada yang tidak pandai membaca. Mengeja? Lagi la....

Oleh itu, CM adalah jalan penyelesaiannya.

Pemilihan pelajar yang bakal menyertai CM dibuat berdasarkan keputusan analisis dan juga Ujian Penilaian yang kami berikan kepada pelajar pada pertengahan bulan Januari lepas.

Pada peringkat awal (sebelum menyertai CM), para pelajar akan menghadiri kelas tuisyen seperti biasa iaitu bermula pada jam 8 malam hingga 10 malam. Setelah menyertai CM, pelajar-pelajar tersebut tidak perlu lagi hadir pada sebelah malam. Mereka hanya perlu menghadirkan diri pada sebelah petang. Bermula jam 3 petang.

Namun mereka ini agak berbeza dengan pelajar-pelajar lain. Kerana CM berlangsung selama 4 jam. Berbeza dengan kelas tuisyen biasa (2 jam). Ini kerana CM terbahagi kepada 2 bahagian. Pada bahagian pertama (2 jam pertama) kami akan membantu para pelajar menyiapkan segala kerjarumah (homework) yang diberikan oleh pihak sekolah dan juga kerja-kerja rumah yang kami berikan. Pada 2 jam ini juga, kami turut membantu para pelajar mengatasi masalah-masalah yang dihadapi pelajar seperti kemahiran membaca, mengira (sifir khususnya), mengeja dan sebagainya. Dan bahagian kedua (2 jam berikutnya) adalah kelas tuisyen.

Tenaga pengajar untuk CM totally berbeza dengan tenaga pengajar di sebelah malam. Kami ambil tenaga pengajar yang 'ganas-ganas' saja =p Dan aku adalah salah seorang daripada tenaga pengajar CM (haha..ganas ke aku ni? =p)

Pengalaman mengendalikan CM yang baru berlangsung selama 1 minggu ni amat menyeronokkan. Tambah seronok apabila pelajar-pelajar CM menunjukkan hasil yang positif. Contohnya pelajar yang tidak dapat mengeja, kini sudah pandai mengeja. Tidak pandai mengira (sifir khususnya), kini sudah nampak peningkatan. Pelajar-pelajar tahun 6 tu! Risau plus gembira dibuatnya.

Mudah-mudahan CM dapat berjalan dengan lancar. Bukan untuk sehari dua. Tapi untuk selama-lamanya. Dan sekaligus dapat mencapai objektifnya.

p/s: Hulurkan tangan, ringankan beban. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Berilah pertolongan kepada mereka yang memerlukan.

2 comments:

Qider said...

RESPECT MAN!!!
keep up the excellent work prop

Propana said...

Alhamdulilah setelah 1 bulan CM beroperasi, sudah ade perubahannya.
Student yg xreti baca sudah menampakkan peningkatanya.
Yang xreti sifir sudah menampakkan hasilnya.
Syukur.

"tiap masalah ada penyelesaiannya"

"tiada yang mustahil di dunia ni"

"jadikan kelemahan sebagai kelebihan"

2 antara tips or kata2 semangat utk aku terus menjayakan CM.