Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku.. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baik ku ketika aku hidup atau selepas mati.. Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang.. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri.. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka.. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya..
*Imam Shafie

Sunday, October 11, 2009

Gatal!

"Ko yang bawa atau abah yang bawa?"

Tu la pertanyaan yang ayah aku ajukan kepada aku pada pagi Khamis yang lalu. Setelah selesai beberapa urusan penting yang wajib kami (aku dan ayah aku) lakukan setiap hari. Bagi memastikan perjalanan kedai berjalan dengan lancar.

"Lebih baik Saleh je yang bawa balik motor honda tu."

"Antara saleh dengan abah, kedai lebih memerlukan abah berbanding Saleh."
Sambungku lagi.

"Betul gak. Lagipun, ko tak cuti lagi, tak beraya lagi."
Yup, dah agak lama aku tak amik cuti...

"Ko nak balik bila?"
Ayahku bertanya lagi.

"Sabtu kot..."
Jawabku ringkas.

"Balik sini semula hari Isnin?"

"Selasa kot....."
Dahi ayahku berkerut. Seolah-olah tidak selesa dengan jawapanku.

Aku hanya berdiam diri. Kemudian aku keluar dari ofis. Meninggalkan ayahku keseorangan. Menyambung kembali kerja-kerja yang tidak pernah sudah.

*************************

"Esok ko kena pergi Prt. Yaani, beli barang-barang yang dah tak ada. Tapi sebelum tu ko check mana-mana barang yang ko boleh beli dekat-dekat cni je. Tak perlu la ko beli banyak sangat kat Prt. Yaani nanti."

"Ok, Saleh pergi buat list dulu ye..."
Aku terus keluar dari ofis dan periksa stok.

*************************

"Ni senarai barang yang perlu dibeli."

"Ni ko beli kat sini, yang ni pulak ko beli kat sana....bla...bla...bla..."

"Ok, clear! Saleh keluar dulu ye.... Tengok budak-budak ni (pekerja-pekerja)"
Aku terus berlalu pergi sebaik sahaja ayahku angguk tanda setuju.

Pagi Jumaat.

"Ko pergi lepas Solat Jumaat, ok?"

"Ok..."

*************************

Setelah selesai beli barang-barang di sekitar Prt. Raja....

"Yang ni tak ada kat sini, dah abis..."

"Tak apa, kat Prt. Yaani je."

"Tolong turunkan barang-barang ni. Lepas ni Saleh nak pergi Prt. Yaani pulak. Nanti tak sempat pulak."
Ayah aku memberikan arahan kepada pekerja-pekerjanya. Sambil aku melihat jam.

"Macam tak sempat je...."
Keluhku di dalam hati.

************************

"Fuh, nasib baik sempat"
Kataku di dalam hati sebaik sahaja sampai di sebuah 'kedai' di Prt. Yaani. Macam nak tertanggal enjin van ayah aku aku kerjakan. Pecut tak ingat dunia =)

************************

"Ok, Tokei. Ni je barang hari ni"

"Sikit je...."
Keluh tokei 'kedai'.

"Ni barang-barang untuk kantin sekolah-sekolah..."
Aku kelentong tokei ni hehe. Tapi kami memang menyediakan dan menerima tempahan dari kantin sekolah di sekitar Prt. Raja. Di samping tempahan untuk kenduri atau apa-apa event la.... Dan tokei ni pun memang sedia maklum tentang perkara tersebut.

"Eh, itu mi siput sudah tinggal sikit..."

"Yang panjang tu tak mau ka?"

"Itu tak laku punya. Dorang tak mau ambil..."

"Sekolah sudah buka. Saya mau pakai banyak...."
Panjang la pulak aku ceramah tokei ni.

"U punya bisnes ada baek aa..."

"Boleh la..."

"Ok la tokei, wa mau balik. Lu pun sudah mau tutup, kan?"
Aku pun blah sebaik saja say thanx kat itu tokei.

Ganas?Kasar?
Terpulang la korang nak nilai macam mana.
Tapi aku memang macam tu kat mana-mana tokei atau pembekal. Dengan yang dah kamceng lagi la.... Dorang pun sama macam tu gak. Tak kisah. Yang lagi best tu dengan ada la sorang dua mamat tu, kalau cakap tu macam gaduh je. Tapi memang macam tu la gayanya. Nak buat macam mana.

"Ko kalau cakap dengan mamat ni, memang macam tu. Dia saja ajak gaduh."
Pesan sorang makcik merangkap pekerja ayah aku masa aku mula-mula kerja. Ha...ni la guide aku tiap kali berjumpa dengan mamat tu or mana-mana yang seangkatan dengan mamat tu la...

Pagi Sabtu.

"Aik, kata nak balik KL...."
Sapa sorang akak merangkap pekerja ayah aku.

"Memang nak balik la ni. Singgah jap. Jumpa BOS!"
Jawabku selamba. Kemudian kami sama-sama ketawa.

***********************

"Bawa baik-baik. Benti-benti."

