Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku.. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baik ku ketika aku hidup atau selepas mati.. Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang.. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri.. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka.. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya..
*Imam Shafie

Thursday, December 17, 2009

Tangkap!!!

Hari isnin yang lalu (14Dec'09), lepas aku settlekan semua kerja-kerja di kedai, aku dan saiful pergi ke Batu Pahat. Atas urusan kerja juga. Tapi dah alang-alang pergi Batu Pahat, "Epun, kita pegi BP Mall,nak?". "Saleh nak beli kamera untuk PSP ni". Punya la semangat dia, "Nak!!". "Epun nak beli PC Game, The Sim 3". Bukannya tak ada jual kat Parit Raja. Tapi Kedai Game Life kat Parit Raja tu tak memenuhi kehendak kami.
Selesai je kerja di satu tempat tu, kami pun pergi la BP Mall. Bukan selalu pun pergi BP Mall. Bila perlu sangat-sangat je.
Di Bawah ni la hasilnya....


Kecik je bende ni.... Tak caya tengok bawah ni....

Thursday, December 3, 2009

Kenal

Ni la tempat kerja aku sejak bulan 4 (april) 2009. Lokasi=Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Betul-betul depan Petronas. Sebelah Restoran Line Clear (tempat aku makan tengahari masa belajar di UTHM). Cari aku kat KL (Kuala Lumpur) or Selangor memang dah tak jumpa dah. Jarang sangat3 dah aku ke sana....

Ni la rupa aku kat tempat kerja sekarang. Dapat la aku pakai topi :) Tak perlu nak pakai kemeja, tali leher bagai. Terjerat leher dibuatnya. Kalau perasan, ade bende kaler itam kat peha kanan aku. Ha... tu macam poket doremon la haha. Ke mana-mana aku bawa. Penting tu! Budak-budak kat Seri Mas Segar (SMS) tau la ape fungsi bende itam tu. Mula-mula pakai, "saleh, nape kakinya diikat????". Agak pelik. Lazimnya orang ikat kat perot, bawah pusat or area-area situ la. Tapi aku kat kaki or lebih tepat kat peha. Nak buat macam mana, dah suka bende yang pelik-pelik or lain dari yang lain :) Asalkan tak dosa, tak haram, layan..... Masa nak beli tu memang cadang nak yang kat perot (macam biasa). Tapi tokei kedai tu promote jenis yang pelik tu kat aku. Aku pun tak tau... Belek punya belek, chantek menarik tertarik... Da' Bomb!! Rembat jela.

Ape yang aku pegang tu???? Tu ikan mayong namanya. Tak tau la tempat lain panggil pe. Coz sesetengah ikan ni lain tempat lain namanya. Orang kata la... Bukan aku kata.... Coz keje kat SMS la aku baru nak tau serba sikit pasal ikan, nama-nama ikan, jenis-jenis ikan, cara jaga ikan-ikan n also cara-cara nak siang ikan. Then yang paling penting, harga ikan-ikan ni. Senang cite, urusniaga la. Bukan setakat tau makan je (aku la tu, zaman muda-muda dulu...). Selain ikan mayong, ade macam-macam lagi jenis ikan. Sotong, udang, ketam pun ade. Kira kategori ikan gak la tu. Selain ikan, ade gak ayam. Kena la potong-potong. Ade orang minta potong ayam kepada 2, 4 , 8, 10, 12, 14, 16, 18, 20... Bergantung pada cara masakan. Ade gak yang cakap, "potong goreng" or "potong sop". Tak kurang gak yang cakap, "cincang halus". Macam-macam ragam. Pening gak mula-mula kerja. Main sebut-sebut nombor pulak.

Ha...yang best kerjakan ikan ni=time nak siang. Guna parang beso! Bosan-bosan buat kerja kat dalam opis, tempat ikan (merangkap tempat ayam) la tempat aku suka landing.

Ha...ade cite sikit pasal siang ikan n potong ayam nih....

Biasa masa masak-masak kat umah (zaman muda-muada dulu) guna pisau kecik je time nak siang or potong memotong ni. Dah gitu je yang mak aku ajar. Sampai sini pakai parang beso je. Mula-mula fobia gak pegang parang beso ni. Tapi masa aku jaga kedai Pakcik (Seri Mas Mekar-SMM) kat Taman Manis la aku terpaksa buang fobia aku tu. Ade satu masa tu, makcik yang biasanya uruskan ikan-ikan kat kedai tak dapat datang, cuti, tak kerja. Pakcik aku pulak kuar entah ke mana. Tinggal la aku sorang-sorang. Punya la chantek masa tu, ade customer ni nak beli ikan. Minta siang pulak tu. Ade sesetengah ikan tu juz timbang je, tak perlu siang. Tapi nak dijadikan cite, nak jadikan aku terpaksa buang fobia aku tu, customer ni minta siang pulak. Adeh.... Lama gak aku tenung parang tu. Sampai kena sound, "saya nak cepat ni....". Biasanya, "saleh biar je ikan tu, biar makcik yang siangkan...", sambil aku duk di tepi, hanya memerhati... Aku toleh kat customer tu. Minta simpati la konon ;p Mana la tau kot-kot dia kata, "tak pe la, saya siang sendiri je kat umah nanti". Tapi 100% mustahil perkara tu akan berlaku!!! Argh!!! Dengan lafaz Bismillah, jari jemari aku mula bermain-main pada hulu parang. ZASS!!! Satu libasan hinggap di badan ikan tu (lupa dah ikan pe). Abis terbelah dua! Tap! Tap! Siap dah siang ikan.... dah bungkus dalam plastik. "Ayam ni potong 12 ye?!". Customer ni minta potongkan ayam pulak... Zass!! Tap! Tap! Siap! Ha....pastu dah ilang dah fobia. Timbul seronok la pulak hehehe. Ha...tu cite masa aku mula-mula je hijrah dari KL ke Johor. Kerja kat kedai Pakcik aku je dulu. Dalam bulan 7 (julai) 2009 baru aku kerja sepenuhnya kat kedai ayah aku. Masa kerja dengan pakcik, aku on off je kerja kat kedai ayah aku. Tolong sikit-sikit je.

Selain ikan, ayam, SMS ade gak jual barang-barang runcit. Buah, sayur pun ade. Macam-macam ada!

p/s: cukup setakat ni dulu. sambung lagi bila ade kesempatan