Jumaat lepas (25 april)
Semasa dlm perjalanan nak mengajar (mlm), dlm 1-2 km lg dah nak sampai ke destinasi yg dituju, Pak Badar telah dilanggar oleh seorang wanita 'buta'. Kesian Pak Badar. 'Kesian' juga kat wanita tersebut.
Kejadian berlaku di Keramat. Di sebuah simpang. Lebih kurang 100m sebelum simpang tersebut terdapat 1 selekoh yg tidak terlalu tajam. Nak dijadikan cerita....wanita tersebut memandu perlahan sebuah kereta berwarna hitam (kete pe x ingat. tp bkn kereta lembu r...). Aku dan Pak Badar berada kira-kira 100m di belakang kereta tersebut. Di belakang kereta tersebut ada sebuah motorsikal. Follow rapat giler. Motor ape tak perasan plak.
Melihat kereta tersebut dipandu perlahan dan terhimpit ke kiri jalan, maka aku cuba memotong kereta tersebut. Jalan clear, potong la ape lg. Motor di belakang kereta tersebut pula masih setia mengikut rapat di belakang kereta tersebut tanpa ade tanda-tanda utk memotong atau ape-ape la.... Sebaik sahaja aku berada betul-betul di sebelah kereta tersebut, tanpa menghidupkan lampu kuning pada body belah kanan kereta terlebih dahulu, wanita tersebut dgn selambernyer membelok ke kanan. Nak masuk simpang. Maka aku dan Pak Badar telah di'cium' oleh kereta berwarna hitam milik wanita 'buta' tersebut. Terasa lebih malang apabila wanita tersebut terus blah gitu je sebaik sahaja selesai memberikan ciuman..... Sedap giler!!
Maka aku pergi la mengajar dlm keadaan kaki kiri yg terasa sengal2 dek kerana di'cium' sebentar tadi. Pak Badar? Agak parah. Keesokan harinya (sabtu), ke'cedera'an Pak Badar mulai serius. Ada kecederaan dalaman. Sehingga hari ini Pak Badar masih ter'lantar' di rumah.
Kepada wanita 'buta' tersebut, semoga berbahagia bersama-sama kereta milikmu. 'Ciuman' yg aku dan Pak Badar beri pada body kereta tu harap-harap boleh dijadikan kenangan.
Wassalam
2 comments:
lor..eksiden ke prop? aku pantang betul dgn org yg membelok x tgk kete belakang ni. byk kali dh aku jumpa manusia spesies tu. selalunya pompuan dan apek yg berperangai camtu. salah dia..org len jd mangsa. tp ko pun ada salah gak sket x guna signal eheh. maybe kalau ada blink2 kuning tu dia perasan la kot :P
aku slh gak ek huhu
ok x wt lg.
tp aku xpuas ati gak kat insan2 yg wt cmtu(belok xpandang belakang).
byk kali kena gni. tp yg ni paling truk r stakat ni.
kalu kete laga kete ok la ckit. tp kalu kena kat pak badar aku tu (motor) mahunyer melayang. dah la org yg bw motor tu (aku la tu) kcik lg comel (poyo). anytime bleh terbang ;p
Post a Comment