"Ok..."
Lepas cium tangan ayah aku, aku pun blah. Cuak gak. Mana tak cuak. Kalau naik Pak Badar ok lagi. Dah biasa. Tapi kali ni naik Honda.



***********************

Sampai betul-betul depan BP Mall, Honda ni rosak. Nasib baik ada bengkel motorsikal tak jauh dari tempat aku benti.

"Bikin kasi baek punya. Mau jalan jauh ni..."

"Wa tau. Wa tau..."

Lepas 2 jam tersadai....

"Ok, sudah siap. Wa bikin baek punya. Lu mau jalan jauhhh. Musti mau periksa betol-betol."

Panjang lebar tokei ni ceramah aku.

"Ok la tokei, wa gerak dulu. Thanx."

Aku pun sambung perjalanan yang aku sendiri pun tak dapat nak agak berapa lama. Tak biasa balik KL naik Honda ni.

************************

Alhamdulilah, sampai gak. Ngam-ngam orang azan Isya'.

Sampai je kat rumah, jiran aku, Zapiran tengah kunci pagar rumah dia. Mesti la rumah dia, bukan rumah aku = p

Layan borak la dengan dia. Tak perasan pulak berapa lama. Masing-masing kongsi cerita. Lama tak jumpa la katakan. cerita pasal kerjaya masing-masing tu dah mesti! Yang lain-lain tu takyah cerita la :)

"Ok la Saleh, aku masuk dulu."

"Ok, aku pun."

Lepas berjabat tangan, aku pun masuk rumah.

***********************

Balik je dari kenduri kawen classmate masa sekolah menengah dulu....

"Pinjam motor ko. Jap lagi nak keluar. Round town!"

Aku minta izin nak pinjam motor 125 adik aku.

"Bawa motor baik-baik..."

Pesan adik aku sambil kunci bertukar tangan.

Ada makna gak dia pesan gitu. Coz tengok jela luka-luka kat hampir seluruh badan dia. Baru lepas accident la katakan. Motor of course ada yang terbarai =p

**********************

"Tunjuk lesen"
Sorang mamat polis ni bagi arahan kat aku.

"Leceh betol la.... Dah nak sampai dah ni..."

Bebel aku dalam hati. Mana aku tak membebel... Tempat yang aku nak pergi tu tinggal berapa jengkal je dengan tempat aku kena tahan. Kalau menapak kompom dah sampai.

**********************

"Saya mau ini game. Ini..ini..ini.."

Jari aku tunjuk kat beberapa game yang berkenan di hati.

"Ok, sikijap aa...."

"Erm, u ada bawa u punya PSP?"

PSP (PlayStationPortable) kaler itam aku ni pun bertukar tangan.



Setelah hampir setengah jam....

"U punya memory card yang satu lagi tu ada sedikit masalah. Mungkin rosak...."

"Alamak, 8GB tu...."

Keluh aku dalam hati. Mana tak mengeluh. Memory card yang 8GB tu yang rosak.

"Nanti aa.... Wa kasi format ini memory card. File dalam ini memory card wa kasi simpan dulu."

"Ok, apa-apa la..."

Tunggu punya tunggu punya tunggu.....

"Itu memory card wa sudah kasi format. Game sudah kasi masuk."

"Aik, mana itu game? Tak ada punnn"

Soalku sebaik saja aku godek-godek PSP itamku tu.

"Sikit jap aa... Wa kasi tengok...."

Tunggu laaagiiii.....

"Erm.... U punya PSP...erm...itu apa...version 5.51. Game wa sudah kasi masuk. Tapi tak boleh main..."

"Boleh bikin kasi boleh main?"

"Sikit jap aa..."

Aku mula menyampah dengan perkataan "sikit jap" amoi ni....

"U sudah kasi itu version 5.51. 5.50 baru boleh main..."

Terang amoi ni sambil tunjuk kat aku benda-benda yang patut dia tunjuk la sampai aku paham serba sedikit masalah yang menyebabkan tak boleh nak main itu game.

"U boleh kasi tukar ka itu 5.51?"

Teringat masa aku gatal tangan mengupdate version 5.50 kepada 5.51. Perh, nyesal!

"Wa panggil wa punya supervisor dulu aa.... Kasi dia bikin..."

Dekat 3jam aku tersadai menunggu.

"Ok, lu kasi tinggal lu punya PSP ni, besok u baru angkat. Sikalang kita orang sudah mau tutup."

Aduh...tunggu supervisor ni dah 3jam. Lepas dia godek-godek PSP aku tu, pastu dia suruh datang besok pulak...

"Ok la. Besok wa datang amik."

Tula....lain kali jangan gatal tangan or pandai-pandai sendiri je. Sekarang kan dah susah....

Harap maaf. Blog ni akan kembali bersawang untuk beberapa ketika kerana aku agak sibuk buat masa ni. Jadual kerja yang sungguh padat disamping beberapa reason yang tidak dapat dielakkan.